InDrive

inDrive
inDrive Logo
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriPerkongsian kenderaan
Ditubuhkan24 Jun 2013; 10 tahun yang lalu (2013-06-24)
PengasasArsen Tomsky
Ibu pejabatMountain View, California, Amerika Syarikat
KeluaranAplikasi mudah alih Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan2400
Tapak webhttps://indrive.com/ms/home
Facebook: indrive Twitter: inDrive Instagram: indrive Youtube: UCq2g8ncbYfSmdoj1gcuJCDw Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

inDrive adalah satu perkhidmatan e-panggilan dengan lebih daripada 100 juta pengguna di lebih 700 bandar di 47 negara. inDrive adalah salah satu daripada 2 aplikasi e-panggilan dan teksi terkemuka di dunia berdasarkan jumlah muat turun.[1] Syarikat tersebut beroperasi di Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Armenia, Botswana, Rusia, Brazil, Mexico[2], Guatemala, Colombia, Peru, El Salvador, Chile, Ecuador, Costa Rica, Panama, Honduras, Dominican Republic, Bolivia[3], Nicaragua, Tanzania[4], Afrika Selatan[5], Kenya, Maghribi, Uganda[6], Nigeria, Botswana, India[7], Indonesia, Malaysia, Thailand dan Pakistan. Syarikat tersebut diasaskan di Yakutsk pada 2012.

Aplikasi tersebut beroperasi menggunakan model Antara Rakan Setara (P2P)[8] dan merupakan salah satu perkhidmatan pengangkutan penumpang antarabangsa yang paling pesat berkembang. Semua syarat perjalanan melalui inDrive ditetapkan mengikut perjanjian antara penumpang dan pemandu. inDrive beroperasi di bandar-bandar kecil dengan populasi 10 ribu penduduk yang kebanyakannya mempunyai akses Internet berkelajuan rendah dan tiada peta penempatan, serta di bandar-bandar besar dengan persaingan yang amat sengit. Aplikasi tersebut  berjaya menyesuai kepada keperluan penduduk di sebarang penempatan.

Perkhidmatan ini mengguna pakai model perniagaan Antara Rakan Setara (P2P) yang mampu memenuhi keperluan pengguna yang mencari alternatif kepada syarikat yang menentukan harga. Perkhidmatan ini juga menggunakan teknologi IT yang menghubungkan penumpang dengan pemandu secara lebih telus.

Permintaan terhadap model tersebut adalah tinggi di kebanyakan tempat di dunia. Menurut OZY, caj perkhidmatan yang dikenakan oleh inDrive terhadap pemandu adalah antara 5-8% bagi setiap tambang. Ini menunjukkan kadar caj perkhidmatan yang lebih rendah berbanding perkhidmatan e-panggilan utama lain.

Penumpang membuat pembayaran terus kepada pemandu dalam bentuk tunai dan bukan tunai. Ini membantu membuatkan harga perjalanan inDrive lebih rendah[9]. Aplikasi inDrive boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.

Sejarah

Pada ambang Tahun Baru 2012 di Yakutsk, Siberia Timur, suhu turun di bawah paras -45 darjah, dan pemandu teksi tempatan bertindak menggandakan kos perjalanan di sekitar bandar tersebut.[10] Sehubungan itu, penduduk Yakutsk bertindak mewujudkan kumpulan “Independent Drivers” di jaringan media sosial di mana sesiapa sahaja boleh membuat kiriman permintaan perjalanan dan meletakkan harga yang ingin di bayar, dan pemandu boleh menerima permintaan tersebut. Hasilnya, lebih 60 ribu orang telah menyertai kumpulan tersebut dalam hanya tempoh 6 bulan.

Pada 2013, Sinet mula membangunkan aplikasi mudah alih kendiri yang dinamakan inDrive berdasarkan konsep urusan masa nyata (real time deals - RTD).[11][12]

Pada 2014, syarikat tersebut telah berkembang di peringkat serantau, dengan pelancaran di Yuzhno-Sakhalinsk pada Januari dan di Vladivostok pada April. Pelancaran antarabangsa pertama dibuat pada Disember di Astana, Kazakhstan.

Pada Julai 2014, inDrive mula menawarkan perkhidmatan angkutan muatan dan antara bandar dalam aplikasi dengan menggunakan model perniagaan yang sama.

Pada Februari 2017, perjalanan yang ditempah melalui aplikasi mudah alih inDrive telah melebihi 100,000,000.[13] Pengguna berdaftar dicatatkan melebihi 5 juta orang pada masa tersebut.

