Guru Granth Sahib

Manuskrip kitab zaman Guru Gobind Singh dari Lahore lewat abad ke-17 dan awal abad ke-18
Part of a series on
Agama Sikh

Seajrah agama Sikh
Kepercayaan Sikh
Sikh

Guru Sikh

Bhagats Sikh

Tokoh Penting Lain

Falsafah
Kepercayaan dan prinsip
Underlying values
Larangan
Teknik dan kaedah
Bani

Sikh practices · List

Kitab
Guru Granth Sahib
Adi Granth · Dasam Granth

Kategori
Amalan · Sejarah
Kelaurga Guru Sikh
Gurdwara . Places
Politik
Pauatan Luar
Waheguru

Rencana pada agama Sikh
Portal: Agama Sikh

Kotak ini:
  • lihat
  • bincang
  • sunting

Guru Granth Sahib (bahasa Punjabi Gurmukhi: ਗੁਰੂ ਗ੍ਰੰਥ ਸਾਹਿਬ, Shahmukhi: گرو گرنتھ صاحب) ialah kitab utama dalam ajaran Sikhisme. Ia merupakan himpunan ajaran 10 orang Guru Sikh terkenal[1], ia sebelum ini dikitabkan dalam suatu bentuk terdahulu berjudul Adi Granth yang menjalani penyempurnaan terakhir oleh Guru Gobind Singh (1666–1708) yang memasukkan gubahan lagu gurbani dikarang Guru Tegh Bahadur.[2][3][4] Ia lazimnya diletakkan dalam tengah-tengah sesebuah gurdwara, tempat ibadah khusus agama ini.

Kitab ini mengandungi sebanyak 1430 halaman (angs) dan 5,894 gubahan puitis dan berirama (śabad)[5][6][7][8] yang dibahagikan kepada 60 buah[5][6] rāga disusun mengikut panjang dan pengarang.[6] Gubahan-gubahan lagu ini dikarang dalam tulisan Gurmukhī.

Kandungan

Rāga (राग) digubah menggunakan skala tujuh Swara.[9].

60 buah rāga ini disusun mengikut nombor halaman ditetapkan:

  1. Asa — 8,
  2. Gujari — 10,
  3. Gauri Deepaki — 12,
  4. Dhanasri — 13,
  5. Gauri Poorabi — 13,
  6. Sri — 14,
  7. Majh — 94,
  8. Gauri Guarairee — 151,
  9. Gauri — 151,
  10. Gauri Dakhani — 152,
  11. Gauri Chaitee — 154,
  12. Gauri Bairagan — 156,
  13. Gauri Poorabi Deepaki — 157,
  14. Gauri Majh — 172,
  15. Gauri Malva — 214,
  16. Gauri Mala — 214,
  17. Gauri Sorath — 330,
  18. Asa Kafi — 365,
  19. Asavari — 369,
  20. Asa Asavari — 409,
  21. Devgandhari — 527,
  22. Bihagra — 537,
  23. Vadhans — 557,
  24. Vadhans Dakhani — 580,
  25. Sorath — 595,
  26. Jaitsri — 696,
  27. Todi — 711,
  28. Bairarri — 719,
  29. Tilang — 721,
  30. Tilang Kafi — 726,
  31. Suhee — 728,
  32. Suhee Kafi — 751,
  33. Suhee Lalit — 793,
  34. Bilaval — 795,
  35. Bilaval Dakhani — 843,
  36. Gound — 859,
  37. Bilaval Gound — 874,
  38. Ramkali — 876,
  39. Ramkali Dakhani — 907,
  40. Nut Narayan — 975,
  41. Nut — 975,
  42. Mali Gaura — 984,
  43. Maru — 989,
  44. Maru Kafi — 1014,
  45. Maru Dakhani — 1033,
  46. Tukhari — 1107,
  47. Kedara — 1118,
  48. Bhairo — 1125,
  49. Basant — 1168,
  50. Basant Hindol — 1170,
  51. Sarang — 1197,
  52. Malar — 1254,
  53. Kanra — 1294,
  54. Kaliyan — 1319,
  55. Kaliyan Bhopali — 1321,
  56. Parbhati Bibhas — 1327,
  57. Parbhati — 1327,
  58. Parbhati Dakhani — 1344,
  59. Bibhas Parbhati — 1347,
  60. Jaijavanti — 1352.

