Hippokrates

Hippocrates: Imej lazim dalam arca "potret" Rom (turisan abad ke-19)

Hippokrates dari Koos (Ἱπποκράτης ὁ Κῷοςcode: grc is deprecated Hippokrátēs ho Kṓos, bahasa Inggeris: Hippocratescode: en is deprecated , Arab: بُقرَاط, rumi: Buqrāṭcode: ar is deprecated ; k.k. 460 SM – k.k. 377 SM) yang telah digelarkan "Bapa Perubatan" ialah salah seorang pakar perubatan Yunani yang paling terkenal pada zamannya. Menurut tradisi biografi, beliau dilatih di sebuah kuil perbomohan di Kos, dan mungkin merupakan pelajar Herodicus. Karya-karya yang dikatakan ditulisnya (Corpus hippocraticum, atau "Karya-karya Hippocrates") menolak kepercayaan karut dan kuasa ajaib "ubat" primitif dan mengasaskan perubatan sebagai satu cabang sains. Tidak banyak diketahui terhadap kehidupan peribadi Hippokrates, tetapi sebilangan daripada pencapaian perubatanannya telah didokumenkan oleh ahli-ahli sejarah seperti Plato dan Aristoteles.


Karya

Askleipion di Kos, sebuah pulau Greece.

Karya-karya Hippokrates memperkenalkan kerahsiaan penyakit, satu amalan yang masih dikekalkan pada hari ini. Ini diperihalkan di bawah Sumpah Hippokrates dan karya-karyanya yang lain. Hippocrates menyarankan bahawa pakar-pakar perubatan mencatatkan dapatan dan kaedah perubatan mereka supaya rekod-rekod itu boleh disampaikan dan digunakan oleh pakar-pakar perubatan yang lain.

Karya-karya Hippokrates yang lain mengaitkan trait personaliti dengan kelimpahan relatif untuk empat humor dalam badan: kahak, hempedu kuning, hempudu hitam, serta darah, dan merupakan pengaruh yang utama kepada Galen dan perubatan zaman pertengahan yang kemudian.

Hippocratic Corpus merupakan satu himpunan yang terdiri daripada hampir 60 buah karya yang ditulis antara tahun 430 SM dan 200 Masihi. Himpunan ini sebenarnya merupakan sekumpulan teks yang ditulis oleh banyak orang yang mempunyai sudut pandangan yang berbeza dan yang telah salah digolongkan di bawah nama Hippokrates, mungkin oleh Perpustakaan Alexandria. Tiada sebarang teks yang termasuk dalam Corpus boleh dianggap sebagai ditulis oleh Hippokrates sendiri, dan sekurang-kurangnya satu daripada karya itu ditulis oleh Polybus, menantu lelakinya.

Karya Hippocrates yang paling terkenal ialah Sumpah Hippokrates; bagaimanapun, teks ini bukan ditulis oleh Hippokrates sendiri. Satu peraturan perubatan terkenal yang tak lapuk dek zaman dan dianggap berasal daripada Hippocrates ialah Primum non nocere ("pertama, buat yang tiada mudarat"); lagi satu ialah Ars longa, vita brevis ("seni adalah panjang, dan hidup pendek sahaja").

Senarai karya

Antara karya-karya berikut, tiada sebarang yang boleh membuktikan bahawa ini merupakan karya Hippocrates, tetapi telah dianggap sebagai sebahagian Corpus Hippocraticum:

  • Aforisme
  • Alat Pengurangan
  • Mengenai Epidemik
  • Mengenai Udara, Air, dan Tempat
  • Mengenai Perubatan Kuno
  • Mengenai Fistulae
  • Mengenai Fraktur
  • Mengenai Bawasir
  • Mengenai Kecederaan Kepala
  • Mengenai Regimen untuk Penyakit Akut
  • Mengenai Penyebutan
  • Mengenai Penyakit Suci
  • Mengenai Pembedahan
  • Mengenai Ulser
  • Buku Prognostik
  • Undang-undang
  • Sumpah

