Harakah

Harakah
Jenisakhbar parti politik
FormatTabloid
Diasaskan1987
Pemihakan politik Parti Islam Se-Malaysia
BahasaBahasa Melayu Tulisan Rumi, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu Tulisan Jawi
Ibu pejabatJalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang, 53000
BandarKuala Lumpur
NegaraMalaysia
EdaranSeluruh Malaysia [1]
Akhbar saudaraHarakahdaily
PemilikParti Islam Se-Malaysia
PengasasMohd Nakhaie Haji Ahmad, Subky Abdul Latif, Mohd Yusof Jalil, Ishak Haji Surin
PenerbitGaleri Media Serbaneka Sdn. Bhd.
PengarangMazlan Mat Jusoh
Laman sesawangeharakah.net.my

Harakah ialah akhbar yang diasaskan pada 1987 oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS diberikan permit penerbitan Harakah pada 1 Mac 1987 dengan kekerapan seminggu sekali. Edisi pertama Harakah diedarkan tujuh hari sebelum Muktamar PAS ke-33 iaitu pada 3 April 1987 dengan cetakan sebanyak 15,000 naskah. Pada awalnya ia dijual pada ahli PAS dengan bilangan 35,000 keluaran.[1] Peneraju awal Harakah adalah Dato' Mohammad Nakhaie Ahmad dan dibantu oleh Haji Subky Abdul Latif, Mohd Yusof Jalil dan Ishak Haji Surin.

Kandungan

Akhbar ini mengandungi kandungan yang berbahasa Melayu, berbahasa Inggeris dan bertulisan Jawi. Ia turut mempunyai sisipan yang diberi nama Fikrah yang menghimpunkan kandungan bukan berita[2].Seksyen Bahasa Inggeris dinamakan sebagai English Section mempunyai 8 muka surat. Satu halaman bertulisan Jawi diterbitkan sejak 2007 sehingga kini. Akhbar ini turut dan pernah memuatkan ruangan kolumnis antaranya Catatan Hujung oleh Ahmad Lutfi Othman, Mens Sana in Corpore Sano (Subky Abdul Latif), 123 Lekup (Subky Abdul Latif), Menerjang Badai (Roslan SMS), Duniaku Duniamu (LanH), Celoteh LanH (Roslan Hamid). Rencana daripada Harakah juga boleh didapati melalui laman web miliknya, Harakahdaily.net..

Penerbitan

Peroleh permit penerbitan (1987)

Harakah mula diterbitkan setelah mendapat permit penerbitan sejak 1 Mac 1987 sebagai surat berita atau dalam istilahnya akhbar pertubuhan tetapi kandungannya selain meliputi hal ehwal pertubuhan, ia boleh muatkan “rencana umum” dengan kekerapan seminggu sekali.[3] sebagai menggantikan Al-Harakah yang dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana diterbitkan tanpa permit. Idea menerbitkan Harakah diasaskan oleh Subky Abdul Latif, bekas wartawan Utusan Melayu dan Mastika dan Nakhaie Haji Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat pada waktu itu. Harakah beredar di pasaran seminggu sebelum Muktamar PAS dilangsungkan dan ketika krisis teruk berlaku dalam UMNO dan menjelang Operasi Lalang 1987[4].

Harakah terbit 2 kali seminggu (1990)

Berikutan sambutan yang baik, Harakah memohon kekerapan penerbitannya ditambah kepada 2 kali seminggu[4]. Permohonan Harakah pada 7 Mei 1990 dijawab segera oleh KDN melalui surat bertarikh 18 Jun 1990 memaklumkan "YAB Menteri (Dr Mahathir) telah bersetuju meluluskan permohonan tuan untuk menerbitkan HARAKAH dua kali seminggu".[3]

Tidak Boleh Dijual Secara Terbuka (1997)

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa Harakah tidak lagi dibenarkan dijual secara terbuka dan tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang didapati menjualnya. Beliau menyatakan demikian ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 7 September 1997[5].

Kekerapan dikurangkan 2 kali sebulan (2000)

Penerbitan Harakah dihadkan kekerapannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan pada 2 Mac 2000[6] dan tidak boleh dijual secara terbuka.[7] KDN lewat petang 12 April 2001 akhirnya membenarkan secara lisan PAS menerbitkan Harakah dua kali sebulan sebelum permitnya tamat 11 April 2001. Keputusan terbaru KDN ini yang dipercayai hasil mesyuarat kabinet disambut dengan kecaman dari Presiden PAS, Fadzil Mohd Noor[8].

