Hak awam dan politik

Hak
Perbezaan teori
Hak asasi manusia
Hak oleh waris
  • Pertuduhan
  • Haiwan
  • Kanak-kanak
  • Pengguna
  • Kreditor
  • Pekak
  • Orang hilang upaya
  • Warga emas
  • Petani
  • Manusia
  • Pribumi
  • Interseks
  • Raja
  • LGBT
  • Men
  • Minoriti
  • Ibu bapa (Ibu, Bapa)
  • Pesakit
  • Petani
  • Tanaman
  • Banduan
  • Negari
  • Pelajar
  • Mangsa
  • Wanita
  • Pekerja
  • Belia
Kumpulan hak lain
  • Kebebasan awam
  • Digital
  • Migrasi bebas
  • Linguistik
  • Pemilikan
  • Pembiakan
  • Pertahan diri
  • Penentuan nasib sendiri orang
  • Air dan sanitasi
  • l
  • b
  • s

Hak awam (sivil) dan politik merupakan hak yang melindungi kebebasan individu rakyat daripada pencabulan yang tidak wajar oleh sesebuah pemerintahan atau pertubuhan swasta ke atasnya serta memastikan keupayaan seseorang untuk menyertai kehidupan sivil dan politik negara tanpa berdepan dengan diskriminasi atau penindasan.

Hak-hak awam ini termasuklah memastikan integriti fizikal dan keselamatan rakyat; perlindungan daripada diskriminasi atas sebab-sebab seperti kecacatan fizikal atau mental, jantina, agama, kaum, bangsa, umur, orientasi seks, mahupun identiti jantina;[1][2][3] serta hak individu seperti kebebasan berfikir dan bernurani, bersuara dan berekspresi, beragama, berakhbar, dan bergerak.

Hak-hak politik pula merangkumi keadilan asasi (keadilan berprosedur) dalam undang-undang, seperti hak tertuduh, termasuk hak untuk perbicaraan adil; proses pengadilan jujur; hak untuk menuntut tebus rugi atau legal remedy; dan hak-hak untuk menyertai masyarakat awam dan politik seperti kebebasan berpersatuan, kebebasan berhimpun, the kebebasan membuat petisyen, dan hak mengundi.

Hak awam dan politik merupakan komponen asli dan utama hak asasi manusia antarabangsa.[4] Ia termaktub dalam bahagian pertama Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (manakala bahagian kedua terdiri daripada hak ekonomi, sosial dan kebudayaan).

Istilah "hak awam" merupakan terjemahan daripada ungkapan ius civis dalam bahasa Latin yang bermaksud "hak warganegara". Sungguhpun warganegara Rom terdiri daripada yang bebas (libertas) dan yang abdi (servitus), namun mereka semua mempunyai hak di bawah undang-undang.[5] Selepas keluarnya Dekri Milan pada tahun 313, hak-hak ini termasuklah kebebasan beragama.[6] Doktrin undang-undang Rom punah sewaktu Zaman Pertengahan, namun tuntutan hak sejagat masih boleh dibuat berasaskan doktrin keagamaan. Menurut para ketua Pemberontakan Kett (1549), "semua yang abdi boleh dibebaskan, kerana Tuhan menjadikan mereka semua bebas dengan tumpahan darah-Nya yang berharga."[7]

Rujukan

  1. ^ The Civil Rights act of 1964[1]
  2. ^ Americans with Disabilities Act of 1990[2] Diarkibkan 2013-07-20 di Wayback Machine
  3. ^ Summary of LGBT civil rights protections, by state, at Lambda Legal [3]
  4. ^ Rujuk tinjauan Paul Sieghart, The Lawful Rights of Mankind: An Introduction to the International Legal Code of Human Rights, Oxford University Press, 1985.
  5. ^ Mears, T. Lambert, Analysis of M. Ortolan's Institutes of Justinian, Including the History and, p. 75.
  6. ^ Fahlbusch, Erwin and Geoffrey William Bromiley,The encyclopedia of Christianity, Volume 4, p. 703.
  7. ^ "Human Rights > 1500-1760 -Background"

Pautan luar

  • "Civil Rights" article by Andrew Altman in the Stanford Encyclopedia of Philosophy
  • Martin Luther King, Jr. and the Global Freedom Struggle Diarkibkan 2009-08-29 di Wayback Machine ~ an online multimedia encyclopedia presented by the King Institute at Stanford University, includes information on over 1000 civil rights movement figures, events and organizations
  • "CivilRightsTravel.com" ~ a visitors guide to key sites from the civil rights movement
  • The History Channel: Civil Rights Movement
  • Civil Rights: Beyond Black & White Diarkibkan 2010-03-25 di Wayback Machine - slideshow by Life magazine
  • Civil Rights in America: Connections to a Movement Diarkibkan 2013-01-03 di archive.today