"Potret" Hippocrates

Ikonografi lazim untuk para pemuisi dan ahli falsafah Yunani dikekalkan dalam "potret" arca (gambar di atas) yang dihasilkan dalam bentuk siri untuk menghiaskan vila-vila kelas beradab Rom. Kerjaya-kerya yang berubah-ubah bagi imej-imej "watak" yang diunggulkan telah dikaji oleh Paul Zanker, The Mask of Socrates: The Image of the Intellectual in Antiquity (Topeng Socrates: Imej Ahli Intelektual pada Zaman Purba) yang telah diterjemahkan oleh Alan Shapiro. Berkeley: Percetakan Universiti California, 1996. ISBN 0-520-20105-1. Sila lihat Ulasan Klasik Bryn Mawr.

Petikan

  • "Dia yang tidak memahami astrologi bukannya seorang doktor, tetapi seorang yang bodoh."
  • "Sebenarnya terdapat dua perkara: sains, dan pendapat; yang pertama menghasilkan pengetahuan, yang kedua mengakibatkan kejahilan."

Lihat juga

  • Bangku Hippocrates
  • Muka Hippocrates
  • Jari Hippocrates (belantan)
  • Sumpah Hippocrates
  • Astrologi perubatan
  • Perubatan di Yunani

Pautan luar

Wikisource
Wikisource

Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Hippokrates

  • Versi karya dalam talian Diarkibkan 2004-10-09 di Wayback Machine
  • Terjemahan teks Hippocrates dalam bahasa Inggeris
  • Teks dalam bahasa Greek Diarkibkan 2002-08-06 di Wayback Machine
  • WikiSource: Aforisme
  • Apakah Hippocrates Akan Buat? Diarkibkan 2006-09-02 di Wayback Machine
  • Makalah di laman web San José Diarkibkan 2006-07-03 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana berkenaan perubatan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
Topik-topik Yunani Purba
Garis masa
Peradaban Cyclad · Peradaban Minos · Peradaban Mycenaea · Zaman Kelam Yunani · Zaman purba · Yunani Klasik · Zaman Keyunanian · Yunani Rom
Geografi
Laut Aegia · Hellespont · Makaduniah · Sparta · Athens · Korinthos · Thebes · Thermopylae · Antioch · Alexandria · Pergamon · Miletus · Ephesos · Delphi · Delos  · Olympia · Troia · Rodos · Kriti · Peloponnesos · Epirus · Cyprus
Kehidupan

Agama · Demokrasi · Ekonomi · Masakan · Pendidikan · Pederasti · Pelacuran · Pengabdian · Perang  · Pertanian ·

Perubatan · Sukan Olimpik  · Teknologi · Undang-undang · Wain
Tokoh
Ahli falsafah
Anaxagoras · Anaximander · Anaximenes · Antisthenes · Aristoteles (Arsatalis) · Democritus · Diogenes dari Sinope · Epikouros · Empedocles · Heraclitus · Leukippos · Gorgias · Parmenides · Plato (Aflatun) · Protagoras · Pythagoras · Sokrates (Sukrat) · Thales · Zeno
Penulis
Aeskhylos · Aesop · Aristophanes · Euripides · Herodotus · Hesiodos · Homeros · Loukianos · Menandros · Pindar · Ploutarkhos · Polybios · Psappho · Sophokles · Theognis dari Megara · Thoukydides · Xenophon
Lain-lain
Alexander Agung · Lycurgus · Leonidas · Alcibiades · Demosthenes · Perikles · Solon · Themistokles · Archimedes · Hippokrates · Aspasia · Milon dari Kroton
Bangunan
Parthenon · Kuil Artemis · Akropolis · Agora kuno · Kuil Zeus di Olympia · Kuil Hephaestus · Kompleks kuil Samothrace
Seni
Arca · Duit syiling · Kesusasteraan · Muzik · Seni bina · Teater · Tembikar
Bahasa
Proto-Yunani · Mycenaea  · Homer · Dialek (Aeolik • Arcadocypriot • Attica • Dorik • Ionik • Lokris • Macedonia • Pamphylia) · Koine