Demo membantah sekatan permit (2000)

Tindakan KDN yang mengurangkan penerbitan itu telah dikritik hebat oleh pemimpin PAS dan tokoh parti alternatif seperti Rustam A. Sani, Ezam Mohd Noor, Saifuddin Nasution dan pemimpin DAP. Solat hajat dan tunjuk perasan diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur dan Masjid Derga, Alor Setar pada 3 Mac 2000 kerana membantah tindakan KDN itu[4]

Akhbar Harakah, Bil. 1399, Dis. 2008

Kembali diterbitkan 2 kali seminggu (2008)

Kerajaan telah meluluskan permohonan Harakah untuk diterbitkan dua kali seminggu. Lembaga Pengarah Harakah mengemukakan permohonan tersebut sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac 2008. Ketua pengarangnya, Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada KDN pada 23 Jun 2008.[9]

Penggantungan Permit Penerbitan 3 bulan ditarik balik (2009)

Pada 23 Mac 2009, KDN menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuasa serta merta. Keputusan diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar.[10] Walau bagaimanapun, tidak sampai dua minggu kemudian, larangan ini ditarik balik oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru, Mohd Najib Tun Abdul Razak.[11]

Tahanan Demo Bantah Sekatan Permit Dibebaskan (2010)

Pada 10 Mac 2010, Mahkamah Majistret membebaskan kesemua 10 orang tertuduh yang menganjurkan demo sekatan permit pada Mac 2000, 10 tahun sebelumnya. Mereka dibebas dan dilepaskan selepas saksi dari pasukan polis tidak menghadiri perbicaraan yang sepatutnya diadakan pada hari ini. Yang dibebaskan ialah Tian Chua, Sivarasa Rasiah, Hishamuddin Rais, Zulkefli Anwar Ul Haq atau Zunar, Munir, Mona Sofian, Nora, Abdul Malik Husin, Ansari, Lokman Nor Adam. Seorang lagi tertuduh, Omar Tan telah meninggal ketika kes masih berjalan..[12]

Permit tidak diperbaharui (2010)

Pada 8 Julai 2010, pihak pengurusan diberi tujuh hari mulai 6 Julai 2010 bagi menjawab surat tunjuk sebab daripada KDN berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu. Pihak pengurusan Harakah sedang mengendalikan isu permit akhbar itu yang tamat 7 Julai dan belum diperbaharui oleh KDN hingga kini. Namun, seperti 'rakannya' Suara Keadilan, sidang pengarang lidah rasmi PAS, juga akan tetap menerbitkan akhbar mereka - Harakah - seperti biasa. Pemangku ketua pengarang Harakah, Taufek Yahya berkata pihaknya membuat keputusan itu memandangkan surat tunjuk sebab daripada KDN yang baru diterimanya tengah hari ini tidak melarang tindakan itu.[13]

KDN Perbaharui Permit Terbit Harakah (2010)

Pada 15 Julai 2010, KDN memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi PAS, Harakah, dengan memberi amaran keras supaya ia hanya dijual di markas dan pejabat urusan parti itu sahaja. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks AL-Quran, Zaitun Ab Samad berkata, keputusan untuk memperbaharui permit penerbitan Harakah dibuat setelah KDN berpuas hati dengan kerjasama, penjelasan dan janji pihak pengurusan Harakah untuk mematuhi syarat-syarat permit penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Menurutnya, pihak pengurusan Harakah memberi perhatian serius terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh KDN dan telah menunjukkan kerjasama yang baik.

Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah Mustafa Ali dan Pengarah Urusan Kamarudin Jaafar telah datang berjumpa Ketua Setiausaha kementerian Mahmood Adam pada 12 Julai lepas untuk memberi penjelasan. Zaitun berkata, pihak Harakah juga telah menjawab surat tunjuk sebab pada 13 Julai dengan membuat akujanji akan mematuhi syarat-syarat permit penerbitan seperti mencetak perkataan "Untuk Ahli Sahaja" dan menghantar lapan naskhah setiap keluaran Harakah kepada KDN sebaik sahaja ia dicetak. "Kementerian akan sentiasa memantau penerbitan Harakah untuk memastikan pematuhan," katanya.[14]

