Hak pengguna

Hari Pengguna di Malaysia.

Hak pengguna ialah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna. Sebagai contoh, penjual-penjual diwajibkan menunjukkan tanda harga sebagai tanda pemberitahuan kepada pengguna.

Hak untuk keperluan asas

Hak untuk mendapat keperluan asas dan perkhidmatan yang penting dan sangat diperlukan dalam kehidupan harian.

Hak membuat pilihan

Pengguna hendaklah diberi maklumat secara langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberi penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membentuk keputusan serta mendapat jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan. Ianya merujuk kepada suatu jaminan agar jumlah barangan dan perkhidmatan di pasaran mencukupi dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk mendapatkan maklumat

Hak untuk mendapat maklumat yang jelas dan lengkap tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Hak untuk pampasan

Hak untuk mendapat pampasan yang berpatutan jika sesuatu barangan atau perkhidmatan tidak memberi kepuasan yang sepatutnya daripada maklumat yang diberi.

Hak untuk barangan dan perkhidmatan yang selamat

Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang tidak membahayakan keselamatan dan kesihatan pengguna.

Hak untuk bersuara(pandangan)

Hak untuk memberi pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu-isu yang berkaitan dengan minat pengguna.

Hak untuk pendidikan kepenggunaan

Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan yang membolehkan seseorang untuk menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk hidup dalam persekitaran yang kondusif kepada kesihatan yang baik

Hak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih yang membolehkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna dilindungi.