Hamzah

Abjad Arab
هـ
Sejarah · Transliterasi
Harakat · hamzah ء
Angka · Perangkaan

Hamzah (Arab: هَمْزةcode: ar is deprecated , hamzah) (ءcode: ar is deprecated ) ialah sebuah huruf dalam Abjad Arab, yang mewakili hentian glotis IPA: ʔ. Hamzah tidak dikira sebagai satu daripada 28 "huruf penuh", dan hanya wujud ekoran ketidakseragaman sistem tulisan piawai. Ia terbitan daripada huruf ain ‘ayn. Dalam abjad-abjad Phoenicia dan Aramia, leluhur abjad Arab, hentian glotis diwakilkan dengan aleph (), dan ditreuskan sebagai alif ) dalam abjad Arab. Walau bagaimanapun, alif digunakan sebagai wakil kedua-dua hentian glotis dan vokal panjang /aː/. Bagi menunjukkan yang apa yang diniatkan ialah hentian glotis dan bukan vokal panjang, hamzah ditambah sebagai tanda diakritik pada alif. Dalam ortografi moden, kadang kala hamzah hadir dalam baris seolah-olah ia sebuah huruf penuh dan terasing daripada alif.

Etimologi

Hamzah ialah sebuah kata nama yang terbit daripada kata kerja هَمَزَcode: ar is deprecated hamaz-a yang bermaksud "mencucuk, mendorong" atau "menyediakan (huruf atau kata) dengan hamzah".[1]

Hamzah waslah

Huruf hamzah yang terdiri sendiri sentiasa mewakili hamzat qaṭ‘ (همزة قطعcode: ar is deprecated ); yakni, sebuah hentian glotis fonem. Berbanding dengan ini, "hamzah waslah"[2](istilah Bahasa Melayu), hamzat waṣl atau hamzat al-waṣl (همزة الوصلcode: ar is deprecated ) merupakan hentian glotis bukan fonem yang dihasilkan secara automatik pada permulaan sebuah ujaran. Walaupun ia dapat ditulis sebagai alif yang membawa tanda waṣlah ٱcode: ar is deprecated , ia lazim diwakili tanda alif tanpa hamzah. Ia hadir, contohnya, dalam artikel (kata sandang) pasti al-, ism, ibn, kata kerja imperatif dan aspek sempurna bentuk kata kerja VII hingga X, akan tetapi ia tidak disebut selepas vokal: (contoh, al-baytu l-kabīru yang ditulis البيت الكبيرcode: ar is deprecated ). Ia hadir hanya pada permulaan kata yang menyusuli kata depan ataupun kata sandang pasti.

Nota

  1. ^ Wehr, Hans. Edited by Cowan, J. M. The Hans Wehr Dictionary of Modern Arabic. Otto Harrassovich KG, 1994. همز hamaza.
  2. ^ Lihat takrif Dewan Bahasa dan Pustaka
  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.