Grand Cross of the Iron Cross

Salib Besi Darjah Utama (Bahasa Jerman: Grosskreuz des Eisernen Kreuzes atau Grand Cross of the Iron Cross), atau hanya disebut Salib Darjah Utama (Grosskreuz atau Grand Cross) adalah satu pingat kebesaran yang dicadangkan untuk jeneral-jeneral Tentera Prusia yang menang dan untuk sekutu-sekutunya. Ia adalah darjah tertinggi Salib Besi. Bersama dengan Salib Besi Kelas 1 dan 2, Salib Darjah Utama telah dizahirkan pada 10 Mac 1813, sewaktu Perang Napoleon. Ia telah diperbaharui pada tahun 1870 bagi Perang Perancis-Prusia dan sekali lagi pada tahun 1914 bagi Perang Dunia I. Pada tahun 1939, apabila Adolf Hitler memperbaharui Salib Besi sebagai satu darjah kepahlawanan (bukannya Prusia) Jerman, beliau juga memperbaharui Salib Darjah Utama.

Salib Darjah Utama mempunyai saiz dua kali ganda dari Salib Besi dan telah dipakai dengan riben di leher. Salib Kesatria, dizahirkan pada tahun 1939, juga dipakai pada leher; ia lebih kecil daripada Salib Darjah Utama tetapi lebih besar daripada Salib Besi.

Salib Darjah Utama 1813

Lima orang menerima Salib Besi Darjah Utama tahun 1813 semasa Peperangan Napoleon

  • Gebhard Leberecht von Blucher, pemerintah tentera Prusia dalam Pertempuran Waterloo, kemudian dinaikkan ke Bintang Salib Besi Darjah Utama
  • Friedrich Wilhelm von Bulow
  • Putera Mahkota Charles John of Sweden (Jean-Baptiste Bernadotte) - pada mulanya seorang Marsyal dibawah Napoleon, selepas menjadi pemangku raja and putera mahkota Sweden, beliau menyertai Pakatan Keenam menentang Napoleon.
  • Bogislav Friedrich Emanuel von Tauentzien
  • Ludwig Yorck von Wartenburg

Salib Darjah Utama 1870

Salib Darjah Utama 1870 dan 1813

Salib Besi telah diperbaharui pada 19 Julai 1870, bagi Perang Perancis-Prusia. Sembilan orang menerima Salib Besi Darjah Utama tahun 1870 sewaktu pertempuran ini. Tujuh Salib Darjah Utama telah dianugerahkan pada 22 Mac 1871, kepada:

  • Putera Mahkota Albert of Saxony
  • August Karl von Goeben
  • Edwin Freiherr von Manteuffel
  • Helmuth Graf von Moltke the Elder
  • Putera Frederick Charles of Prusia
  • Putera Mahkota Friedrich Wilhelm of Prusia (kemudian Kaiser Friedrich III)
  • August Graf von Werder

Kaiser Wilhelm I menerima Salib Darjah Utama pada 16 Jun 1871, dan Friedrich Franz II, Grand Duke of Mecklenburg-Schwerin, menerimanya pada 4 Disember 1871. Kaiser ialah pemerintah tertinggi Tentera Prusia, dan Moltke adalah Ketua Staf Am. Yang lain ialah panglima perang kanan Tentera Prusia (Putera Mahkota Albert pada mulanya memerintah Tentera Saxon sebagai sebuah kor dibawah tentera darat medan Prusia, tetapi kemudian mengambil alih gabungan tentera darat medan Prusia/Saxon).

Salib Darjah Utama 1914

Salib Darjah Utama 1914 dan 1813

Salib Besi diperbaharui lagi pada 15 Ogos 1914. Terdapat lima orang penerima Salib Besi Darjah Utama tahun 1914 didalam Perang Dunia I.

  • Kaiser Wilhelm II
  • Paul von Hindenburg, kemudian dinaikkan ke Bintang Salib Besi Darjah Utama
  • Erich Ludendorff
  • Putera Leopold of Bavaria
  • August von Mackensen

Salib Darjah Utama 1939

Adolf Hitler memperkenalkan semula Salib Besi sebagai satu pingat kepahlawanan Jerman pada 1 September 1939, dengan Salib Darjah Utama sekali lagi sebagai darjah tertinggi (diatas beberapa darjah Knight Cross).

Salib Darjah Utama 1939

Hermann Goering menjadi satu-satunya penerima Salib Besi Darjah Utama sewaktu Perang Dunia II, telah dianugerahkan pada 19 Julai 1940.

Salib Darjah Utama - semasa Hitler mula-mula memperkenalkannya semula - sepatutnya mempunyai bentuk tepi berwarna emas, tetapi telah ditukar kepada warna perak sebelum ia dikurniakan kepada Goring. Goring - yang gemar mengumpul pelbagai pingat kebesaran - merasakan bahawa Salib Darjah Utama yang beliau terima daripada Hitler tidak cukup megah, jadi beliau terpaksa membuat beberapa salinan - satu dengan hujung tepi platinum - yang selalu beliau pakai. Salib Darjah Utama yang asli telah musnah dalam satu serangan udara pada tahun 1943. Goring memakai pingat platinum ini semasa beliau menyerah diri pada tahun 1945. Sejurus sebelum membunuh diri, Hitler melucutkan pingat Salib Darjah Utama Goring kerana beliau berasa dikhianatinya. Goring juga mempunyai tabiat aneh yang kadangkala tidak memakai pingat Salib Darjah Utama (terutamanya apabila Luftwaffe tidak menunjukkan prestasi yang baik). Kotak anugerah bagi Salib Darjah Utama 1939 mempunyai kulit merah di bahagian luar, dengan ukiran timbul Helang Emas. Di bawah bahagian dalam kotak tersebut telah di lapik dengan kain baldu berwarna hitam.

Pingat yang lebih tinggi, iaitu Bintang Salib Besi Darjah Utama, juga telah diperkenalkan semula oleh Hitler tetapi tidak pernah dikurniakan di bawah pemerintahan Nazi dan semenjak itu tiada lagi penganugerahan.

Senarai anugerah tentera Reich Ketiga
Anugerah bagi semua khidmat
  • Clasp to the Iron Cross
  • Eastern Front Medal
  • Salib Jerman
  • German Occupation Medal
  • Grand Cross of the Iron Cross
  • Iron Cross
  • Knight Cross of the Iron Cross
  • Spanish Cross
  • War Merit Cross
  • War Merit Medal
  • West Wall Medal
  • Wound Badge
Tentera Darat / Waffen-SS
Luftwaffe
  • Anti-Aircraft Flak Battle Badge
  • Aviator badge
  • Balloon Observer's Badge
  • Ehrenpokal der Luftwaffe
  • Front Flying Clasp of the Luftwaffe
  • Ground Assault Badge of the Luftwaffe
  • Luftwaffe Honor plate
  • Parachutist Badge
  • Pilot/Observer Badge
Kriegsmarine
  • Auxiliary Cruiser Badge
  • Blockade Runner Badge
  • Destroyer War Badge
  • Fast Attack Craft War Badge
  • High Seas Fleet Badge
  • Minesweeper War Badge
  • Naval Artillery War Badge
  • U-boat Front Clasp
  • U-boat War Badge
Perisai Kempen
  • Cholm Shield
  • Crimea Shield
  • Demyansk Shield
  • Kuban Shield
  • Lappland Shield
  • Narvik Shield