Kes Saman Harakah oleh Najib Razak (2015-2018)

  • 19 Februari 2015: Harakah dan Harakahdaily menerbitkan artikel bertajuk "Dana 1MDB biayai Syarikat Filem Riza Aziz?"
  • 27 Februari 2015[15]: Surat Tuntutan kepada Harakah dikemukakan oleh Najib Razak
  • 18 Mac 2015[16]: Saman Fitnah difailkan Najib Razak terhadap Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily, Taufek Yahya berhubung isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Najib Razak menamakan Rosli dan Taufek sebagai defendan pertama dan kedua. Menerusi pernyataan tuntutan, Najib Razak berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau telah menyalah guna dana 1MDB. Oleh itu, kata beliau, penerbitan artikel itu telah menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa. Najib Razak turut mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' (responsible journalism) dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulisnya sebelum menerbitkan artikel itu. Beliau mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya. Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan artikel berkenaan
  • 28 Mei 2015[17]: Pengurusan kes saman ditetapkan pada 26 Jun 2015
  • 26 Jun 2015[18]: Pendengaran saman ditetapkan selama 7 hari bermula 7 Oktober 2015 untuk mendengar saman fitnah yang difailkan.
  • 26 Jun 2015: Najib Razak turut membuat permohonan membatalkan dua perenggan (perenggan 10 dan perenggan 11) dalam pernyataan pembelaan Harakah dan Harakahdaily dan akan didengar pada 13 Julai 2015.
  • 13 Julai 2015 [19]: Permohonan membatalkan dua perenggan dalam pernyataan pembelaan Harakah dan Harakahdaily ditunda ke 23 Julai 2015.
  • 23 Julai 2015 [20]: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib Razak untuk mengetepikan dua perenggan dalam kenyataan bela diri Harakah dan Harakahdaily, dan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.
  • 19 November 2015[21]: Penetapan tarikh perbicaraan kes saman ftinah iaitu pada 16, 17, 18, 21, dan 22 Mac 2016.
  • 7 Disember 2015[22]: Najib Razak ingin bantah 20 artikel Harakah dan Harakahdaily yang lain
  • 5 Februari 2016[20]: Rayuan Najib Razak untuk mengetepikan dua perenggan pembelaan Harakahdaily dalam kenyataan bela dirinya berhubung saman berkaitan 1MDB ditolak.
  • 23 Februari 2016[23]: Najib Razak memohon untuk memasukkan dua kenyataan yang menafikan pembabitan beliau berhubung kes 1MDB dan dana RM2.6 bilion, dalam writ saman dan pernyataan tuntutannya terhadap Harakah dan Harakahdaily. Kenyataan itu masing-masing dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara, yang menyatakan Najib Razak tidak terbabit dalam salah laku berhubung 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion tiada kaitan dengan syarikat itu.
  • 7 April 2016 [24]: Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib Razak untuk memasukkan dua kenyataan menafikan pembabitannya berhubung isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
  • 23 Mei 2016: Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib Razak supaya saman ini diputuskan berdasarkan fakta undang-undang iaitu tanpa perbicaraan penuh.
  • 15 Jun 2016[25]: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib Razak, menangguhkan perbicaraan kes saman fitnah. Perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sepatutnya bermula 23 Jun 2016. Peguam Najib Razak memohon penangguhan itu atas alasan anak guamnya mempunyai dua lagi rayuan di Mahkamah Rayuan berkaitan kes saman itu yang belum didengar dan diputuskan.
  • 21 Jun 2016[26]: Najib Tun Razak dan HarakahDaily mempertimbangkan kemungkinan menyelesaikan di luar mahkamah, kes saman fitnah berhubung 1MDB. Kedua-dua pihak memaklumkan mahkamah dalam prosiding pengurusan kes, mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan saman sivil itu. Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mengendalikan pengurusan kes itu di dalam kamar, menetapkan 11 Julai bagi kedua-dua pihak untuk memaklumkan kepadanya akan keputusan mereka. Jika kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mendengar kedua-dua rayuan yang dikemukakan oleh Najib Razak. Pengurusan kes bagi kedua-dua rayuan yang sebelum ini ditetapkan pada 23 Jun dan 14 Julai, telah diawalkan ke 21 Jun.
  • 26 September 2016[27]: Harakahdaily telah menolak tawaran bagi penyelesaian saman fitnah difailkan terhadapnya oleh Najib Razak berhubung 1MDB.
  • 2 Disember 2016 [28]: Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Mac 2017 untuk pengurusan kes saman fitnah.
  • 8 Mei 2017[29]: Najib Razak dan Harakah perlu memaklumkan kepada Mahkamah Rayuan pada 15 Mei 2017 sama ada mereka akan meneruskan proses rayuan Najib Razak atau menunggu hasil saman Lim Guan Eng ke atas dua akhbar. Peguam Najib Razak berkata dia memaklumkan kepada Pendaftar Mahkamah Rayuan mengenai rayuan Lim dan Mahkamah Persekutuan sudah menetapkan tarikh lain bagi pengurusan kes Lim Guan Eng yang menyaman New Straits Times dan Utusan Malaysia itu.
  • 1 Jun 2018[30]: Najib Razak menarik balik saman fitnah.

