Gunung Gerah

Gunung Gerah
Titik tertinggi
Ketinggian2,103 m (6,900 ka)
Geografi
LokasiDaerah Hulu Perak, Perak
Jajahan Gua Musang, Kelantan
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Gerah yang terletak di kawasan Hutan Simpan Belum, Perak/Kelantan, di utara Semenanjung Malaysia[1], mempunyai ketinggian setinggi 2,103 meter (6,898 kaki).

Gunung Gerah mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.[2]

Gunung Gerah terletak berhampiran dengan Gunung Shoid, Gunung Chamah, Gunung Ulu Sepat, Gunung Bilah, dan Gunung Bieh.[3]

Laluan mendaki

Terpaksa berjalan kaki sejauh 70 km dari Pos Kemar.

  • Dengan pacuan 4 roda dari Felda Lasah ke Pos Kemas selama 4 jam hingga ke Kampung Orang Asli Lerla .
  • Naik bot dari Tasik Temenggor ke Pos Kemas selama 4 jam dan tiba diPos Kemar. Selepas itu berjalan kaki sejauh 10 km ke Kampung Lerla .
  • Dari Kampung Lerla ke Kampung Agik 9.5 km, melalui lima anak sungai besar dan kecil. Mendaki 2 bukit yang hampir 90' tinggi dan menuruni cerun curam.
  • Melintasi Sungai Temenggor , permatang dan rabung gunung. Permatang ini menjadi garis sempadan Perak dengan Kelantan.
  • Kem Ulu Sungai Gerah. Banyak pokok periuk kera bersaiz besar , pokok sarsi, tongkat Ali, kacip Fatimah dan orkid hutan.

Dari puncak gunung kelihatan Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat , Gunung Yong Yap, Gunung Bieh di Banjaran Titiwangsa. Lain-lain gunung berhampiran ialah Gunung Bilah, Gunung Sepat dan Gunung Belatok.


Lihat juga

Rujukan

  1. ^ UTM tawan gunung.
  2. ^ Laporan Tahunan Kajibumi Malaysia: Annual Report of the Geological Survey of Malaysia
    Malaysia. Jabatan Penyiasatan Kajibumi
    Geological Survey of Malaysia, 1984 - Geology
  3. ^ Tawan 6 puncak gunung dalam 9 hari - Berita Harian

Pautan luar