India Selatan

India Selatan

View of Empangan Pechiparai di Kanyakumari
View of Empangan Pechiparai di Kanyakumari
Pemandangan Empangan Pechiparai di Kanyakumari

Peta politik India Selatan

Peta kenit India, dengan India Selatan ditonjolkan
Zon waktu IST (UTC+5:30)
Keluasan 635,780 km² 
Negeri dan wilayah Andhra Pradesh, Karnataka, Kerala, Tamil Nadu, Pondicherry, Lakshadweep*
Bandar raya yang mempunyai paling banyak penduduk (2008) Chennai, Bangalore, Coimbatore, Hyderabad, Madurai, Visakhapatnam
Bahasa rasmi Kannada, Malayalam, Tamil, Telugu, Urdu, Inggeris, Perancis
Jumlah penduduk 233,000,000
Kepadatan penduduk 337/km²
Kadar kelahiran 20.4
Kadar kematian 7.7
Kadar kematian bayi 48.4
Nota kaki tidak bernombor:
  • * Lakshadweep dan Pondicherry ialah wilayah Kesatuan India di bawah perintah langsung Presiden India
  • Urdu ialah bahasa rasmi Andhra Pradesh, sedangkan bahasa Perancis dan bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi Pondicherry. Lihat juga Bahasa rasmi India.


India Selatan ialah kawasan India yang merangkumi negeri Andhra Pradesh, Karnataka, Kerala, dan Tamil Nadu, serta juga wilayah kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry. Luasnya 19.3% daripada seluruh kawasan India. India Selatan terletak di semenanjung penara Dakkan dan disempadani oleh:

Geografinya berbeza-beza dan merangkumi dua banjaran gunung — Gat Barat dan Gat Timur — serta penara Dakkan di kawasan tengah antara keduanya. Sungai Godavari, Sungai Krishna, Sungai Tungabhadra, dan Sungai Kaveri ialah sungai tak sentiasa berair yang merupakan sumber air yang penting.

Sebilangan besar orang India Selatan bertutur dalam salah satu daripada lima bahasa Dravidiabahasa Kannada, bahasa Malayalam, bahasa Tamil, bahasa Telugu, dan bahasa Tulu. Pada sepanjang sejarahnya, sebilangan kerajaan dinasti memerintah berbagai-bagai bahagian India Selatan, dengan serangan mereka yang merentasi Asia Selatan dan Asia Tenggara mempengaruhi sejarah dan budaya negara bangsa moden seperti Sri Lanka, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand dan Malaysia. Kawasan itu dijajah oleh Britain dan kemudian beransur-ansur diserap ke dalam Empayar British. Gaya kesusasteraan dan seni bina yang berkembang pada sepanjang dua ribu tahun yang lalu amat berbeza dengan gaya di bahagian-bahagian negara yang lain. Politik India Selatan dikuasai oleh parti-parti politik kawasan yang lebih kecil, berbanding dengan parti-parti politik negara di kawasan yang lain.

Selepas mengalami naik turun pada dekad-dekad selepas kemerdekaan India, negeri-negeri India Selatan mencatat pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi pada tiga dekad yang lalu, berbanding dengan pertumbuhan dekad purata negara. India Selatan ditempatkan tertinggi daripada segi pembangunan sosioekonomi seperti kadar kesuburan dan infrastruktur, dengan kadar kesuburannya sebanyak 1.9 merupakan kadar yang paling rendah antara semua kawasan di India.[1] Walaupun demikian, ketaksamaan ekonomi, buta huruf, dan kemiskinan masih menjejaskan kawasan ini, sebagaimana dengan kawasan-kawasan yang lain di negara. Pertanian ialah penyumbang tunggal yang utama kepada keluaran dalam negeri bersih (KDNB), manakala teknologi maklumat (IT) merupakan teknologi yang berkembang dengan pesat.

Lihat juga

Nota

  1. ^ "National Family Health Survey". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-24. Dicapai pada 2009-09-13.

Pautan luar

  • flagPortal India
Ketahui lebih lanjut tentang India Selatan di Wikipedia:
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku
  • More about South India
  • South Indian Travel Guides and reviews from Go Dakshin Diarkibkan 2009-02-18 di Wayback Machine
    • India Selatan di Curlie
    • Hampi - South India's famous historical town Diarkibkan 2008-04-03 di Wayback Machine
    • Deccan South India Online


    • l
    • b
    • s
    Topik-topik berkait Geografi India
    Iklim
    Iklim · Kawasan iklim
    Geologi
    Geologi · Sejarah geologi
    Bentuk bumi
    Air terjun · Dataran (Dataran Ganges · Pantai Timur · Pantai Barat· Glasier · Gunung · Gunung berapi · Gurun · Lembah · Pantai · Pulau · Sungai · Tasik · Tempat paling hujung
    Kawasan
    India Utara  · India Timur Laut  · India Timur · India Selatan  · India Barat · India Tengah
    Subbahagian
    Negeri dan wilayah · Bandar raya · Daerah · Kawasan autonomi · Kawasan perbandaran
    Persekitaran
    Ekokawasan · Fauna · Flora · Hidupan liar · Kawasan perlindungan · Kawasan Simpanan Biosfera · Kawasan Terlindung · Taman Negara