Hari Belia

Hari Belia lazimnya merupakan hari kelepasan bagi meraikan belia di sesebuah negara.

Antarabangsa

Hari Belia Antarabangsa merupakan perayaan antarabangsa pada 12 Ogos yang diiktiraf PBB.

Afrika Selatan

Hari Belia disambut di Afrika Selatan pada 16 Jun untuk memperingati para belia yang terkorban sewaktu rusuhan pelajar di Soweto yang berlaku pada 16 Jun 1976. Rusuhan ini tercetus akibat arahan kerajaan untuk menjadikan bahasa Afrikaans sebagai bahasa utama di sekolah-sekolah kulit hitam. Sewaktu rusuhan ini, dianggarkan seramai 176 pelajar kebanyakannya belasan tahun telah ditembak mati oleh pihak polis.

Malaysia

Hari Belia Negara disambut setiap 15 Mei.

Singapura

Hari Belia disambut pada Ahad pertama setiap Julai.

Lihat juga

  • Hari Kanak-Kanak