Jay Chou

Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain.
Jay Chou
Jay Chou di tayangan perdana "Secret" di Seoul, Korea Selatan, 10 Januari 2008
Nama Cina周杰倫code: zh is deprecated (Tradisional)
PinyinZhōu Jiélún (Mandarin)
AsalRepublik China (Taiwan)
Nama lainPresident Chou (周董)
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, komposer, penerbit rakaman, rapper, pengarah filem, dan pelakon
Jenis muzikMandopop, R&B, hip hop, pop rap, C-pop,rock
Alat muzikPiano, Cello, Guitar, Dram, Guzheng, Harmonika, Violin,Erhu, Pipa, gitar bass, gitar elektrik
Syarikat rakamanSony BMG Asia, Alfa Music, JVR Music
Tahun aktif2000–kini
DipengaruhiNan Quan Mama
Laman web rasmijay2u.com
jvrmusic.com
Anugerah
  • Hong Kong Film Awards
    Pelakon Baru Terbaik
    2006 Initial D
    Lagu Filem Asli Terbaik
    2007 "Chrysanthemum Terrace" (Curse of the Golden Flower)
    Golden Horse Awards
    Pelakon Baru Terbaik
    2005 Initial D
    Filem Taiwan Paling Cemerlang
    2007 Secret
    Lagu Asli Terbaik
    2007 "The Secret That Cannot Be Told" (Secret)
    Golden Melody Awards
    Album Mandarin Terbaik
    2001 Jay
    2002 Fantasy
    2004 Ye Hui Mei
    Lagu Terbaik
    2008 "Blue and White Porcelein" (On The Run)
    Komposer Terbaik
    2002 "Love Before A.D." (Fantasy)[1]
    2008 "Blue and White Porcelein" (On The Run)
    Penerbit Terbaik
    2002 Fantasy Penerbit Single Terbaik
    2007 Fearless EP
    Komposer Terbaik (Kategori Instrumen)
    2008 "Piano Room" (Secret)
    Penerbit Terbaik (Kategori Instrumen)
    2008 Secret Original Movie Soundtrack (Secret)
    MTV Asia Awards
    Artis Kegemaran, Taiwan
    2002, 2005
    Other awards
    World Music Awards
    Artis Cina Terlaris
    2004, 2006, 2007

Jay Chou (Cina Tradisional: 周杰倫code: zh is deprecated ; Cina Ringkas: 周杰伦code: zh is deprecated ; pinyin: Zhōu Jiélún; Wade-Giles: Chou Chieh-lun) (lahir 18 Januari 1979) ialah seorang pemusik, penyanyi, penerbit, pelakon dan pengarah asal Taiwan. Pada tahun 1998, beliau mula menaikkan namanya dengan mempersembahkan kemahiran bermain piano dan penggubahan lagu dalam pertandingan bakat. Dalam masa dua tahun seterusnya, beliau diambil untuk menulis lagu untuk penyanyi-penyanyi Cina terkemuka. Anak seni yang pernah berlatih muzik klasikal ini menggabungkan gaya-gaya musik Cina dan Barat untuk menghasilkan lagu-lagu yang menggabungkan genre-genre R&B, rock, dan pop, meliputi hal ehwal seperti masalah rumahtangga, peperangan, dan pembandaran.

Pada tahun 2000, Chou mengeluarkan album sulungnya berjudul Jay di bawah naungan syarikat rakaman Alfa Music. Semenjak itu, beliau telah menghasilkan satu album setahun, setiap satunya berjaya menjual beberapa juta salinan. Karyanya disambut hangat di seluruh benua Asia, khususnya di negara-negara China, Jepun, Hong Kong, Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Taiwan, dan di komuniti Cina seberang laut, serta meraih lebih 20 anugerah setiap tahun. Beliau telah menjual sebanyak 25 juta album di seluruh dunia. Pada tahun 2007, nama beliau memasuki senarai 50 tokoh paling berpengaruh di China oleh Chatham House di UK. Beliau membintangi filem Initial D (2005) yang mana beliau menggondol anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik di Pesta Filem dan Anugerah Kuda Emas, dan juga dicalonkan untuk anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong atas lakonannya di filem Curse of the Golden Flower (2006). Kerjayanya kini ditambah dengan tugas mengarah filem dan mengendali syarikat rakaman sendiri, iaitu JVR Music.

Rujukan

  1. ^ (Cina) Pejabat Penerangan Kerajaan (R.O.C.) Winners of the 13th Golden Melody Awards Diarkibkan 2008-03-16 di Wayback Machine. 28 April 2004. Dicapai pada 11 Disember 2007.

Pautan luar

Dengar rencana (info/dl)
noicon
Spoken Wikipedia
Spoken Wikipedia
Fail audio dicipta daripada semakan semasa bertarikh 2008-07-16, dan tidak membayangkan penyuntingan rencana yang selepasnya bagi rencana ini. (Bantuan audio)
Rencana bertutur lagi
Ia merupakan versi bantuan audio bagi rencana ini rencana. Klik ini untuk bantuan audio.
Ia merupakan versi bantuan audio bagi rencana ini rencana. Klik ini untuk bantuan audio.
Official
  • (Cina) Jay Chou Diarkibkan 2011-07-07 di Wayback Machine di JVR Music
  • (Cina) Jay Chou Official Website 周杰倫官方網站
Lyrics
  • Karazen: Jay Chou Album Reviews & Lyrics in Pinyin and Han Characters
  • AMW168—Jay Chou's Lyrics, Pics, and Translation
Fansites
Other