FijiFirst

FijiFirst ( Fijian ) merupakan sebuah parti politik liberal di Fiji. Parti itu ditubuhkan pada Mac 2014 oleh Perdana Menteri terkini, Frank Bainimarama .

Pembentukan

Parti itu dilancarkan pada 31 Mac 2014 dengan Bainimarama memulakan lawatan ke seluruh negara di dalam bas kempen untuk mengumpul 5,000 tandatangan yang wajib diperlukan untuk mendaftar sesebuah parti politik [1] dan parti tersebut berjaya mengumpul lebih 40,000 tandatangan untuk membolehkan pendaftarannya. [2]

Bainimarama berkata FijiFirst adalah nama yang merangkumi kepercayaan politiknya. [3] Beliau menyenaraikan calon pertamanya dan presiden parti Jiko Luveni . [4]

Parti itu melantik bekas senator Parti Buruh Fiji, Bijai Prasad sebagai salah seorang Naib Presidennya serta Peguam Negara semasa Aiyaz Sayed-Khaiyum sebagai setiausaha agung parti. Bijai Prasad meletak jawatan sebagai Naib Presiden sehari kemudian dengan memetik sabitan jenayah atas jenayah rompakan pada 1980-an yang mana beliau pernah menjalani hukuman penjara. [5] Tui Macuata, Ratu Wiliame Katonivere juga dipilih sebagai naib presiden parti. Vimlesh Kumar yang merupakan seorang akauntan dan ahli gabungan CPA Australia disenaraikan sebagai bendahari. [6]

Permohonan pendaftaran parti itu menghasilkan enam aduan, [7] termasuk satu daripada pihak yang sebelum ini pernah menggunakan nama "Fiji First". [8] Walaupun begitu, parti itu berjaya juga didaftarkan pada 30 Mei 2014. [9]

Pilihan Raya 2014

Parti itu menamakan 21 orang calon pada 25 Julai 2014 [10] dengan Frank Bainimarama mengetuai senarai. Hasil daripada pilihan raya umum Fiji 2014, parti itu memenangi 293,714 undi, 59.2% daripada jumlah undi (bersamaa 495,105 pengundi), memberikan parti itu majoriti dengan 32 daripada 50 kerusi Parlimen. [11]

Pilihan Raya 2018

Parti itu menamakan 51 orangcalon pada pilihan raya 2018, sepuluh daripadanya adalah calon wanita. [12] FijiFirst memenangi pilihan raya umum 2018 dengan majoriti yang berkurangan daripada pilihan raya 2014 . FijiFirst mengumpul 227,241 undi yang menyebabkan parti itu hanya memperoleh 50.02% bersamaan 27 kerusi yang cukup untuk parti itu mentadbir secara bersendirian dalam majoriti tipis. [13] [14]

Pilihan Raya 2022

Walaupun kekal sebagai parti utama dalam pilihan raya 2022, FijiFirst menyaksikan undinya berkurangan sekali lagi kepada 42.55%, menyebabkan parti itu kehilangan majoriti di Parlimen. [15] Dengan hanya 3 kerusi, SODELPA muncul sebagai penentu keputusan, [16] dan selepas 6 hari rundingan ia memutuskan untuk menyokong kabinet pimpinan PAP, sekaligus menamatkan pemerintahan FijiFirst selama lapan tahun dan Bainimarama selama 16 tahun. [17]

Sejarah pilihan raya

Pilihanraya parlimen

Pilihanraya Ketua parti Undi % Tempat duduk +/– kedudukan Kerajaan
2014 Frank Bainimarama 293,714 59.17%
32 / 50
Baru |Government
2018 227,241 52.94%
27 / 51
</img> 5 |Government
2022 200,246 42.55%
26 / 55
</img> 1 |Opposition

Rujukan

  1. ^ "'I want a new Fiji' - Fiji Times Online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-09. Dicapai pada 2014-04-26.
  2. ^ "Fiji's Bainimarama lodges party application - Radio New Zealand News". 5 May 2014. Dicapai pada 2014-05-08.
  3. ^ "Pacific.scoop.co.nz » Fiji First unveiled as Bainimarama's new party name for elections". Dicapai pada 2014-04-26.
  4. ^ "Fiji First registration now weeks away - Radio New Zealand News". 25 April 2014. Dicapai pada 2014-04-26.
  5. ^ "FijiFirst man quits over criminal record". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-08. Dicapai pada 2014-05-08.
  6. ^ "I did not have to think twice - Tui Macuata". Dicapai pada 2014-05-08.
  7. ^ "Fiji First Party approval outlined". Radio New Zealand International. 2014-06-02. Dicapai pada 2014-06-03.
  8. ^ "Fiji First party registration decried". Radio New Zealand International. 2014-05-31. Dicapai pada 2014-06-03.
  9. ^ "Fijian PM's Fiji First party officially registered". Shanghai Daily. 2014-05-30. Dicapai pada 2014-06-03.
  10. ^ Swamy, Nasik. "FijiFirst candidates". Fiji Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 26 July 2014.
  11. ^ "2014 Election Results". Fiji Elections Office. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-21. Dicapai pada 2014-09-23.
  12. ^ "Six political parties to contest Fijian elections". RNZ. 16 October 2018. Dicapai pada 16 October 2018.
  13. ^ "2018 General Election: FijiFirst wins and will form next government". The Fiji Times. 18 November 2018. Dicapai pada 18 November 2018.
  14. ^ Talebula Kate (18 November 2018). "2018 General Election: FijiFirst secures 27 seats to form government". Fiji Times. Dicapai pada 18 November 2018.
  15. ^ Fijivillage. "Final results out with no party securing more than 50 percent of the total votes in the 2022 general elections". www.fijivillage.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-18.
  16. ^ "SODELPA is kingmaker". Fiji Broadcasting Corporation. Dicapai pada 2022-12-18.
  17. ^ "Fiji has a new coalition government; Rabuka to be PM". RNZ (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-20. Dicapai pada 2022-12-20.

Pautan luar