Framed

  • Drama
  • Jenayah
  • Misteri
  • Ngeri
PenciptaKyle GoontingDitulis oleh
  • Kyle Goonting
  • Nadim Hisham
  • Catalina Mae Hubbard
  • Syakir Zakii
  • Nas Addina
  • C.W. Shern
PengarahSein Qudsi
Dibintangi oleh
  • Meerqeen
  • Mimi Lana
  • Ram Raaga
  • Sangeeta Krishnasamy
Penggubah lagu tema
  • Iqie Hugh
  • Omar K
  • Shazriq Azeman
Lagu pembukaan"Udara" oleh Nadeera ZainiNegara asalMalaysiaBahasaMelayu
InggerisBilangan episod8PenerbitanPenerbit eksekutifRaja Jastina Raja ArshadPenerbitZurina RamliPenyunting
  • Adilan Azemi
  • Chan Kwok Wah
  • Sulaiman Jaafar
  • Herman Shah Abd Hamid
LokasiMalaysiaSinematografiIzzat Emir Mainon
Zahid Mukhlis
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kameraTempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
  • Astro Shaw
  • Independent Pictures
PenyiaranSaluran asalAstro Premier
Sooka
Astro Ria (Episod 1 & 2 sahaja)Format gambar1080i (HDTV)Format audioDolby DigitalSiaran asal3 Mei 2024 (2024-05-03) – kini

Framed: Can You Change Your Fate? ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Sein Qudsi dengan skrip oleh Kyle Goonting. Dibintangi oleh Meerqeen, Mimi Lana, Ram Raaga dan Sangeeta Krishnasamy, siri ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Premier bermula 3 Mei 2024 menggantikan I.D..[1][2]

Premis

Lia, seorang wartawan yang menemui sebuah kamera polaroid lama, di mana kamera tersebut mampu mencetak saat tragedi yang akan berlaku pada masa hadapan. Berbekalkan petunjuk daripada gambar-gambar yang dicetak, Lia dengan secara tidak sengaja telah membuka siasatan untuk mengetahui misteri kehilangan ibunya.

Sewaktu menjalankan siasatan, Lia bertemu Edi, seorang aktivis alam sekitar, mereka juga mendapat petunjuk tentang konspirasi pencemaran persekitaran yang berlaku di bandar Krung Merah pada 10 tahun lalu, dikaitkan dengan kehilangan ahli keluarganya.

Pelakon

Penerbitan

Menurut Sein Qudsi, Framed amat berbeza dengan karya arahannya sebelum ini. Beliau berkata: "Saya memegang niat untuk bersikap jujur dalam perlaksanaan dan lakukan sebaik mungkin keatas semua tuntutan yang ada pada siri premium ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, meskipun berdepan dengan cabaran dalam mengekalkan kualiti dan konsisten perlaksanaan penggambaran sepanjang tempoh yang diberikan".[2]

Siaran

Framed memulakan tayangan perdana serentak di Astro GO dan Astro Premier bermula 3 Mei 2024 setiap Jumaat.[2] Siri ini telah sohor kini satu jam selepas tayangan episod pertama.[5]

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u "Drama Framed (Astro Originals)". My Infotaip. 3 Mei 2024. Dicapai pada 5 Mei 2024.
  2. ^ a b c "ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN 'FRAMED' GANDINGAN MEERQEEN DAN MIMI LANA BERMULA 3 MEI DI ASTRO PREMIER". Astro Malaysia Holdings. 26 April 2024. Dicapai pada 5 Mei 2024.
  3. ^ Wafa Awla (27 April 2024). "Saya pernah jumpa Sarah Yasmine, dia peminat – Meerqeen". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Mei 2024.
  4. ^ Hazira Hasni (28 April 2024). "Syafiq Kyle doakan saya, saya pun doakan dia – Mimi Lana". Kosmo!. Dicapai pada 5 Mei 2024.
  5. ^ Astro Shaw [@astroshaw] (2024-05-03). "Dalam masa sejam #Framed dah trending! Korang memang hebat lah!" – melalui Instagram.

Pautan luar