Pada musim panas 2017, firma modal urus niaga Rusia LETA Capital telah melabur $5 juta dalam inDrive,[14] diikuti dengan pelaburan berjumlah $10 juta pada 2018.[15] Syarikat tersebut merancang  menggunakan pelaburan tersebut untuk melancarkan perkhidmatan di Amerika Syarikat dan Kanada.[16][17]

Pada musim salji 2017-2018, perkhidmatan tersebut meluaskan rangkaian dari 70 bandar kepada 120 bandar di Rusia[18] dan Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS). Jumlah pusing ganti perjalanan yang telah dilengkapkan pada 2018 melebihi nilai $300 juta.

Pada April 2018, inDrive juga telah memulakan perluasan antarabangsa dengan memasuki pasaran Amerika Tengah & Selatan.[19][20][21] Pada masa tersebut, perkhidmatan inDrive dilancarkan di Saltillo, bandar pertama di Mexico[22] yang juga merupakan pusat pentadbiran wilayah Coahuila.[23][24] Pada Mei, Jun & Julai, syarikat tersebut melancarkan perkhidmatan di Guatemala,[25] Colombia,[26] Peru,[27] El Salvador, Chile, Brazil and Ecuador.

Pada Julai 2018, ibu pejabat inDrive telah berpindah ke New York.[28]

Pada November 2018, inDrive memasuki pasaran Afrika dengan melancarkan perkhidmatan di Arusha, Tanzania.[29]

Pada Disember 2018, inDrive memasuki pasaran Amerika Syarikat dengan pelancaran di New York City.[30][31][32][33] Dalam tempoh yang sama, inDrive juga telah melancarkan perkhidmatan di Brazil[34] dan Ecuador.[35]

Pada 2019, inDrive meneruskan perluasan perniagaan di Amerika Latin, Afrika, India dan Asia Barat dengan memasuki negara Honduras, Nicaragua, Panama, Costa Rica, Republik Dominica, Bolivia, Afrika Selatan, Kenya, Ghana, Uganda, Nigeria, Botswana , India, Indonesia,[36] Vietnam,[37][38][39] Thailand[40] and Malaysia.

inDrive menghentikan sementara pelancaran di negara-negara baru susulan pandemic COVID-19.[41] Syarikat tersebut melancarkan program "Medical Worker On The Way" bagi membantu pekerja kesihatan di seluruh dunia untuk bergerak ke tempat kerja.[42] inDrive mampu mencapai 50 juta muat turun aplikasi pada Julai 2020, walaupun sekatan pergerakan dilaksanakan hampir di seluruh dunia akibat pandemik.[43]

Pada 2021, syarikat tersebut melancarkan operasi di Paraguay.[44]

Hari ini, perkhidmatan inDrive digunakan oleh 80 juta pengguna di lebih 450 bandar di 34 negara di seluruh dunia.[45][46]

Pada Jun 2021, inDrive mengumumkan berjaya menyelesai 100 bilion perjalanan di seluruh dunia.[47]

Pada September 2021, inDrive berjaya melepasi 100 juta muat turun di platform Android and iOS.[48]

inDrive mengumumkan bahawa syarikat tersebut mula beroperasi secara rasmi di Malaysia pada 1 Oktober 2021. Perkhidmatan aplikasi tersebut tersedia di Pulau Pinang, Alor Setar, Sungai Petani, Ipoh, Taiping, Melaka, Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Kuantan, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Sibu, Bintulu dan Kota Kinabalu.[49]

Penerangan aplikasi

Pengguna perlu menyatakan perkara berikut untuk membuat permintaan perjalanan: titik jemputan dan alamat destinasi perjalanan, membuat tawaran harga yang akan dibayar dan menyatakan sebarang komen kepada pemandu. Pemandu boleh membuat tawaran balas kepada penumpang. Selain itu, pengguna boleh membuat pilihan berikut: menambah destinasi lain, menyatakan keperluan kerusi kanak-kanak, dan sebagainya. Selepas memilih pemandu untuk perkhidmatan, maklumat kenderaan dan pemandu yang disahkan akan dipaparkan pada skrin telefon penumpang. Maklumat tersebut merangkumi taraf pemandu dan maklumat hubungan, jangkaan waktu tiba dan titik geolokasi masa nyata pada peta.

Pilihan perkhidmatan

Oleh kerana falsafah kebebasan pilihan, aplikasi ini telah berkembang di luar batasan kemungkinan untuk penumpang dan pemandu berunding syarat perjalanan mereka. Aplikasi ini juga telah meneroka kaedah memenuhi keperluan pengguna menerusi teknologi. Ini membolehkan aplikasi tersebut memperluaskan perkhidmatan dengan penawaran perkhidmatan penghantaran, perjalanan antara bandar dan tempahan angkutan muatan.

