Hubungan Brunei–Malaysia

Hubungan Malaysia-Brunei
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Brunei

Malaysia

Brunei

Hubungan Malaysia-Brunei adalah hubungan luar negeri di antara Malaysia dan Brunei. Brunei mempunyai kedutaan besar di Kuala Lumpur, dan Malaysia mempunyai kedutaan besar di Bandar Seri Begawan. Kedua-dua negara adalah ahli penuh ASEAN dan Negara-Negara Komanwel. Kedua-dua negara mengongsi sempadan tanah di pulau Borneo.

Pautan pengangkutan

Negeri Sarawak dan Sabah di Malaysia Timur berhubung dengan Brunei melalui Lebuhraya Pan Borneo.

Pertikaian

Sempadan tanah Malaysia dengan Brunei di sekitar Limbang kini berada dalam pertikaian. Hal ini berpunca pada zaman Raja Putih apabila Charles Brooke mengilhak kawasan tersebut daripada Brunei pada 1890.[1] Ini menyebabkan Brunei terpisah menjadi dua bahagian.

Bagi mengelak perseteruan, pada 2003, Brunei dan Malaysia bersetuju menghentikan penjelajahan gas dan minyak di luar pesisir dan dasar laut dalam usaha membantu mencapai kata sepakat dalam perbincangan. Bagaimanapun, rundingan ini asyik tertangguh dan menemui jalan buntu hingga mencetuskan gagasan meminta pertimbangan antarabangsa.

Pada Mac 2009, kedua negara bersetuju, dengan pemeteraian Surat Pertukaran, untuk menyelesaikan isu ini dan menanda sempadan mengikut lima persetujuan terdahulu, di mana dua daripadanya berkenaan Limbang secara langsung, dan menggunakan prinsip legeh untuk menyambung sempadan terpisah.[2]

Rujukan

  1. ^ Tuntutan Brunei Ke Atas Limbang: Isu Persempadanan Dan Kedaulatan Malaysia[pautan mati kekal] UiTM Sarawak
  2. ^ Nurbaiti Hamdan (20 Mac 2009). "Limbang border to be set". The Star. Dicapai pada 2010-03-20.
  • flagPortal Brunei
  • flagPortal Malaysia
  • l
  • b
  • s
Amerika
Asia
Eropah
Oceania
Perjanjian
  • British Forces Brunei
Pertikaian wilayah
Topik berkaitan
  • l
  • b
  • s
Afrika
Amerika
Utara
Selatan
Asia
Barat
Selatan
Tengah
Tenggara
Timur
Eropah
Oceania
Hubungan pelbagai hala
  • Malaysia dan Negara-Negara Komanwel
  • Kesatuan Eropah
  • Pertubuhan Kerjasama Islam
  • Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
  • Kumpulan Lapan Negara Membangun
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Diplomasi
Triti
Sebelum
Semasa
Perebutan wilayah
Topik berkaitan