Dijemput pertama kali membuat liputan Perhimpunan Agung UMNO (2019)

Buat julung kalinya Harakah menerima undangan untuk mengadakan liputan sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dari 4 hingga 7 Disember 2019. Mewakili Harakah, Shahir Abu Hassan hadir menerima penyerahan tag media PAU 2019 yang disampaikan oleh Ketua Penerangan Umno, Shamsul Anuar Nasarah[31].

Harakahdaily

Harakah segera memanfaatkan teknologi ICT ini dengan mengadakan Harakah Edisi Internet seawal tahun 1997 [32] yang dilancarkan oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS ketika itu. Pendokong-pendokong IT dari kalangan ahli PAS membantu Harakah memulakan usaha ini untuk menyiarkan bahan-bahan yang ada dalam akhbar Harakah membantu memasukkan berita, rencana utama dan kolum penting. Ketika itu, portal Harakah menggunakan penyedia laman Tripod (Lihat contoh di http://harakah4.tripod.com) dan pautan www.harakah.net. Pada Ogos 1999, Harakah membuka laman webnya sendiri, Harakahdaily yang terbit selengkapnya pada Mac 2000 yang boleh dilayari setiap hari[32]. Portal berita www.harakahdaily.com yang dikemaskini setiap hari digerakkan secara aktif selepas kemenangan besar PAS dalam PRU ke-10.

Sekarang ianya menjadi www.harakahdaily.net dengan kunjungan pelawat sekitar 70,000 (pageview) sehari dan dalam masa peristiwa tertentu seperti pilihan raya, muktamar dan sebagainya, ia boleh mencecah sehingga 100,000 kunjungan sehari. Ianya juga secara tidak langsung merealisasikan sebahagian hasrat Harakah untuk menjadi akhbar harian yang masih belum terlaksana. Pada September 2016[33], Ketua Penerangan PAS, YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi mengumumkan di Facebook beliau tentang peralihan domain Harakahdaily kepada harakahdaily.net.my. Pada 5 November 2019[34], Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah merasmikan pelancaran HarakahDaily versi baharu dengan domain harakahdaily.org di EDC Hotel, Jalan Raja Laut.

Unit Buku Harakah

Unit Buku Harakah ialah subsidiari bidang penerbitan buku kepada syarikat media Harakah.