  • Penghantaran: Pengguna boleh membuat permintaan penghantaran dengan menawarkan harga sendiri melalui perkhidmatan ini. Pengguna boleh memilih penghantar dari senarai pemandu yang berminat untuk menerima permintaan tersebut. Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh pengguna yang ingin menerima barang atau membuat penghantaran, serta syarikat atau perniagaan yang ingin membuat penghantaran produk mereka terus kepada pelanggan.
  • Perjalanan antara bandar: Perkhidmatan ini membolehkan penumpang mencari kenderaan yang menuju ke bandar lain dan menumpang kenderaan tersebut. Ini membolehkan penjimatan kos pengangkutan.
  • Angkutan muatan: Pilihan angkutan muatan berfungsi sama dengan perkhidmatan pengangkutan penumpang: pengguna membuat permintaan dan menawarkan harga untuk perkhidmatan tersebut. Kemudian, mereka boleh memilih pemandu yang berminat untuk mengangkut barangan pengguna. Sistem ini boleh digunakan oleh pengguna yang perlu memindahkan barangan sendiri dan juga syarikat atau perniagaan yang memerlukan perkhidmatan tersebut untuk memindahkan barangan menggunakan kereta, van atau lori.

Projek sosial

BeginIT adalah projek pendidikan sosial kelolaan inDrive yang bertujuan mengenal pasti dan memberi panduan kerjaya dalam bidang teknologi baru kepada kanak-kanak berbakat dari rumah anak yatim, asrama dan sekolah desa.[50] Projek ini dilaksanakan sejak 2012. Pada 2021, projek ini dilaksanakan di rumah anak yatim dan sekolah di pedalaman di 11 negara. Menerusi rangka kerja projek ini, sekolah yang terlibat diberikan bantuan khas dalam bentuk kelas komputer dan kelab pengaturcaraan.  Selain itu, syarikat ini kerap menganjurkan lawatan dan kelas pakar untuk kanak-kanak sekolah di ibu pejabat syarikat. Pada masa ini, projek ini melibatkan 90 rumah anak yatim, tempat perlindungan dan sekolah di pedalaman di Rusia, Kazakhstan, Brazil, Mexico, Colombia, Afrika Selatan, Peru, Indonesia, India dan Mesir.

Pengiktirafan

inDrive telah dicalonkan untuk GSMA Global Mobile Awards (GLOMO) 2019 untuk kategori ‘Aplikasi Mudah Alih Paling Inovatif’.[51]

Perkhidmatan ini dinamakan sebagai Aplikasi Harian Perlu Terbaik Google Play 2019 di Brazil.[52]

