Gua Harimau

Gua Harimau terletak di kompleks batu kapur, Bukit Gua Harimau, Lenggong, Perak. Ekskavasi dalam tahun 1987, 1988 dan 1999 telah menemukan tapak pengkebumian manusia berusia 2,000 – 5,000 tahun dahulu. Sebanyak 11 rangka manusia telah ditemui dengan barang kiriman yang terdiri daripada bekas tembikar, alat batu, kapak gangsa, perhiasan badan dan sisa makanan.[1]

Gua Harimau merupakan tapak arkeologi yang penting kerana telah mendedahkan bukti pengkebumian zaman Neolitik-Logam dengan acuan dan kapak gangsanya yang terawal sekitar 4,000 tahun dahulu.[2] Penemuan alat gangsa dan acuannya menggambarkan penghasilan alat gangsa di kawasan Lenggong telah membuktikan bahawa kawasan pembuatan gangsa tidak hanya terhad di kawasan utara dan tengah Thailand sahaja.[3]

Rujukan

  1. ^ Southeast Asia: From Prehistory to History, By Ian Glover
  2. ^ Museums, History and Culture in Malaysia, By Abu Talib Ahmad
  3. ^ http://pelanconganlenggong.my/gua-harimau/

Pautan luar

  • The Perak man and other prehistoric skeletons of Malaysia, Zuraina Majid, Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2005 - Science - 491 pages
  • Dari Zaman Batu ke Tamadun Awal di Malaysia: Pemerkasaan Jati Diri Bangsa ... By Mokhtar Saidin
  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.