Buku

  • Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah Jilid 3 Edisi Kemaskini (2018) Tulisan Abdul Hadi Awang
  • Sejarah PAS, 1951-1957: Membina Jiwa Merdeka (2016) Tulisan Subky Latif & Mohd Fadli Abdul Ghani
  • Sirah Nabawiyah - Insan Teladan Sepanjang Zaman (2016) Tulisan Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Khutbah Rasulullah: 668 khutbah pengukuh iman dan penyempurnaan akhlak (2015) Tulisan Nawaf Al-Jarrah
  • Memoir Tok Guru di Hati Wanita (2015) Tulisan Saidah Hairan
  • Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang (2015) Tulisan Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Tafsir At-Tibyan: Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 83-160 (2014) Tulisan Abdul Hadi Awang
  • Tafsir At-Tibyan: Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 1-82 (2014) Tulisan Abdul Hadi Awang
  • Pembentukan Jiwa (2014) Tulisan Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Assam: Umat Islam Terancam (2014) Tulisan Mohd Azmi Abdul Hamid & Mohammad Qayyum A. Badaruddin
  • MH17 Dalam Kenangan (2014) Karya Dr. Akmal Salleh, Saidah Hairan
  • Bimbingan Persoalan Fiqh Wanita (2014) Syaikh Muhammad Bin Ibrahim Asy-Syaikh
  • Tafsir Surah Yaasin (Siri Tafsir At-Tibyan) (2013) Tulisan Abdul Hadi Awang
  • Bersih: Pendirian PAS (2012) Tulisan Parti Islam Se-Malaysia
  • Gelombang di Pesisir Waktu: Kumpulan Rencana Politik, Gerakan Islam, Kesusasteraan, dan Kehidupan (2012) Tulisan Abdul Shukur Harun
  • Detik Utopia: Komentar Kritis Isu Pakatan Rakyat dan Politik Malaysia (2012) Tulisan Ahmad Lutfi Othman
  • Striving For Change (The Blindspot Series) (2012) Tulisan Dr Dzulkefly Ahmad
  • Manusia Dan Kemaruk Kebendaan Teks dan Komentar Surah Al-Kahfi (2012) Tulisan Abul Hasan Ali Nadwi
  • Sinema Spiritual: Dramaturgi dan Kritikan (2012) Tulisan Faisal Tehrani
  • Menegak Agama Membela Bangsa: Perjuangan PAS 1951-1970 (2011) Tulisan Ismail Said
  • Orang Melayu: Masalah dan Masa Depan (2008) Tulisan Syed Husin Ali
  • Blind Spot - the Islamic State debate, NEP and other issues (2008) Tulisan Dr Dzulkefly Ahmad
  • Nota Kepada Diri: 71 Nasihat Agama & Akhlak (2007) Tulisan Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Dari Beirut Ke Jerusalem: Sebuah Kisah Benar (2007) Edisi Khas 25 Tahun Tragedi Sabra & Shatila. Tulisan Dr. Ang Swee Chai
  • 20 tahun Harakah, 1987-2007: 2 Dekad Terajui Perubahan (2007) Tulisan Ahmad Lutfi Othman
  • Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah Jilid 3 (2006) Tulisan Abdul Hadi Awang
  • Pembentukan Jiwa (1994) Tulisan Nik Abdul Aziz Nik Mat

E-Buku (Buku digital)

Pada masa kini telah terdapat beberapa buah buku terbitan Harakah telah dijadikan eBook[35]. Antaranya:

  • Panduan Solat Hajat Khusus Untuk Kemenangan Jentera Pilihanraya PAS Negeri Selangor, Karya Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
  • Risalah Ringkas Panduan Istighasah & Munajat. Karya bersama Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
  • Sejarah PAS, 1951-1957: Membina Jiwa Merdeka (2016) Karya Subky Latif & Mohd. Fadli Abdul Ghani
  • Khutbah Rasulullah: 668 khutbah pengukuh iman dan penyempurnaan akhlak (2015) Nawaf Al-Jarrah
  • Memoir Tok Guru di Hati Wanita (2015) Saidah Hairan
  • Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang (2015) Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Bimbingan Persoalan Fiqh Wanita (2014) Syaikh Muhammad Bin Ibrahim Asy-Syaikh
  • MH17 Dalam Kenangan (2014) Karya Dr. Akmal Salleh, Saidah Hairan
  • Pembentukan Jiwa (2014) Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Tafsir At-Tibyan: Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 83-160 (2014) Abdul Hadi Awang
  • Tafsir At-Tibyan: Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 1-82 (2014) Abdul Hadi Awang
  • Tafsir Surah Yaasin (Siri Tafsir At-Tibyan) (2013) Abdul Hadi Awang

Kontroversi Buku

Buku Faisal Tehrani, terbitan Unit Buku Harakah diharamkan (2016)

Buku tulisan Faisal Tehrani berjudul Sinema Spiritual: Dramaturgi dan Kritikan diterbitkan oleh Unit Buku Harakah yang beralamat di Kuala Lumpur diharamkan oleh KDN berkuat kuasa 22 April 2016[36]. Ia dikatakan cuba mengupas filem sebagai medium dakwah ketika sinema Malaysia tepu dengan filem seram. Berdasarkan warta kerajaan persekutuan, pengharaman itu dikeluarkan berdasarkan Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984[37]. Alasan diberikan, penerbitan itu mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam kerana mengandungi atau seolah-olah mempromosikan unsur-unsur ajaran atau amalan Syiah yang bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam yang sebenar mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan di Negara ini.[38]

Kepimpinan

Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah

Berikut merupakan senarai Pengerusi Lembaga Pengarah (pernah digunakan sebagai Jemaah Pengarah) Harakah.

