Haut-Rhin

Lambang Haut-Rhin
Lokasi Haut-Rhin di Prancis

Haut-Rhin, 68 (bahasa Melayu: Rhein Hulu) merupakan sebuah jabatan di Perancis.

Sejarah

Jabatan ini dibentuk selama Revolusi Perancis pada 4 Mac 1790 sebagai penerapan hukum pada 22 Disember 1789, di bahagian selatan wilayah Alsace (Haute-Alsace).

Sempadannya telah berubah selama beberapa tahun:

  • Pada 1798, memasukkan Mulhouse, dahulu bandar bebas dan enklaf terakhir Switzerland di bahagian selatan.
  • Pada 1800, menyerap seluruh jabatan Mont-Terrible.
  • Pada 1814, kehilangan wilayah yang telah menjadi bahagian Mont Terrible, dikembalikan kepada Switzerland, kecuali kepangeranan kuno Montbéliard
  • Pada 1816, kehilangan Montbeliard, yang dimasukkan ke jabatan Doubs
  • Pada 1871, dianeksasi oleh Jerman (Perjanjian Frankfurt). Bahagian Perancis bakinya membentuk Territoire de Belfort
  • Pada 1919, dikembalikan kepada Perancis (Perjanjian Versailles) namun tetap terpisah dari Territoire-de-Belfort.

Geografi

Jabatan Haut-Rhin merupakan sebahagian wilayah Alsace. Bersempadan dengan jabatan Bas Rhin (bahasa Melayu: Rhein Hilir), Vosges dan Territoire-de-Belfort. Jabatan ini juga bersempadan dengan Jerman di timur (melalui Rhein) dan juga bahagian-bahagian Switzerland seperti kanton Jura, Solothurn, Basel-Landschaft, dan Basel di selatan.

Haut-Rhin terdiri kepada 6 arrondissement:

  • Altkirch
  • Colmar
  • Guebwiller
  • Mulhouse
  • Ribeauvillé
  • Thann

Haute-Rhin terdiri atas 31 kanton.

  • Lihat Kanton di Haut-Rhin.

Haut-Rhin terdiri atas 377 kotamadya.

  • Lihat Daftar kotamadya di Haut-Rhin

Demografi

Penduduk Haut-Rhin disebut Haut-Rhinois.

Pautan luar

  • Préfecture
  • Conseil général
  • l
  • b
  • s
Jabatan luar negara: French Guiana · Guadeloupe · Martinique · Réunion