IamNEETA

  • Rock alternatif
  • pop rock
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
NAR Records
Pengkarya berkait
Najwa LatifAhliAnas Zakwan
Neeta Manis
Patrick Anohada

iamNEETA merupakan sebuah kugiran rock alternatif yang dibentukkan pada tahun 2011. Mereka merupakan kugiran pertama yang popular di laman YouTube dan berjaya menarik minat NAR Records untuk melamar mereka sebagai artis naungan di bawah syarikat ini. Kugiran yang berasal dari Kedah, Malaysia ini dianggotai oleh Neeta Manis (Vokal), Patrick Anohada (Gitar) dan Anas Zakwan (Bass). Mereka membuat penampilan sulung dalam industri muzik Malaysia dengan mempertaruhkun single berjudul Tuhan Tolong Aku.[1]

Ahli kugiran

Neeta Manishaa Manogaran (Neeta) - Vokalis

Dilahirkan pada (1994-11-16) 16 November 1994 (umur 29) di Sungai Petani, Kedah. Neeta merupakan gadis kacukan Cina, India (Bapa) dan Thailand (Ibu) yang membolehkan dia bertutur dalam 5 bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Hokkien dan Thailand).[2]

Pada tahun 2019, Neeta telah terpilih sebagai salah seorang peserta program realiti terbitan Astro, Big Stage untuk musim kedua dan berjaya diangkat sebagai naib juara bagi program terebut selain merupakan satu-satunya peserta yang berjaya memenangi plak penghargaan Vivo BBNU of The Week sebanyak 3 kali.[3]Kini beliau aktif nyanyian solo ,pengacara dan lakonan sungguhpun masih menjadi penyanyi kugiran

Patrick Lofamia Anohada (Patrick) - Gitaris

Dilahirkan pada 17 Mei di Hospital Queen Elizebeth, Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik. Kedua ibubapanya berasal dari Filipina membolehkan dia memahami dan bertutur dalam 4 jenis bahasa dari negara tersebut.[4]

Selain menjadi gitaris bagi kugiran IamNeeta, Patrick juga merupakan seorang penulis lirik, komposer dan jurutera bunyi di NAR Records. Kejayaan terbesar Patrick sebagai penulis lirik adalah apabila lagu ciptaannya, Bayang, nyanyian Khai Bahar berjaya melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-32.[5]Patrick meninggalkan NAR Records dan kini menetap di kampung halaman di Membakut,Keningau kini mengusahakan perniagaan kecil-kecilan serta menjadi Youtuber namun masih menerajui IamNeeta,beliau terlibat apabila ada projek bersama.

Anas Zakwan Azhar (Anas) - Bassis

Dilahirkan pada (1993-10-14) 14 Oktober 1993 (umur 30), Anas merupakan pelajar lulusan UniKL dalam jurusan Kejuruteraan Kimia dan graduan di salah sebuah universiti di Russia dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.[6]

Diskografi

Single
Tahun Tajuk Durasi Catatan
2012 Tuhan Tolong Aku 3:53
Terima Kasih 3:38
2013 Kau Pergi Jua 3:26 duet bersama Najwa Latif
2014 Jatuh Cinta 4:16
2015 Marry Me 3:27
Satu Dunia 3:51
2016 Sakit 3:27
2017 Sepuluh Jari 3:13 lagu raya
Ibu 3:58
2019 iLusi 3:40
2021 Lampu Hijau 3:37
2022 Depresi 4:25

Rujukan

  1. ^ Latar Belakang 1Malaysia Keunikan 'Iamneeta'
  2. ^ 10 Fakta Menarik Tentang Neeta Manishaa
  3. ^ Big Stage 2019: Pecah Rekod, Neeta Ungguli BBNU Of The Week Untuk Kali Ke-3!
  4. ^ Profile Patrick Anohada
  5. ^ Bersyukur Bayang Dapat Ke Final
  6. ^ "Kami Masih Bersama" - Neeta Nafi Undur Diri Dari Kumpulan iAmNeeta

Pautan luar

  • IamNEETA di Facebook
  • IamNEETA di Instagram
  • IamNEETA di Twitter