Gorengan

  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.
Gorengan
Epal goreng
Nama alternatifGoreng tepung
JenisDonut
Bahan utamaBater
Cara penyediaanGoreng celur Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Pisang goreng
Pisang atau keledek goreng yang boleh dibeli di gerai tepi jalan.

Gorengan (Jawi: ݢوريڠنcode: ms is deprecated )[1] atau goreng tepung ialah hidangan masakan melibatkan pencelupan makanan dalam adunan tepung dan air sebelum kemudiannya digoreng dengan minyak yang banyak yakni "digoreng celup". Cucur boleh juga digolongkan dalam teknik ini[2] walaupun ia lebih kepada penyuduan adunan dalam kepingan kecil yang digoreng. Hasil penggorengan ini disajikan sebagai pencuci mulut, hidangan sampingan ataupun hidangan utama.

Di kebanyakan negara Asia Tenggara seperti di Malaysia dan Indonesia, terdapat banyak jenis makanan yang digoreng celup seperti pisang, cempedak, nangka dan pelbagai bahan lain di gerai-gerai yang sering mempunyai kuali besar berisi minyak banya

Kelaziman

Di Asia

Masakan ini merupakan makanan ringan paling biasa didapati di Nusantara seperti Malaysia dan Indonesia di mana penjual gorengan dapat ditemukan di gerai tepi jalan atau menjaja dengan kenderaan khas.[3][4] Pisang,[4] keledek[4] dan sukun merupakan bahan umum diketahui, namun ada kepelbagaian gorengan pilihan dalam rantau, antara lain:

Gorengan sebegini datang dalam jenis Gorengan biasanya dimakan sama ada dengan sos cili, kicap ataupun sambal.

Dalam masakan Jepun, sayuran dan hasil laut segar (terutama udang) digoreng secara tempura yang lazim dicicah dengan sos kicap masin-manis yang cair dan ringan.

Di Eropah dan Amerika

Di Inggeris, ikan goreng tepung popular dan biasanya ditemani dengan gorengan lain seperti kentang, nanas, dan epal yang digoreng tepung. Di Perancis dan Belgium, kentang goreng popular sebagai makanan ringan.

Di Amerika Syarikat, gorengan dimasak dengan adunan tepung gandum atau tepung jagung, telur, dan susu yang kemudian digoreng. Antara bahan lazim yang dimasak cara begini termasuk jagung tongkol, epal, bebola ketam dan kerang serta zukini.

Galeri

  • Bater pekat
  • Pelbagai gorengan jalanan Indonesia
    Pelbagai gorengan jalanan Indonesia
  • Keladi dan ubi keledek goreng tepi jalan Malaysia
    Keladi dan ubi keledek goreng tepi jalan Malaysia
  • Uggani bajji; beras dan cucur, sarapan biasa dari Rayalaseema.
    Uggani bajji; beras dan cucur, sarapan biasa dari Rayalaseema.
  • Ikan muda goreng New Zealand
    Ikan muda goreng New Zealand
  • Nam phrik kapi dihidangkan dengan cucur sayur-sayuran; hidangan biasa masakan Thai
    Nam phrik kapi dihidangkan dengan cucur sayur-sayuran; hidangan biasa masakan Thai

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "gorengan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ Musa, N. (2016). Amazing Malaysian: Recipes for Vibrant Malaysian Home-Cooking. Random House. m/s. 90. ISBN 978-1-4735-2366-1. Dicapai pada November 5, 2016.
  3. ^ Kraig, Bruce; Sen, Colleen Taylor (2013-09-09). Street Food Around the World: An Encyclopedia of Food and Culture (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. ISBN 9781598849554.
  4. ^ a b c Albala, K. (2011). Food Cultures of the World Encyclopedia. Food Cultures of the World Encyclopedia. Greenwood. m/s. 161. ISBN 978-0-313-37626-9. Dicapai pada November 5, 2016.