  1. 1995 - 2015: Mustafa Ali[32] [39]
  2. 2015 - 2017: Idris Ahmad[40]
  3. 2017 - 2019: Nik Mohd Amar Abdullah[41]
  4. 2019 - kini: Idris Ahmad[42]

Pengarah Urusan/Ketua Pengawai Eksekutif

Berikut merupakan senarai Pengarah Urusan Harakah sejak ditubuhkan. Bermula sesi 2017, jawatan Pengarah Urusan ditukar kepada Ketua Pegawai Eksekutif.

  1. 1987 - 1989: Mohd Nakhaie Haji Ahmad
  2. 1989 - 1990: Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok
  3. 1990 - 1995: Azizan Abdul Razak
  4. 1995 - 2006: Hishamuddin Yahaya
  5. 2006 - 2013: Kamarudin Jaffar
  6. 2013 - 2017: Dr Rosli Yaakop[39][40]
  7. 2017 - 2019: Zainal Abidin bin Kidam[41]
  8. 2019 - 2021: Kamaruzaman bin Mohamad[42]
  9. 2021 - 2023: Khairil Nizam Khirudin
  10. 2023 - kini: Ahmad Fadhli Shaari

Ketua Pengarang Kumpulan

Berikut merupakan senarai Ketua Pengarang Kumpulan

  1. 1987 - 1989: Mohd Nakhaie Ahmad
  2. 1989 - 1990: Hussien Yaakob
  3. 1990 - 1992: Zin Mahmud
  4. 1992 - 1993: Ahmad Lutfi Othman
  5. 1993 - 2004: Zulkifli Sulong
  6. 2004: Suhaimi Mokhtar
  7. 2004 - 2015: Ahmad Lutfi Othman
  8. 2015 - 2021: Wan Nordin Wan Yaacob
  9. 2021 - kini: Mazlan Jusoh

Anugerah dan pengiktirafan

  • Anugerah Khas MASTI 2022 - daripada Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) - 20 Ogos 2022
  • Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia (Berita dalam talian bagi kandungan politik) anjuran Media Home Communication - 21 Ogos 2022.

