Hari Penubuhan Negara

Hari Penubuhan Negara
Hari Yayasan Nasional di jalan Tokyo
Nama rasmi建国記念の日 kenkoku kinen-no-hi
Juga dikenali sebagai
Hari Penubuhan Negara
Diraikan oleh/di
Orang Jepun
JenisKebangsaan
KepentinganMenyambut ulang tahun pembentukan negara dan kerabat diraja Jepun.
Tarikh11 Februari

Hari Penubuhan Negara (Jepun: 建国記念の日, Hepburn: kenkoku kinen-no-hi) ialah satu perayaan kebangsaan di Jepun yang disambut pada 11 Februari setiap tahun.[1] Pada hari ini, rakyat Jepun memperingati penubuhan negara dan kerabat dirajanya oleh maharaja sulung berlegenda, Jimmu yang mengasaskan ibu kotanya di wilayah Yamato.[2]

Sejarah

Perayaan Kigensetsu, pra-1940.

Hari penubuhan Negara berakar umbi pada perayaan Tahun Baru dalam takwim qamari-suria tradisional. Mengikut catatan Nihonshoki, pada hari itulah Maharaja Jimmu menubuhkan negara Jepun dan menaiki takhta pada hari pertama bulan pertama.

Pada zaman Meiji, kerajaan Jepun menetapkan 11 Februari sebagai cuti umum, sambil beralih dari takwim qamari-suria kepada takwim Gregory pada tahun 1873. Pada tahun 1872, apabila hari cuti ini mula-mulanya diisytiharkan,[3] tarikhnya ialah 29 Januari dalam takwim Gregory, bersamaan dengan Tahun Baru Qamari ketika itu. Walau bagaimanapun, tanpa disangka kerajaan, rakyat hanya menyambutnya sebagai Tahun Baru dan bukan Hari Penubuhan Negara. Oleh itu, terpaksalah pihak kerajaan mengalihkan tarikh Hari Penubuhan Negara ke 11 Februari dalam takwim barat pada tahun seterusnya. Pihak kerajaan menyatakan bahawa cuti ini bersempena dengan 'hari pemerintahan' Maharaja Jimmu, tetapi tidak pernah mendedahkan kaedah penghitungan yang tepat.

Pada mulanya, cuti ini dinamakan Kigensetsu (Jepun: 紀元節, "Perayaan Zaman"), yang selalu diterjemah menjadi "Hari Empayar".[4] Dipercayai bahawa Maharaja Meiji ingin mengasaskan cuti ini untuk mengukuhkan keesahan kerabat diraja selaku pemerintah setelah bubarnya Kesyogunan Tokugawa. Cuti kebangsaan ini disokong oleh pihak yang percaya bahawa menjadikan maharaja sebagai tumpuan utama negara mampu menyatukan negara.[5] Dengan melaung-laungkan hubung kait pemerintahan baginda dengan maharaja Jimmu dan juga dewi Amaterasu, Maharaja Meiji mengisytiharkan diri sebagai satu-satunya pemerintah sejati Jepun.[6]

Dengan keraian perarakan dan temasya besar-besaran, Kigensetsu menjadi satu daripada empat perayaan utama di Jepun zaman praperang,[7] selain Hari Tahun Baru (1 Januari), Hari Keputeraan Maharaja, dan Hari Meiji (3 November).

Disebabkan kuat berbaur mitos Shinto serta memperbesarkan golongan bangsawan Jepun, Kigensetsu dimansuhkan selepas Perang Dunia Kedua. Kebetulannya, 11 Februari juga harinya General MacArthur meluluskan rangka Perlembagaan baru pada tahun 1946.[8]

Pada tahun 1966, cuti peringatan ini dipulihkan dengan nama Hari Penubuhan Negara.[9] Biarpun tidak begitu mengetengahkan Maharaja, namun Hari Penubuhan Negara masih menjadi hari untuk meluahkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara pada 1950-an.[10]