Penjagaan

Seorang membacakan halaman-halaman kitab ini.

Kitab ini diletakkan dalam suatu tempat khas dalam pusat sesebuah gurdwara seakan suatu "takhta", jemaah gurdwara pula duduk lebih rendah di atas lantai secara beradab menutup kepala mereka, menyucikan tangan serta tidak berkasut.[10] Tempat "takhta" kitab ini juga berhias cantik dengan suatu kanopi di atasnya, dan ia dijaga seorang pembaca khusus bernama granthi yang menjaga ia dengan pengusir lalat (chaur)[11] dan kain alas bersih (rumala).[10]

Peranan dalam Sikhisme

Umat Sikh menganggap Guru Granth Sahib sebagai aturan kuasa tertinggi dalam masyarakat mereka. Kitab ini memainkan peranan sentral dalam kehidupan oiadatdan ritual Sikh. Tempat Guru Granth Sahib dalam kehidupan devosi Sikh didasarkan pada dua prinsip atau keyakinan dasar. Yang pertama ialah bahwa teks di dalam Adi Granth adalah wahyu suci,[12] sehingga tidak boleh diubah-ubah, dan kedua, bahwa semua jawaban menyangkut agama dan sifat murni dapat ditemukan di dalam teks tersebut. Gita dan ajaran yang terkandung di dalam kitab suci Sikh disebut Gurbani atau "Firman Sang Guru" dan kadang-kadang Dhurbani atau "Fiman tuhan". Dengan demikian, dalam teologi Sikh, firman ilahi yang diungkapkan adalah Sang Guru ini (Guru Granth Sahib).[13] Karena kitab suci ini memperoleh otoritasnya dari para Guru Sikh, ia pun disebut Guru Granth, artinya "Kitab Guru".

Karya sejumlah orang suci yang menyumbang bagi tersusunnya Guru Granth Sahib secara kolektif dirujuk sebagai Bhagat Bani atau "Firman Umat". Para orang suci ini tergolong pada latar belakang sosial dan keagamaan yang berbeda-beda, termasuk sesama warga Hindu dan Muslim, tukang sepatu dan bahkan mereka yang haram disentuh. Meskipun para Bhagat Sikh ini tidak memperoleh status Guru dalam Sikhisme, karya-karya mereka sama dihormati sepertimana karya para Guru Sikh dan tidak ada perbedaan yang dibuat antara karya seorang Bhagat Sikh dengan seorang Guru Sikh. Intisari doktrin ini ialah bahawa Guru Granth Sahib mengandungi ajaran lengkap kesemua para Guru Sikh malah merupakan satu-satunya pengganti terakhir dalam penuruan ajaran para Guru ini, maka sesiapapun yang mendakwa diri sebagai Guru yang hidup dianggap sebagai penyesat.[14]

Senarai pengarang kitab

Guru Sikh:
  • Guru Nanak Dev (974)
  • Guru Angad Dev (62)
  • Guru Amar Das (907)
  • Guru Ram Das (679)
  • Guru Arjan Dev (2218)
  • Guru Tegh Bahadur (116)

Lain-lain:

  • Bhagat Jayadeva (2)
  • Bhagat Farid (134)
  • Bhagat Ramanand (1)
  • Bhagat Namdev (60)
  • Bhagat Trilochan (5)
  • Bhagat Parmanand (1)
  • Bhagat Dhanna (4)
  • Bhagat Bhikhan (2)
  • Bhagat Beni (3)
  • Bhagat Pipa (1)
  • Bhagat Sain (1)
  • Bhagat Surdas (1)
  • Bhagat Sadhana (1)
  • Bhagat Ravidas (41)
  • Bhagat Kabir (541)
  • Baba Sundar (6)
  • Balvand Rai (1)
  • Bhatt Kalshar (54)
  • Bhatt Balh (1)
  • Bhatt Bhalh (5)
  • Bhatt Bhika (2)
  • Bhatt Gayand (13)
  • Bhatt Harbans (2)
  • Bhatt Jalap (5)
  • Bhatt Kirat (8)
  • Bhatt Mathura (14)
  • Bhatt Nalh (16)
  • Bhatt Salh (3)

