Glasier

Glasier Perito Moreno di Taman Negara Los Glaciares, selatan Argentina

Glasier (Jawi: ڬلاسييرcode: ms is deprecated , juga glasiar atau gletser Ind.) atau sungai air batu ialah bongkahan endapan air batu padat yang bergerak perlahan dan bersaiz besar. Asalnya terbentuk dari salji yang turun di kawasan pergunungan menimbun padat dalam suatu tempoh yang lama lalu menurun ke kaki gunung hasil tarikan graviti melalui lurah sungai. Pergerakan sepanjang laluan ini seakan batang sungai ini boleh menghakis batuan membentuk pelbagai rupa bumi seperti morain, drumlin, esker, fiord dan lain-lain. Sebanyak 99% air batu padat yang ada di muka bumi ini terkandung dalam lembaran di kawasan kutub, tetapi ia juga boleh ditemukan pada litupan gunung-ganang hampir seluruh benua kecuali di Australia. Malah, glasier dalam kawasan antara lintangan 35°U dan 35°S hanya dapat ditemukan di Himalaya, Andes serta beberapa gunung di Afrika Timur, Mexico, New Guinea dan Zard Kuh di Iran.[1]

Ia merupakan sumber air tawar terbesar dapat dijumpai di muka Bumi sebanyak 68.7%.[2][3] Isipadu airnya dapat dilepaskan dengan mencairnya air batu ini kerana suhu yang meningkat pada musim panas, air tersebut dapat dimanfaatkan hidupan yang mendiami persekitarannya termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia. Kadar pengurangan ini berubah-ubah mengikut keadaan iklim sekitar lalu dijadikan penanda paling peka kepada perubahan iklim sedunia.[2]

Bidang kajian dan penyelidikan fenomena glasier dinamakan glasiologi.

Etimologi

Kata glasiar, glasier dan gletser berakar dasarnya dari kata Latin glaciāriumcode: la is deprecated terbitan glaciēscode: la is deprecated "air batu" diturunkan kepada bahasa Arpitan melalui bahasa Perancis.[4] Kata Perancis ini dipinjamkan kepada bahasa Melayu sama ada melalui bahasa Inggeris dalam baku Malaysia (glacier) atau bahasa Belanda dalam baku Indonesia (gletsjer) diberi makna "sungai air/es".[5]

Kesan kepada muka bumi

Galeri

Glasier Perito-Moreno yang menunjukkan rekahan pada lapisan atasnya yang rapuh
  • Glasier Aletsch, Switzerland
    Glasier Aletsch, Switzerland
  • Aisberg yang berpecah daripada glasier di Tanjung York, Greenland
    Aisberg yang berpecah daripada glasier di Tanjung York, Greenland
  • Muara Glasier Schlatenkees berdekatan Innergschlöß, Austria.
    Muara Glasier Schlatenkees berdekatan Innergschlöß, Austria.
  • Pembentukan ais glasier
    Pembentukan ais glasier
  • Rekahan pada glasier Titlis
    Rekahan pada glasier Titlis
  • Padang drumlin terbentuk selepas glasier mengolah muka bumi. Bentuk muka bumi yang seakan lonjong menunjukkan aliran ais.
    Padang drumlin terbentuk selepas glasier mengolah muka bumi. Bentuk muka bumi yang seakan lonjong menunjukkan aliran ais.
  • Diagram of glacial plucking and abrasion
    Diagram of glacial plucking and abrasion
  • A glaciated valley in the Mount Hood Wilderness showing the characteristic U-shape and flat bottom.
    A glaciated valley in the Mount Hood Wilderness showing the characteristic U-shape and flat bottom.
  • Imej menunjukkan puncak glasier di Himalaya Bhutan . Tasik glasier cepat terbentuk pada permukaan glasier yang dilitup puing ini selama beberapa dekad.
    Imej menunjukkan puncak glasier di Himalaya Bhutan . Tasik glasier cepat terbentuk pada permukaan glasier yang dilitup puing ini selama beberapa dekad.
  • Ciri-ciri bentuk muka bumi glasier
    Ciri-ciri bentuk muka bumi glasier
  • Bentuk muka bumi terbentuk oleh glasier yang menyurut
    Bentuk muka bumi terbentuk oleh glasier yang menyurut
  • Tekanan isostatik glasier pada kerak Bumi
    Tekanan isostatik glasier pada kerak Bumi

Rujukan

  1. ^ Post, Austin; LaChapelle, Edward R (2000). Glacier ice. Seattle: University of Washington Press. ISBN 978-0-295-97910-6.
  2. ^ a b "Ice, Snow, and Glaciers and the Water Cycle". Water Science School. U.S. Geological Survey. Dicapai pada 25 Mei 2021.
  3. ^ Brown, Molly Elizabeth; Ouyang, Hua; Habib, Shahid; Shrestha, Basanta; Shrestha, Mandira; Panday, Prajjwal; Tzortziou, Maria; Policelli, Frederick; Artan, Guleid; Giriraj, Amarnath; Bajracharya, Sagar R.; Racoviteanu, Adina (2010). "HIMALA: Climate Impacts on Glaciers, Snow, and Hydrology in the Himalayan Region". Mountain Research and Development. 30 (4): 401. doi:10.1659/MRD-JOURNAL-D-10-00071.1.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ Simpson, D.P. (1979). Cassell's Latin Dictionary (ed. ke-5). London: Cassell Ltd. m/s. 883. ISBN 978-0-304-52257-6.
  5. ^ Lihat:
    • Soekartini (1992). "gletscher, gletsjer". Kamus Belanda Indonesia. Nusa Indah. m/s. 213. gletscher, gletsjer: sungai es
    • van der Sijs, Nicoline (2010). "gletsjer". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148. gletsjer ‘ijsstroom’ → Indonesisch glétser ‘ijsstroom’.

Pautan luar

  • Media berkenaan Glasier di Wikimedia Commons
  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana berkaitan geografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
Bentuk muka bumi
Senarai bentuk muka bumi
Pergunungan
Dataran benua
Fluvium
Glasier
  • Arête
  • Cirque
  • Esker
  • Fiord
  • Glasier
  • Saluran lembah
Bentuk muka bumi
di tepi pantai dan laut
Gunung berapi
Aeolian
Buatan manusia
Lihat juga: Ciri geografi
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Ukraine
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech
Lain-lain
  • Kamus Sejarah Switzerland