Hubungan Indonesia–Maghribi

Hubungan Indonesia–Maghribi
Peta menunjukkan lokasi Indonesia dengan Morocco

Indonesia

Maghribi

Hubungan Indonesia-Maghribi (Arab: العلاقات الإندونيسية المغربيةcode: ar is deprecated ; Jawi: هوبوڠن إندونيسيا–المغرب) merujuk kepada hubungan dua hala antara Indonesia dan Maghribi. Indonesia dan Maghribi memiliki persamaan dengan negara-negara dengan majoriti Muslim, Indonesia adalah negara Muslim yang paling banyak penduduknya di dunia, sementara Maghribi juga merupakan negara dengan majoriti Muslim. Maghribi memuji Indonesia sebagai negara demokratik yang kuat, dan menunjukkan bahawa kedua negara menghadapi cabaran separatisme dan keganasan yang sama.[1] Hubungan diplomatik terjalin pada tahun 1960. Indonesia memiliki kedutaan di Rabat dan konsulat di Casablanca, sementara Maghribi memiliki kedutaan di Jakarta. Kedua negara adalah anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Gerakan Non-Blok, dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Rujukan

  1. ^ Veeramalla Anjaiah and David Stone-Resneck (24 Januari 2009). "Moroccan ambassador says democracy in RI will endure". The Jakarta Post. Dicapai pada 14 Jun 2013.

Pautan luar

  • flagPortal Indonesia
  • flagPortal Maghribi
  • Embassy of the Republic of Indonesia in Rabat, Morocco