Hipotesis

Hipotesis (Tulisan Jawi: هيڤوتيسيس)merupakan satu tekaan intelek yang cuba menyatakan hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah.

Ciri-ciri hipotesis ialah :

  • hipotesis mesti menghuraikan perhubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerak balas apabila pemboleh ubah lain dimalarkan.
  • Hipotesis mesti berasaskan kepada teori atau bukti yang menunjukkan bahawa hipotesis itu perlu dibuktikan.
  • Hipotesis itu mesti boleh diuji.
  • Hipotesis mesti ringkas dan jelas.