Hari Kiamat

Eskatologi Islam
Tokoh
  • Zulkarnain (ذي القرنين)
  • Muhammad (محمد)
  • Imam Mahdī (محمد المهدي)
  • Isa (عيسى)
  • Dajjāl (الدّجّال)
  • Khawārij (خوارج)
  • Yā'jūj dan Mā'jūj (يأجوج ومأجوج)
  • Dzū as-Suwayqatayn (ذوالسويقتين)
Makhluk gaib
  • Al-Arham (الارحام)
  • Qarīn (قرين)
  • Dābbat al-Ard (دابة الأرض‎)
  • Malak al-Mawt (ملك الموت)
  • Hamalat al-‘Arsy (حملة العرش)
  • Kirâman Kâtibîn (كراماً كاتبين)
  • Mu’aqqibat (معقبت)
  • Munkar dan Nakīr (منكر و نكير)
  • Isrāfīl (إسرافيل)
  • Mâlik (ملك)
  • Malak al-`Adzāb (ملك العذاب)
  • Malak ar-Rahmah (ملك الرحمة)
  • Zabāniyah (زبانيه)
Lokasi
  • Kaabah (الكعبة)
  • Âkhirat (الآخرة)
  • Barzakh (برزخ)
  • Mahsyar (محشر)
  • Sirāth (الصراط)
  • Qanthorah (قنطرة)
  • Firdaus (فردوس)
  • Jahannam (جهنم)
  • Jannah (جنّة)
  • Arasy (عَرْش)
Peristiwa
  • Israk dan Mikraj (الإسراء والمعراج)
  • Bulan terbelah (انشقاق القمر)
  • Yawm al-Qiyāmah (يوم القيامة‎)
Portal Islam
  • p
  • b
  • s

Hari Kiamat atau di sebut juga Kiamat (Bahasa Arab; يوم القيامة, Bahasa Ibrani; יום הדין) atau Hari Akhir merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam semesta dan bumi serta kebangkitan semula. Kiamat yang bermaksud bangkit atau bangun. Sedangkan hari kiamat (kehancuran alam semesta berserta dengan isinya) dalam bahasa Arab adalah "As-Saa’ah". Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama samawi, termasuk Yahudi, Kristian dan Islam.

Hari Kiamat adalah hancurnya seluruh alam semesta beserta isinya, hari yang paling mengerikan karena kemusnahan dunia oleh Tuhan dan hari kebangkitan seluruh makhluk dari yang paling awal sampai yang paling akhir semua di kumpulkan, serta hari pembalasan atas setiap perbuatan dan Tuhan maha cepat perhitungannya.

Etimologi

Hari Kiamat dari segi bahasa bermaksud "Hari Kebangkitan Manusia", terdiri daripada 3 suku kata, iaitu:

  1. Yaum (يوم‎) = Hari, masa atau tempoh
  2. Qiyam (قيام‎) = Tegak, bangkit, berdiri
  3. `Ummah (أمة‎) = Umat, bangsa

Dari segi istilah Yaumul Qiyamah sering dimaksudkan dengan hari kiamat (kehancuran alam semesta berserta dengan isinya). Yaumul Qiyamah sama halnya dengan Yawm ad-Din yang bermaksud suatu tempoh (masa) dimana ianya akan terjadi kebangkitan sebuah komuniti umat manusia yang hidup berlandaskan agama Allah (dinullah). Umat ini bangkit 700 tahun sekali dengan diutusnya seorang rasul daripada umat tersebut.

Fasa kehidupan selepas Barzakh

Selanjutnya makhluk menjalani fasa Yawn al-Mahsyar "Hari berkumpul di Mahsyar" kemudian Yawm ad-Din "Hari Penghakiman" (Arab: يوم الدين‎) adalah hari dimana Allah memutuskan segala perbuatan makhluk-Nya. Percaya Hari Akhir juga merupakan salah satu daripada rukun iman bagi setiap umat islam agama Islam.