Rujukan

  1. ^ Nick Couldry; James Curran (2003). Contesting Media Power: Alternative Media in a Networked World. Maryland, AS: Rowman & Littlefield Publishers, Inc. m/s. 293. ISBN 9780742523852.
  2. ^ Hamedi Mohd Adnan (2015). 100 Akhbar Melayu. Wangsa Maju: ITBM. m/s. 231. ISBN 9789670798615.
  3. ^ a b SUHAIMI EMBONG (2 Mac 2017). "30 Tahun Harakah – Istiqamah Memimpin Perubahan". Harakahdaily. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2019. Dicapai pada 25 Disember 2021.
  4. ^ a b c Jeniri Amir; Hamedi Mohd Adnan (2013). "Harakah Pada zaman Pemerintahan Mahathir: Peranan dan Cabaran". Jurnal Pengajian Media Malaysia. 15 (1): 129–142.
  5. ^ http://lib.perdana.org.my/PLF/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1996-1998/1997aj/harakah%20tidak%20lual%20secara%20terbuka.pdf
  6. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2008678/harakah-dua-kali-sebulan
  7. ^ Ahmad Lutfi Othman (6 Jun 2007). "Bersama Harakah hadapi pilihan raya ke-12". HarakahDaily.Net. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2008. Dicapai pada 25 Disember 2021.
  8. ^ https://www.malaysiakini.com/news/1832
  9. ^ https://www.malaysiakini.com/news/84936
  10. ^ Permit Harakah, Suara Keadilan digantung 3 bulan Diarkibkan 2013-12-24 di Wayback Machine, mStar online. Dicapai 26 Mac 2009.
  11. ^ 13 tahanan ISA dibebas, 2 akhbar dibenar terbit semula Diarkibkan 2013-12-24 di Wayback Machine, mStar online. Dicapai 5 April 2009.
  12. ^ "10 dibebas selepas 10 tahun didakwa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-18. Dicapai pada 2010-03-10.
  13. ^ [http://www.malaysiakini.com/news/136777 "Harakah pula digantung?" Malaysiakini.com. 8 Julai 2010.
  14. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/07/15/kdn-perbaharui-permit-terbit-harakah/
  15. ^ https://www.bharian.com.my/node/37150
  16. ^ https://www.bharian.com.my/node/42164
  17. ^ https://www.bharian.com.my/node/57714
  18. ^ https://www.bharian.com.my/node/63794
  19. ^ https://www.bharian.com.my/node/67736
  20. ^ a b https://www.bharian.com.my/node/121501
  21. ^ https://www.bharian.com.my/node/98337
  22. ^ https://www.bharian.com.my/node/102938
  23. ^ https://www.bharian.com.my/node/127219
  24. ^ https://www.bharian.com.my/node/164535
  25. ^ https://www.bharian.com.my/node/164535
  26. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/06/21/najib-harakah-selesai-saman
  27. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/harakahdaily-tolak-penyelesaian-saman-fitnah-dengan-pm-najib-117765
  28. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/12/02/kes-saman-najib-harakah/
  29. ^ https://www.malaysiakini.com/news/381560
  30. ^ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/432725/najib-tarik-balik-saman-terhadap-harakah-harakahdaily
  31. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-03. Dicapai pada 2019-12-03.
  32. ^ a b c http://sso.myharakah.net/publicpage/view_history
  33. ^ https://www.facebook.com/ustaztantawi/posts/10153708533777312
  34. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-05. Dicapai pada 2019-11-05.
  35. ^ http://sso.myharakah.net/publicpage/view_ebook
  36. ^ https://www.hmetro.com.my/node/141944
  37. ^ http://www.moha.gov.my/index.php/en/maklumat-korporat22-4/kenyataan-media-kdn/2826-
  38. ^ https://www.malaysiakini.com/news/340626
  39. ^ a b https://pas.org.my/pengerusi-lajnah-lajnah-sesi-2013-2015/
  40. ^ a b https://pas.org.my/pengerusi-lajnah-lajnah-pas-pusat-sesi-2015-2017/
  41. ^ a b https://pas.org.my/pengerusi-lajnah-lajnah-pas-pusat-sesi-2017-2019/
  42. ^ a b https://pas.org.my/pengerusi-lajnah-lajnah-pas-pusat-sesi-2019-2021/[pautan mati kekal]

Pautan luar

  • Portal Rasmi Harakahdaily
  • Laman Facebook Harakahdaily
  • Laman Twitter Harakahdaily
  • Laman Twitter Akhbar Harakah
  • Laman Instagram Harakahdaily
  • Portal Korporat Agensi Harakah
Kerajaan negeri
Parti politik
Bahasa Inggeris
Semenanjung Malaysia
Malaysia Timur
Bahasa Cina
Semenanjung Malaysia
Malaysia Timur
Bahasa Tamil
Akhbar dalam talian / Laman web berita
  • l
  • b
  • s
Parti Islam Se-Malaysia
Parti komponen Perikatan Nasional
Mursyidul Am
Timbalan Mursyidul Am
Setiausaha
Ahli
Lantikan Jawatankuasa Pusat
Lantikan Dewan Ulamak
Lantikan Dewan Muslimat
Lantikan Dewan Pemuda
Lantikan Majlis Syura
Jawatankuasa Harian Pusat
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Dewan
Setiausaha Agung
Penolong Setiausaha
Bendahari
Ketua Penerangan
Ketua Pilihan Raya
Jawatankuasa Kerja Pusat
Dipilih
Dilantik
Muktamar Tahunan
Pengerusi Tetap
Timbalan Pengerusi Tetap
Kepimpinan utama
Dewan-Dewan
   

Dewan Ulamak PAS Pusat
Ketua: Ahmad Yahaya
Timbalan Ketua: Zulkifli Ismail
Naib Ketua: Khirul Muntanazar Ismail

Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ketua: Afnan Hamimi Taib Azamudden
Timbalan Ketua: Mohd Hafez Sabri
Naib Ketua: Muhammad Hanif Jamaluddin

Dewan Muslimat PAS Malaysia
Ketua: Nuridah Mohd Salleh
Timbalan Ketua: Rosni Adam
Naib Ketua: Salamiah Mohd Nor

Dewan Himpunan Pendukung PAS Malaysia
Ketua: Balasubramaniam Nachiappan
Naib Ketua: Deepakaran Karuppiah

