Galilee

Galilee
Safed, "Ibu kota" bagi Galilee, dilihat dengan Laut Galilee, juga dikenali sebagai Tasik Kinneret menjadi latar belakang.
Sebuah kebun di Galilee Hulu.
Jalan lama dari Rosh Pina ke Safed, Galilee Hulu, Israel.

Galilee (Ibrani: הגלילcode: he is deprecated ha-Galil, lit: wilayah, Latin: Galileia, Arab: الجليلcode: ar is deprecated al-Jaleel), adalah sebuah kawasan luas yang terletak di utara Israel . Ia bertindih dengan kebanyakan kawasan pentadbiran Daerah Utara. Secara tradisinya, ia dibahagikan kepada Galilee Hulu (Ibrani: גליל עליוןcode: he is deprecated Galil Elyon), Galilee Hilir (Ibrani: גליל תחתוןcode: he is deprecated Galil Takhton), dan Galilee Barat (Ibrani: גליל מערביcode: he is deprecated Galil Maaravi), merangkumi dari Dan di utara, di kaki Gunung Hermon, sepanjang Gunung Lebanon sehingga ke rabung Gunung Carmel dan Gunung Gilboa di selatan, dan dari Lurah Gelinciran Jordan ke timur merentasi dataran Lembah Jezreel dan Acre ke pantai Laut Mediterranean dan Dataran Pantai di barat.

Sejarah

Zaman Purba dan Antik

Zaman Pertengahan

Zaman Khilafah Utmaniyyah

Wilayah Vilayet Beirut Uthmaniyyah, termasuk Galilee

Populasi Yahudi di Galilee meningkat dengan mendadak berikutan pengusiran mereka daripada Sepanyol dan kedatangan yang dialu-alukan oleh empayar Uthmaniyyah. Komuniti ini menjadikan Safed sebagai sebuah pusat menenun dan mengeluarkan pakaian antarabangsa, selain menjadi tapak utama bagi pembelajaran Yahudi.[1] Hari ini, Galilee masih menjadi salah sebuah daripada empat kota suci Yahudi dan pusat kabbalah.

Pada pertengahan kurun ke-18, Galilee telah tersepit ditengah-tengah pertikaian antara pemimpin Arab, Zahir al-Umar dengan pihak berkuasa Uthmaniyah yang berpusat di Damsyik. Zahir memerintah Galilee selama 25 tahun sehingga seorang penyokong Uthmaniyah, Jezzar Pasha berjaya menakluk wilayah ini pada tahun 1775.

Pada tahun 1831, Galilee yang mana merupakan sebahagian daripada Syria Uthmaniyyah, bertukar tangan dari bawah kekuasaan Uthmaniyah kepada Ibrahim Pasha dari Mesir sehingga tahun 1840. Semasa tempoh ini, polisi-polisi agresif sosial dan politik telah diperkenalkan, yang mana menyebabkan pemerontakkan Arab 1834. Semasa tempoh pemberontakkan ini, populasi komuniti Yahudi menurun dengan mendadak, ekoran kejadian Perompakan Safed oleh para pemberontak. Pemberontak Arab akhirnya berjaya mengalahkan tentera Mesir. Walau bagaimanapun pada tahun 1838, puak Druze di Galilee melakukan satu lagi pemberontakkan. Pada tahun 1834 dan 1837, gempa bumi yang besar meranapkan hampir keseluruhan bandar dan mengorbankan ramai nyawa. Pada tahun 1866, hospital pertama Galilee, Hospital Nazareth, telah dibina diketuai oleh pendakwah Amerika-Armenia Dr. Kaloost Vartan, dibantu oleh pendakwah Jerman John Zeller.

Pada awal kurun ke-20, Galilee kekal sebahagian daripada Syria Uthmaniyah. Ia ditadbir sebagai wilayah paling selatan dalam Vilayet Beirut (diwujudkan pada tahun 1888).

Pentadbiran British dan pemerintahan Israel

Galeri

Panorama daripada Gunung Ari di Galilee Hulu
Panorama Lembah Harod, terletak di timur Lembah Jezreel
  • Safed
    Safed

Lihat juga

  • Orang Galilee
  • Daerah Utara (Israel)
  • Laut Galilee
  • Memorandum Koenig

Rujukan

  1. ^ "The Jewish Agency for Israel". jafi.org.il. Dicapai pada 2015-05-18.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Daerah Utara di Israel
Bandar
Afula · Acre · Beit She'an · Karmiel · Kiryat Shmona · Ma'alot-Tarshiha · Migdal HaEmek · Nahariya · Nazareth · Nazareth Illit · Safed · Sakhnin · Shaghur · Shefa-'Amr · Tamra · Tiberias · Yokneam
Majlis Tempatan
Abu Sinan · Arraba · Basmat Tab'un · Beit Jann · Bir al-Maksur · Bu'eine Nujeidat · Buq'ata · Daburiyya · Deir Hanna · Eilabun · Ein Qiniyye · Ein Mahil · Fassuta · Ghajar · Hurfeish · Hatzor HaGlilit · I'billin · Iksal · Ilut · Jadeidi-Makr · Jish · Julis · Ka'abiyye-Tabbash-Hajajre · Kabul · Kafr Kanna · Kafr Manda · Kafr Yasif · Kaukab Abu al-Hija · Katzrin · Kfar Kama · Kfar Tavor · Kfar Vradim · Kisra-Sumei · Maghar · Majdal Shams · Mas'ade · Mashhad · Mazra'a · Metula · Migdal · Mi'ilya · Nahf · Peki'in · Ramat Yishai · Rameh · Reineh · Rosh Pinna · Sajur · Sha'ab · Shlomi · Shibli-Umm al-Ghanam · Tuba-Zangariyye · Tur'an · Yafa an-Naseriyye · Yanuh-Jat · Yavne'el · Yesud HaMa'ala · Yirka · Zarzir
Majlis Wilayah
Al-Batuf · Beit She'an Valley · Bustan al-Marj · Northern Jordan Valley (Emek HaYarden) · Gilboa · Golan · Jezreel Valley · Lower Galilee · Upper Galilee · Ma'ale Yosef · Mateh Asher · Megiddo · Merom HaGalil · Mevo'ot HaHermon · Misgav