Finding Nemo

Finding Nemo
Poster pawagam asal
PengarahAndrew Stanton
Pengarah Bersama:
Lee Unkrich
PenulisCerita:
Andrew Stanton
Lakon layar:
Andrew Stanton
Bob Peterson
David Reynolds
Dihasilkan olehGraham Walters
Penerbit Eksekutif:
John Lasseter
Penerbit Bersekutu:
Jinko Gotoh
DibintangiAlbert Brooks
Ellen DeGeneres
Alexander Gould
Willem Dafoe
Brad Garrett
Joe Ranft
Allison Janney
Austin Pendleton
Stephen Root
Geoffrey Rush
Nicolas Bird
Erica Beck
LuLu Ebeling
Barry Humphries
SinematografiSharon Calahan
Jeremy Lasky
Disunting olehDavid Ian Salter
Muzik olehThomas Newman
Robbie Williams (lagu penghargaan akhir, "Beyond the Sea")
Antonio Carlos Jobim
Bob Bain
Bernard Herrmann
Diedarkan olehWalt Disney Pictures
Tarikh tayangan
30 Mei 2004
Masa tayangan
100 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Pecah panggungAmerika Syarikat:
$380,843,261
Seluruh Dunia: $921,743,261
Penjualan DVD:
lebih 40 juta salinan

Finding Nemo (Mencari Nemo) ialah suatu filem animasi Pixar Animation Studios dan Walt Disney Pictures yang meraih penghargaan Anugerah Akademi. Filem ini mula ditayangkan pada 30 Mei 2004 di Kanada dan Amerika Syarikat. Pelakon utamanya ialah Albert Brooks, Ellen DeGeneres, Alexander Gould dan Willem Dafoe. Pengarahnya ialah Andrew Stanton. Filem ini mendapat label G daripada Motion Picture Association of America.

Pelakon suara

  • Albert Brooks sebagai Marlin, seekor inggu yang sinis dan bapa kepada Nemo yang terlampau melindungi.
  • Ellen DeGeneres sebagai Dory, seekor debam biru dengan hilang ingatan jangka pendek.
  • Alexander Gould sebagai Nemo, satu-satunya anak Marlin yang terselamat, yang teruja dengan kehidupan dan penerokaan lautan, namun telah ditangkap dan dibela sebagai peliharaan.
  • Willem Dafoe sebagai Gill, seekor ikan laying-layang berparut di dalam akuarium di klinik gigi Philip Sherman, dan ketua kepada Tank Gang.
  • Brad Garrett sebagai Bloat, buntal di akuarium.
  • Allison Janney sebagai Peach, bintang laut di akuarium.
  • Stephen Root sebagai Bubbles, ikan debam kuning di akuarium.
  • Austin Pendleton sebagai Gurgle, ikan royal gramma di akuarium yang obsesif-kompulsif.
  • Vicki Lewis sebagai Deb, gombing belang di akuarium.
    • Lewis turut dikredit menyuarakan "Flo", nama yang Deb berikan pada pantulannya yang dia percaya ialah saudara kembarnya.
  • Joe Ranft sebagai Jacques, udang pembersih di akuarium.
  • Geoffrey Rush sebagai Nigel, seekor undan Australia, yang kerap melawat klinik doktor gigi itu dan berteman dengan ikan-ikan akuarium.
  • Andrew Stanton sebagai Crush, seekor penyu hijau.
  • Elizabeth Perkins sebagai Coral, isteri Marlin dan ibu Nemo.
  • Nicholas Bird sebagai Squirt, anak kepada Crush.
  • Bob Peterson sebagai Mr. Ray, seekor pari lang bintik putih dan guru sekolah Nemo.
  • Barry Humphries sebagai Bruce, seekor yu putih, yang sungguhpun menahan diri daripada memakan ikan, terus juga melawan keinginan nalurinya untuk memakannya; ia juga berteman dengan Anchor dan Chum.
  • Eric Bana sebagai Anchor, seekor yu tukul yang berteman dengan Bruce dan Chum.
  • Bruce Spence sebagai Chum, seekor yu mako yang berteman dengan Bruce dan Anchor.
  • Bill Hunter sebagai Philip Sherman, seorang doktor gigi yang membela Nemo dan Tank Gang di akuarium.
  • LuLu Ebeling sebagai Darla, anak saudara pengamuk Sherman.
  • Jordy Ranft sebagai Tad, seekor anak bagang kecil dan teman sekolah Nemo.
  • Erica Beck sebagai Pearl, seekor kurita flapjack dan teman sekolah Nemo.
  • Erik Per Sullivan sebagai Sheldon, seekor kuda laut muda, dan teman sekolah Nemo.
  • John Ratzenberger sebagai kawanan bebulan.

[1]

Rujukan

  1. ^ "Pixar Animation Studios". Pixar. Cast. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 1, 2017. Dicapai pada 13 Julai 2021. The Pixar webpage for Finding Nemo displays the full cast list and serves as a reference for the entire section.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s