Ibnu Kathir


Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama: Ismail bin Kathir
Gelaran: Ibnu Kathir
Lahir: 702 H/1301 M
Wafat: 774 H/1373 M
Mazhab: Syafii / Hanbali (kemudian)
Diilhami: Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayim, Al-Mizzi, Al-Dhahabi


Ismail bin Kathir (Arab: ابن كثيرcode: ar is deprecated )‎ (1301–1373 M) ialah seorang ahli Muhaddith Faqih, Mufasir, dan Sejarawan Islam. Beliau dikenali sebagai Ibnu Kathir atau Ibn Kathir.

Biografi

Nama penuhnya Abu al-Fida, Imad ad-Din (Kunyah), Ismail bin Umar bin Kathir bin Daw bin Kathir bin Dir, asalnya al-Busrawi, kemudian ad-Dimashqi ash-Shafi'i dan juga al-Qurasyi. Beliau dilahirkan di Mijdal, sebuah kampung di luar kota Busra, terletak di sebelah timur Damsyik pada tahun 700 H. Tahun 700 H merupakan pendapat yang paling rajih. Beliau menerima didikan daripada Ibnu Taimiyah, Al-Mizzi, Ibnu Qayim, Al-Dhahabi, Ibnu Al-Firkah, Isa bin Al-Mutim, Ahmed bin Abi-Talib, Ibnu Hajar, Baha Ad-Din Al-Qasim bin Muzaffar bin Asakir, Ibn Ash-Shirazi, Ishaq bin Yahya Al-Ammuddi, Zahriyyah Shaykh, dan Muhammad bin Zarrad.

Jawatan-jawatan rasmi

Selepas tamat pengajian beliau mendapat jawatan rasmi pertama pada tahun 1341 M apabila beliau menyertai sebuah suruhanjaya bagi menyiasat bidaah. Kemudian beliau mendapat pelbagai jawatan separa rasmi yang berpuncak dengan jawatan profesor (ustaz) di Masjid Agung Damsyik pada Jun/Julai 1366 M.[1]

Pencapaian kesarjanaan

Ibnu Kathir menulis sebuah tafsir al-Quran yang sangat masyhur bertajuk Tafsir al-Qur'an al-Azim yang mengaitkan Hadis Nabi Muhammad SAW serta para Sahabat RA kepada al-Quran dalam penjelasan tafsirnya. Tafsir ibn Kathir terkenal di seluruh dunia Islam dan juga dalam kalangan Muslim di dunia Barat.

Ibnu Kathir terkenal dengan daya ingatannya yang kuat berkaitan dengan Hadis-hadis Nabi Muhammad dan seluruh al-Quran. Beliau juga terkenal sebagai kadi, pakar sejarah, dan juga sebagai seorang muhaddith dan mufasir. Ibnu Kathir melihat dirinya sebagai seorang sarjana Mazhab Syafii. Ini diperikan dalam dua buku karangannya, satu daripadanya berjudul Tabaqaat ah-Shafa'iah, atau "Kelas-kelas Pengikut Imam Syafii".

Karyanya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Kehidupan kemudian dan kematian

Ibnu Kathir menjadi buta pada usia tua.[1] Beliau menganggap keadaan ini sebagai hasil usaha beliau sehingga larut malam terhadap Musnad Imam Ahmad bin Hanbal—Ibnu Kathir mencuba untuk mengatur Musnad mengikut urutan tajuk dan tidak mengikut urutan perawi.

Ibnu Kathir meninggal dunia pada 774 H/Februari 1373 M di Damsyik.

Karya

Enam belas karya bertulis dicatakan, dan 11 daripadanya dicetak dan dapat diperoleh.

  • Tafsir ibn Kathir
  • Pemulaan dan Akhir (Bahasa Arab: Al Bidayah wa-Nihayah atau Tarikh ibn Kathir). Terdapat di wikisource
  • Al-Sira Al-Nabawiyya (Ibn Kathir)
  • Al-Baa'ith al-Hatheeth: pemendekan Muqaddimah oleh Ibnu al-Salah dalam peristilahan Hadis
  • Tabaqaat ah-Shafi'iah
  • Talkhis al-Istighatha
  • Kisah-kisah Nabi
  • At-Takmeel Ma'rifati Ath-Thiqat Wal-Majaheel (Buku lengkap tentang kritikan dan pujian, dan pengetahunan tentang perawi yang boleh dipercayai serta perawi yang tidak diketahui).
  • Jami' Al-Masaneed Was-Sunan Al-Hadi Li-Aqwam Sunan (Gabungan Musnad-musnad dan Sunan-sunan yang memandu kepada Suna terbaik).
  • Tabaqat Ash-Shafi'i yyah (Kelas-kelas Pengikut (sarjana) Syafii).

Nota

  1. ^ a b Ibn Kathir I, Le Gassick T (translator), Fareed M (reviewer) (2000). The Life of the Prophet Muhammad : English translation of Ibn Kathir's Al Sira Al Nabawiyya.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Persondata
Nama Kathir, Ibn
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas
Tarikh kelahiran 1301
Tempat kelahiran
Tarikh kematian 1373
Tempat kematian