Siri daripada kisah ini menurut pemahaman umum adalah penghancuran dari semua makhluk, kebangkitan makhluk yang telah mati dan penghakiman untuk seluruh makhluk. Waktu dan bila terjadinya hari kiamat tiada sesiapapun makhluk Allah yang mengetahuinya, tetapi Allah telah memberikan tanda-tanda besar[1] dan tanda-tanda kecil[2] yang akan terjadi mendekati waktu Qiyamah (Kehancuran) dan kesemuanya telah direkodkan. Pengadilan terakhir membentuk satu tema utama daripada ayat Qur'an. Banyak ayat-ayat Qur'an, khususnya yang paling awal, didominasikan dengan kisah menjelangnya Hari Kebangkitan.[3][4]

Nama-nama hari kiamat dalam Islam

Nama-nama tersebut disebut dalam al-Quran:

Rumi (transliterasi) Arab Terjemahan
Yawm al-Qiyāmaṯ يوم القيامة Hari kebangkitan
al-Sā'aṯ الساعة Waktu
Yawm al-Akhīr يوم الآخر Hari Akhir
Yawm al-Dīn يوم الدين Hari akhir (agama)
Yawm al-Faṣl يوم الفصل Hari keputusan
Yawm al-Ḥisāb يوم الحساب Hari perhitungan
Yawm al-Fatḥ يوم الفتح Hari pengadilan
Yawm al-Talāq يوم التلاق Hari perpisahan
Yawm al-Jam'(i) يوم الجمع Hari pengumpulan
Yawm al-Khulūd يوم الخلود Hari kekekalan
Yawm al-Khurūj يوم الخروج Hari Keluar
Yawm al-Ba'th يوم البعث Hari Kebangkitan
Yawm al-Ḥasraṯ يوم الحسرة Hari penyesalan
Yawm al-Tanād يوم التناد Hari pemanggilan
Yawm al-Āzifaṯ يوم الآزفة Hari mendekat
Yawm al-Taghābun يوم التغابن Hari terbukanya aib
Yawm al-Wa'īd يوم الوعيد Hari ancaman
Yawm al-Aẕīm اليوم العظيم Hari agung
al-Yawm al-Masyhūd اليوم المشهود Hari penyaksian
al-Qāri’aṯ القارعة Bencana yang menggetarkan
al-Ghāsyiaṯ الغاشية Bencana yang tak tertahankan
al-Ṣākhkhaṯ الصاخة Bencana yang memilukan
al-Tāmmaṯ al-Kubrā الطامة الكبرى Bencana yang melanda
al-Ḥāqqaṯ الحاقة Kebenaran besar
al-Wāqi'aṯ الواقعة Peristiwa besar

Lihat juga

Nota kaki

  1. ^ Major Signs before the Day of Judgement by Shaykh Ahmad Ali http://www.inter-islam.org/faith/Majorsigns.html
  2. ^ http://www.inter-islam.org/faith/Signs-Of-Qiyaamah.htm Signs of Qiyaamah
  3. ^ Isaac Hasson, Last Judgment, Encyclopedia of the Qur'an
  4. ^ L. Gardet, Qiyama, Encyclopedia of Islam

Rujukan

  • Website itentang artikel tanda-tanda akhir zaman bersumber dari Al-Qur'an dan As-Sunnah[pautan mati kekal]
  • Nama-nama lain Hari Kiamat
  • Nama-nama lain dari Hari Akhir
  • ÂKHIRAH (Akhirat) Diarkibkan 2006-05-26 di Wayback Machine
  • Hari Akhir / Qiyamat Diarkibkan 2008-10-25 di Wayback Machine

Pautan luar

  • (Inggeris)Inter-Islam > A-Z > JudgementDay
  • (Inggeris)Judgment day in the Qur'ân and hadith
  • (Inggeris)Islam Basics
  • (Inggeris)[http://tajweedulquran.com/the-day-of-judgement.asp Tajweed uuajlo9jjwuwuwjajjksiwowo
  • (Inggeris)al-Qiyâmah
  • (Inggeris)Signs of the Appearance of the dajjal and His Destruction
  • (Inggeris)Signs of Qiyamah
  • (Inggeris)Signs of the Last Hour
  • (Inggeris)The two blowings of the Trumpet of Light which ushers in the period of Judgment
  • (Inggeris)Signs of the Last Day from Hadith and holy Quran Diarkibkan 2017-09-19 di Wayback Machine