Harry Moekti

  • Penyanyi
  • pelakon
  • pendakwah
Tahun aktif1980—2018Kerjaya muzikGenre
  • New wave
  • Rock
  • slow rock
  • soft rock
Instrumen
Vokal
Syarikat rakaman

Hariadi Wibowo (lahir di Cimahi, Jawa Barat, 25 Mac 1957 – meninggal di Cimahi, Jawa Barat, 24 Jun 2018 pada umur 61 tahun), lebih dikenali dengan nama Harry Moekti merupakan seorang penyanyi, pelakon, dan pendakwah Indonesia.

Kehidupan awal

Sejak kecil hingga menamatkan pengajian di sekolah menengah, hari-hari Harry Moekti dihabiskan di Cimahi dan Bandung. Kemudian sebagai anak askar, Harry mengikuti ibu bapanya yang berpindah tugas ke Semarang. Di bandar Semarang, Harry telah menjadi room boy di Hotel Patra Jasa Semarang selama satu tahun. Dari bandar Semarang jugalah bermulanya kerjaya Hari Moekti dalam bidang muzik. Harry dan beberapa rakannya membentuk kumpulan Dharodox (dari bahasa Jawa yang bermaksud nderedeg atau bergegar).[1]

Diskografi

Bersama Makara

  • Laron-Laron (1986)

Album Solo

  • Ada Kamu (1987)
  • Nona Nona Nona (1990)
  • Kita Masih (1992)
  • Maukah Kamu (1993)
  • 20 Private Collection (1994)
  • Di Sini (1996)

Bersama Adegan

  • Selangkah di Depan (1993)
  • Waktu Berjalan (1995)

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1991 Demi Cinta Belahlah Dadaku

Televisyen

Tahun Tajuk Watak Catatan
1996 3 M : Maunya Macam-Macam

Meninggal dunia

Harry Moekti meninggal dunia akibat serangan jantung yang dialaminya pada hari Ahad, 24 Jun 2018, jam 20:49 WIB, pada usia 61 tahun. Harry Moekti dikebumikan di Caringin, Bogor, Jawa Barat, pagi Isnin, 25 Jun 2018.

Rujukan

  1. ^ "Tokoh: Harry Moekti"". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2018. Dicapai pada 29 April 2018.
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Amerika Syarikat
  • Belanda
Lain-lain
  • l
  • b
  • s