Perhubungan Negeri
   

Johor
Pesuruhjaya: Abdullah Husin
Ketua Ulamak: Azlisham Azahar
Ketua Pemuda: Ahmad Nawfal Mahfodz
Ketua Muslimat: Zakiah Tukirin

Kedah
Pesuruhjaya: Ahmad Yahaya
Ketua Ulamak: Mohamad Rodi Abdul Rahman
Ketua Pemuda: Nasrun Othman
Ketua Muslimat: Siti Ashah Ghazali

Kelantan
Pesuruhjaya: Ahmad Yakob
Ketua Ulamak: Hassan Mohamood
Ketua Pemuda: Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Muslimat: Siti Zailah Mohd Yusoff

Melaka
Pesuruhjaya: Zulkifli Ismail
Ketua Ulamak: Md Khairi Abdul Aziz
Ketua Pemuda: Zulhilmi Suboh
Ketua Muslimat: Kintan Man

Negeri Sembilan
Pesuruhjaya: Rafiei Mustapha
Ketua Ulamak: Mohd Nazri Md Yusof
Ketua Pemuda: Mahfuz Roslan
Ketua Muslimat: Masita Mohamed Ali

Pahang
Pesuruhjaya: Rosli Abdul Jabar
Ketua Ulamak: Zuridan Mohd Daud
Ketua Pemuda: Mohd Zarimi Abu Zih
Ketua Muslimat: Salamiah Mohd Nor

Perak
Pesuruhjaya: Razman Zakaria
Ketua Ulamak: Ibrahim Zakaria
Ketua Pemuda: Mohd Hafez Sabri
Ketua Muslimat: Najihatussalehah Ahmad

Perlis
Pesuruhjaya: Mohd Shukri Ramli
Ketua Ulamak: Idris Yaacob
Ketua Pemuda: Haziq Asyraf Dun
Ketua Muslimat: Nor Shahirah Mat Salleh

Pulau Pinang
Pesuruhjaya: Muhammad Fauzi Yusoff
Ketua Ulamak: Ahmad Tajudin Abu Bakar
Ketua Pemuda: Zulzalee Ariffin
Ketua Muslimat: Maziah Khamis

Sabah
Pesuruhjaya: Aliakbar Gulasan
Ketua Ulamak: Adsman Jupri
Ketua Pemuda: Hendri Hamsah
Ketua Muslimat: Norsah Bongsu

Sarawak
Pesuruhjaya: Jofri Jaraiee
Ketua Ulamak: Abdul Halim Abdul Kadir
Ketua Pemuda: Sahrul Khair Osman
Ketua Muslimat: Julia Muhammad

Selangor
Pesuruhjaya: Ab Halim Tamuri
Ketua Ulamak: Mohd Zamri Mohd Zainuldin
Ketua Pemuda: Mohamed Sukri Omar
Ketua Muslimat: Wan Hasrina Wan Hassan

Terengganu
Pesuruhjaya: Husain Awang
Ketua Ulamak: Ismail Osman
Ketua Pemuda: Mohd Harun Esa
Ketua Muslimat: Zarani Othman

Wilayah Persekutuan
Pesuruhjaya: Azhar Yahya
Ketua Ulamak: Azahar Yaakub
Ketua Pemuda: Azmer Syazwan Ahmad Suparmin
Ketua Muslimat: Nuridah Mohd Salleh

Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Rakyat
Pembangkang
Dewan Negara
Lantikan Negeri
Kelantan
Terengganu
Kedah
Dewan Undangan Negeri
Kelantan
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Timbalan Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Terengganu
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Dipilih
Kedah
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Perlis
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Sabah
Penyokong Kerajaan
Dilantik
Perak
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Pahang
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Pulau Pinang
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Selangor
Pembangkang
Johor
Pembangkang
Negeri Sembilan
Pembangkang
Bekas pemimpin utama
Mursyidul Am
Presiden
Timbalan Presiden
Entiti parti
Sayap parti (Dewan)
Badan pemikir
Pendidikan
Pengajian jangka panjang
Pengajian tinggi
Peringkat menengah
Peringkat rendah
Peringkat kecil
Media
Lain-lain
Berkaitan
  • Badan isteri wakil rakyat
    • Terengganu
    • Kelantan
    • Kedah
    • Perlis
  • Soutul Amal
Hubungan parti politik
Gabungan politik
Terkini
Parti/gabungan kerjasama
Terkini
Parti dan entiti serpihan
Kategori Kategori