Harimau Trinil

Trinil Tiger
Julat zaman: Pleistocene
Pengelasan saintifik
Alam:
Animalia
Filum:
Chordata
Kelas:
Mammalia
Order:
Carnivora
Keluarga:
Felidae
Genus:
Panthera
Spesies:
P. tigris
Subspesies:
P. t. trinilensis
Nama trinomial
Panthera tigris trinilensis

Harimau Trinil (Panthera tigris trinilensis) ialah harimau bersejarah yang fosilnya berusia 1.2 juta tahun. Fosil harimau ini ditemui di kawasan Trinil, Jawa, Indonesia. Fosil-fosil ini kini disimpan dalam Koleksi Dubois di Muzium Sejarah Alam Kebangsaan di Leiden, Belanda. Walaupun fosilnya ditemui di Jawa, harimau Trinil mungkin bukan leluhur kepada Harimau Jawa. Harimau Trinil barangkalinya pupus sejak 50,000 tahun dahulu.[1]

Rujukan

  1. ^ Van den Hoek Ostende. 1999. Javan Tiger - Ruthlessly hunted down. 300 Pearls - Museum highlights of natural diversity Diarkibkan 2009-09-21 di Wayback Machine. Dimuat turun pada 11 Ogos 2006.
  • l
  • b
  • s