Rujukan

  1. ^ https://sensortower.com/blog/top-ridesharing-and-taxi-apps-worldwide-january-2020
  2. ^ https://www.forbes.com.mx/con-esta-app-podras-negociar-la-tarifa-de-tus-recorridos/
  3. ^ https://www.hoybolivia.com/Noticia.php?IdNoticia=291915
  4. ^ https://www.businessdailyafrica.com/releases/Set-your-own-price-taxi-app-launches-in-Arusha/1941082-4869540-c09974z/index.html
  5. ^ https://www.iol.co.za/technology/watch-indriver-a-bargaining-ride-hailing-app-has-launched-in-sa-19559473
  6. ^ https://techcrunch.com/2019/07/08/indriver-launches-ride-hail-app-in-fourth-african-country-uganda/
  7. ^ v
  8. ^ https://techcrunch.com/2017/09/07/straight-outta-siberia-indriver-raises-5m-for-its-flat-rate-ride-hailing-app/
  9. ^ https://techcrunch.com/2017/09/07/straight-outta-siberia-indriver-raises-5m-for-its-flat-rate-ride-hailing-app/
  10. ^ https://thenextweb.com/news/decentralization-2-0-beyond-semi-monopolies-uber-airbnb
  11. ^ https://en.wikipedia.org/wiki/InDriver#cite_note-8
  12. ^ https://incrussia.ru/understand/osnovatel-servisa-taksi-indriver-arsen-tomskij-my-podzharye-nindzya-v-stane-puhlyh-hipsterov/
  13. ^ https://vc.ru/transport/22508-indriver-dec16
  14. ^ https://www.vedomosti.ru/business/articles/2017/09/08/732946-leta-capital-indriver
  15. ^ https://www.wsj.com/articles/ride-hailing-service-indriver-raises-10-million-series-b-1536035307
  16. ^ https://rb.ru/news/indriver-deal/
  17. ^ https://vc.ru/finance/26316-indriver-5mln
  18. ^ https://en.wikipedia.org/wiki/InDriver#cite_note-8
  19. ^ https://qz.com/africa/1465055/uber-taxify-to-face-russias-indriver-in-africa/
  20. ^ https://www.vedomosti.ru/business/articles/2018/07/19/775911-indriver-perenes-ofis
  21. ^ http://www.zocalo.com.mx/buscara-indriver-acelerar-a-saltillo/
  22. ^ https://vanguardia.com.mx/articulo/llega-indriver-transporte-donde-cliente-decide-tarifa
  23. ^ https://www.kommersant.ru/doc/3619845
  24. ^ https://vc.ru/transport/37458-rossiyskiy-taksi-servis-indriver-vyshel-na-rynok-meksiki
  25. ^ https://www.estrategiaynegocios.net/centroamericaymundo/1189783-330/aplicaci%C3%B3n-de-viaje-en-l%C3%ADnea-indriver-entra-a-guatemala
  26. ^ https://www.laopinion.com.co/tecnologia/llego-cucuta-una-aplicacion-para-negociar-el-costo-de-su-carrera-156311
  27. ^ https://web.archive.org/web/20180716111943/http://www.laindustria.pe/noticia/trujillo-usuarios-decidirn-cunto-pagar-por-taxis-gracias-a-app-23520
  28. ^ https://www.vedomosti.ru/business/articles/2018/07/19/775911-indriver-perenes-ofis
  29. ^ https://www.mwananchi.co.tz/habari/Kitaifa/InDriver-yatua-Arusha--abiria-kuchipangia-bei/1597296-4850572-bs5mdnz/index.html
  30. ^ https://www.forbes.com/sites/juliewalmsley/2018/12/04/priceline-meets-uber-in-a-name-your-fare-ride-service-arriving-in-new-york/?sh=4ee4728868c9
  31. ^ https://mashable.com/article/indriver-set-your-price-ride-hailing-apps
  32. ^ https://www.fox5ny.com/news/ride-hailing-app-indriver-lets-you-bid-on-a-cab
  33. ^ https://www.digitaltrends.com/cars/indriver-rideshare-passengers-set-fares/
  34. ^ https://www.clickpb.com.br/paraiba/chega-joao-pessoa-aplicativo-em-que-usuario-pode-escolher-motorista-e-negociar-valor-de-corrida-250708.html
  35. ^ https://www.eltelegrafo.com.ec/noticias/economia/4/indriver-ecuador-mercado-apps-transporte
  36. ^ https://medan.tribunnews.com/2019/08/08/indriver-diluncurkan-di-medan-penumpang-bisa-menawar-ongkos
  37. ^ https://e.nhipcaudautu.vn/tech/indriver-launches-ride-hail-service-in-central-vietnam-3334909/
  38. ^ https://vietnaminsider.vn/indriver-offers-ride-hailing-services-in-3-others-cities-of-vietnam/
  39. ^ https://asia.nikkei.com/Spotlight/Sharing-Economy/Russia-s-inDriver-rolls-into-Vietnam-ride-hailing-market
  40. ^ https://www.chiangmaicitylife.com/citynews/local/international-online-ride-hailing-service-indriver-now-available-in-chiang-mai/
  41. ^ https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019
  42. ^ http://vestitoday.ru/indriver-zapustil-servis-medrabotnik-v-puti/
  43. ^ https://mumbainewsnetworks.blogspot.com/2020/07/indriver-crosses-50-mln-milestone.html
  44. ^ https://www.america-retail.com/paraguay/indriver-ya-esta-disponible-en-asuncion/
  45. ^ https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-08-29/siberian-uber-imitator-takes-barter-based-business-model-to-u-s
  46. ^ https://www.vedomosti.ru/business/articles/2018/07/19/775911-indriver-perenes-ofis
  47. ^ https://malaysiagazette.com/2021/10/01/indriver-sudah-beroperasi-di-malaysia/
  48. ^ https://malaysiagazette.com/2021/10/01/indriver-sudah-beroperasi-di-malaysia/
  49. ^ https://malaysiagazette.com/2021/10/01/indriver-sudah-beroperasi-di-malaysia/
  50. ^ https://cloud.google.com/blog/products/maps-platform/how-indriver-uses-google-maps-platform-make-everyday-journeys-accessible-millions-worldwide
  51. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-21. Dicapai pada 2021-08-06.
  52. ^ https://www.techtudo.com.br/noticias/2019/12/google-revela-melhores-apps-e-jogos-para-android-no-brasil.ghtml

Pautan luar

  • Tapak web rasmi Sunting ini di Wikidata