Amalan kini

Berbeza dengan kemeriahan acara-acara Kigensetsu zaman silam, sambutan Hari Penubuhan Negara agak sepi. Antara adat resamnya termasuk mengibarkan bendera Jepun serta menghayati erti kewarganegaraan Jepun. Namun begitu, perayaan ini masih mengundang sedikit kontroversi, sehingga jarang didengari laungan semangat kebangsaan atau patriotisme secara terang-terangan.[11]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Hardacre, Helen. (1989). Shinto and the State, 1868-1988, pp. 101-102.
  2. ^ Van Wolkeren, Karel. (1990). The Enigma of Japanese Power: People and Politics in a Stateless Nation, p. 60.
  3. ^ Rimmer, Thomas et al. (2005). The Columbia Anthology of Modern Japanese Literature, p. 555 n1.
  4. ^ American School in Japan: Japanese Holiday Traditions Diarkibkan 2005-11-24 di Wayback Machine. Diterima pada 21 November 2005
  5. ^ Gluck, Carol. (1985) Japan's Modern Myths: Ideology in the Late Meiji Period, p. 85.
  6. ^ Hiragana Times: Emperor JINMU Diarkibkan 2006-06-19 di Wayback Machine, diterima pada 21 November 2005.
  7. ^ Bix, Herbert. (2000).Hirohito And The Making Of Modern Japan, p. 384
  8. ^ Dower, John. (1999). Embracing Defeat: Japan in the Wake of World War II, p. 373.
  9. ^ Lange, Stephen. (1992). Emperor Hirohito and Shōwa Japan: A Political Biography, p. 172.
  10. ^ Neary, Ian. (1996). Leaders and Leadership in Japan, p. 239.
  11. ^ Hutchinson, John et al. (2000). Nationalism: Critical Concepts in Political Science, pp. 1889-1880.

Rujukan

  • Bix, Herbert P. (2000). Hirohito And The Making Of Modern Japan. New York: HarperCollins. 10-ISBN 0-060-19314-x; 13-ISBN 978-0-060-19314-0 (cloth) 10-ISBN 0-060-93130-2; 13-ISBN 978-0-060-93130-8 (paper)
  • Dower, John. (2000). Embracing Defeat: Japan in the Wake of World War II. New York: W. W. Norton & Company. 10-ISBN 0-393-04686-9; 13-ISBN 978-0-393-04686-1 (cloth) 10-ISBN 0-393-32027-8; 13-ISBN 978-0-393-32027-5 (paper)
  • Gluck, Carol. (1985) Japan's Modern Myths: Ideology in the Late Meiji Period. Princeton: Princeton University Press. 10-ISBN 0-691-05449-5; 13-ISBN 978-0-691-05449-0 (cloth) 10-ISBN 0-691-00812-4; 13-ISBN 978-0-691-00812-7
  • Hardacre, Helen. (1989). Shinto and the State, 1868-1988. Princeton: Princeton University Press. 10-ISBN 0-691-07348-1; 13-ISBN 978-0-691-07348-4 (cloth) 10-ISBN 0-691-02052-3; 13-ISBN 978-0-691-02052-5 (paper)
  • Hutchinson, John and Anthony David Smith. (2000). Nationalism: Critical Concepts in Political Science. London: Routledge. 10-ISBN 0-415-20109-8; 13-ISBN 978-0-415-20109-4
  • Lange, Stephen. (1992). Emperor Hirohito and Shōwa Japan: A Political Biography. London: Routledge. 10-ISBN 0-415-03203-2; 13-ISBN 978-0-415-03203-2 (cloth) 10-ISBN 0-415-15379-4; 133-ISBN 978-0-415-15379-9
  • Neary, Ian. (1996). Leaders and Leadership in Japan. London: RoutledgeCurzon. 10-ISBN 1-873-41041-7; 13-ISBN 978-1-873-41041-7 (cloth)
  • Rimmer, Thomas and Van C. Gessel. (2005). The Columbia Anthology of Modern Japanese Literature. New York: Columbia University Press. 10-ISBN 0-231-13804-0; 13-ISBN 978-0-231-13804-8
  • Van Wolkeren, Karel. (1989). The Enigma of Japanese Power: People and Politics in a Stateless Nation. New York: Knopf. 10-ISBN 0-394-57796-5; 13-ISBN 978-0-394-57796-8 (cloth) [reprinted by Vintage Books, New York, 10-ISBN 0-679-72802-3; 13-ISBN 978-0-679-72802-3 (paper)
  • l
  • b
  • s
Tahun Baru  • Hari Kedewasaan  • Hari Penubuhan Negara  • Hari Ekuinoks Musim Bunga  • Hari Showa*  • Hari Peringatan Perlembagaan*  • Hari Kehijauan*  • Hari Kanak-Kanak*  • Hari Laut  • Hari Menghormati Warga Tua  • Hari Ekuinoks Musim Luruh  • Hari Sukan dan Kesihatan  • Hari Kebudayaan  • Hari Kesyukuran Pekerja  • Hari Keputeraan Maharaja
* Sebahagian daripada Minggu Emas