Rujukan

  1. ^ Kashmir, Singh. "Sri Guru Granth Sahib — A Juristic Person". Global Sikh Studies. http://www.globalsikhstudies.net/articles/iscpapers/Kashmir%20Singh%20-%20SRI%20GURU%20GRANTH%20SAHIB%20-%20A%20Juristic%20Person.doc.. Diperolehi 1 April 2008.
  2. ^ Ganeri, Anita (2003). The Guru Granth Sahib and Sikhism. Black Rabbit Books. m/s. 13.
  3. ^ Kapoor, Sukhbir (2005). Guru Granth Sahib an Advance Study. Hemkunt Press. m/s. 139.
  4. ^ Partridge, Christopher Hugh (2005). Introduction to World Religions. m/s. 223.
  5. ^ a b Brown, Kerry (1999). Sikh Art and Literature. Psychology Press. m/s. 200. ISBN 978-0-415-20289-3.
  6. ^ a b c Christopher Shackle and Arvind Mandair (2005), Teachings of the Sikh Gurus, Routledge, ISBN 978-0415266048, pages xvii-xx
  7. ^ Penney, Sue. Sikhism. Heinemann. m/s. 14. ISBN 0-435-30470-4.
  8. ^ King, Anna S.; Brockington, J. L. (2005). The Intimate Other: Love Divine in Indic Religions. Orient Blackswan. m/s. 359-361. ISBN 978-8125028017.
  9. ^ Amrita, Priyamvada (2007). Encyclopaedia of Indian music. m/s. 252. ISBN 9788126131143.
  10. ^ a b Fowler, Jeaneane (1997). World Religions:An Introduction for Students. Sussex Academic Press. m/s. 354–357. ISBN 1-898723-48-6.
  11. ^ Pashaura Singh (2000). The Guru Granth Sahib: Canon, Meaning and Authority. Oxford University Press. m/s. 104. ISBN 978-0-19-564894-2.
  12. ^ Ganeri, Anita (2003). Guru Granth Sahib and Sikhism. Black Rabbit Books. m/s. 2023. ISBN 1583402454.
  13. ^ foley- Garces, Kathleen's (2005). Death and Religion in a changing World. M.E Sharpe. m/s. 180.
  14. ^ Deol, Harnik (2000). Religion and Nationalism in India. Routledge. m/s. 62. ISBN 041520108X.

Pautan luar

  • Panjab Digital Library
  • Sri Granth
 Topik-topik Sikhisme  
Guru: Guru Nanak | Guru Angad | Guru Amar Das | Guru Ram Das | Guru Arjun | Guru Har Gobind | Guru Har Rai | Guru Har Krishan | Guru Teg Bahadur | Guru Gobind Singh | Guru Granth Sahib | Bhagat Sikhisme
Falsafah: Kepercayaan dan prinsip | Nilai | Larangan | Teknik dan kaedah | Amalan yang lain
Amalan: Ardās | Amrit Sanskar | Chaṛdī Kalā | Dasvand | Lima K | Kirat Karō | Kirtan | Langar | Nām Japō | Simran | Tiga Tunggak Sikhisme | Vaṇḍ Chakkō
Kitab: Guru Granth Sahib | Adi Granth | Dasam Granth | Sarbloh Granth | Bani | Chaupai | Jaap Sahib | Japji Sahib | Mool Mantar | Rehras | Sukhmani | Tav-Prasad Savaiye
Lebih: Sejarah | Ek Onkar | Gurdwara | Harmandir Sahib | Sejarah | Khalsa | Khanda | Kesusasteraan | Muzik | Nama | Tempat | Politik | Satguru | Kategori: Orang Sikh | Waheguru | Bhagat Farid | Bhagat Kabir | Sejarah Punjab | Sardar | Takhat