Jingga

جيڠݢcode: ms is deprecated How to read this color infoboxTentang koordinat ini     Koordinat warnaHex triplet#FF6600sRGBB  (r, g, b)(255, 102, 0)CMYKH   (c, m, y, k)(0, 60, 100, 0)HSV       (h, s, v)(24°, 100%, 100%)Sumber[Unsourced]en:Category:WikiProject Color articles needing infobox sourcesB: Dinormalkan kepada [0–255] (bit)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)
Warna jingga

Warna jingga [jing-ga] (Jawi: جيڠݢcode: ms is deprecated ), oren [o-rén] (Jawi: اورينcode: ms is deprecated ) atau kuning bata (Jawi: كونيڠ باتcode: ms is deprecated ) merupakan spektrum cahaya yang terlihat antara merah dan kuning. Panjang gelombangnya disekitar 585–620 nanometer. Warna jingga ialah warna bernama yang tunggal dalam CSS yang tidak ditakrif oleh HTML 4.01.

Warna jingga ialah warna yang sama dengan warna buah oren, dan dinamakan sempena buah ini. Berbeza dengan warna biru atau merah, warna ini dapat dipastikan dengan lebih tepat, kerana kita dapat tengok buah-buah oren. Sebelum buah oren diperkenalkan kepada dunia penutur bahasa Inggeris, warna ini digelarkan dalam bahasa Inggeris lama sebagai geoluhread, yang boleh ditransliterasikan sebagai "kuning-merah" dalam bahasa Inggeris moden.

Dengan bahan-bahan pewarna yang semula jadi, seperti cat atau krayon, warna jingga ialah warna sekunder yang boleh dihasilkan daripada warna-warna dasar melalui pencampuran warna merah (lebih tepat, warna magenta) dengan warna kuning.

Penggunaan dan perlambangan

  • Warna jingga ialah warna yang berkontras dengan biru, dan dapat dilihat dengan nyata di langit yang cerah. Oleh itu, warna ini sering digunakan untuk keselamatan.
  • Dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, warna jingga ialah warna untuk Kor Isyarat Angkatan Tentera Amerika Syarikat.
  • Warna jingga ialah warna bola Snuker Plus dengan nilai lapan mata.
  • Dalam ilmu jata Inggeris, warna jingga menunjukkan kekuatan, kemulian, kemurahan hati, dan kemakmuran. Warna ini amat jarang digunakan sebagai warna lambang kebangsawanan United Kingdom.
  • Warna jingga ialah perlambangan untuk konsep politik Sosialisme Demokratik.
  • Warna jingga ialah warna negeri Belanda disebabkan keluarga dirajanya berasal dari Orange di Perancis. Bendera moden negeri Belanda menggantikan warna jingga yang asal dengan warna merah, tetapi pada hari-hari keputeraan diraja, bendera itu mempunyai sehelai panji-panji yang berwarna jingga sebagai warna tambahan. Kebanyakan penggunaan geografi untuk perkataan "jingga" boleh dikesan sehingga zaman kuasa kelautan Belanda pada abad ke-17.
  • Warna jingga menandakan Protestantisme di Ireland Utara, dan Hinduisme di India dan Sri Lanka. Di Ireland, penggunaan warna jingga berasal daripada pemerintahan William dari Orange, raja Inggeris Protestan.
  • Warna jingga ialah warna utama untuk Adanaspor SK dari negara Turki.
  • Warna jingga telah menjadi warna untuk pembangkangan politik di sekeliling dunia. Umpamanya, warna jingga telah digunakan sebagai warna penghimpunan untuk:
    • Revolusi Orange di Ukraine antara tahun 2004 dan 2005.
    • peneroka-peneroka Yahudi di Genting Gaza yang menentangi Rancangan Pengunduran Satu Pihak dari Genting Gaza.

Warna parti politik

Warna jingga telah dipergunakan sebagai warna politik oleh parti-parti politik yang berikut:

  • Fidesz-MPSZ di Hungary
  • CD&V, Flanders, Belgium
  • Parti Kebangsaan Rakyat (People's National Party), Jamaica
  • Gerakan Patriotik Bebas (Free Patriotic Movement), Lebanon
  • Parti Pertama Rakyat (People First Party), Republik China (Taiwan)
  • Parti Demokratik Baru (New Democratic Party), Kanada
  • Senarai Jun, Sweden
  • Parti Bharatiya Janata, India
  • Pora atau "Sepatutnya Sudah Lama", Ukraine— sila lihat Revolusi Orange
  • Demokrat Liberal (Liberal Democrats), United Kingdom
  • Parti Demokrasi Sosial, Portugal
  • Parti Rakyat, Sepanyol (sejak 2005)
  • BZÖ, parti politik yang baru ditubuhkan oleh Jorg Haider di Austria
  • Parti Amanah Negara, Parti pembangkang baru berteraskan Islam di Malaysia.

Warna korporat

Warna jingga ialah warna korporat untuk:

  • Kall, Kepulauan Faroe
  • Orange SA, Perancis (perbadanan antarabangsa)
  • easyJet, United Kingdom
  • Euskaltel, Sepanyol (termasuk pasukan perlumbaan basikal, Euskaltel Euskadi)
  • eircom (Ireland), dan anak syarikatnya, Meteor Mobile Communications, Ireland
  • National Union, Israel

Warna sukan

Warna jingga ialah warna pilihan untuk banyak pasukan sukan negara dan penyokong-penyokongnya.

  • Warna jingga biasanya merupakan warna untuk pasukan-pasukan sukan negara dan ahli-ahli olahraga di negeri Belanda. Nama samaran untuk pasukan bola sepak negara di Belanda ialah Oranje, sepatah perkataan untuk "jingga" dalam bahasa Belanda.
  • Warna jingga juga merupakan warna Omiya Ardija, sepasukan bola sepak Liga-J.
  • Jingga ialah warna rasmi untuk Universiti Syracuse dan "Syacuse Orange" ialah nama untuk banyak pasukan sukan dalam universiti itu. Dalam olahraga kolej-kolej Amerika Syarikat, warna jingga digabungkan dengan warna-warna yang lain untuk membentukkan warna sukan untuk:
    • Universiti Auburn
    • Universiti Clemson
    • Universiti Princeton
    • Universiti Illinois di Urbana-Champaign
    • Universiti Miami
    • Virginia Tech
    • Universiti Negeri Oklahoma,
    • Universiti Negeri Oregon,
    • Universiti Texas di Austin, Texas
    • Olahraga Longhorn Texas (Texas Longhorn Athletics)
    • Universiti Tennessee, dan lain-lain lagi.
  • Pasukan-pasukan profesional Amerika Syarikat yang menggunakan warna jingga sebagai warna utama termasuk:
    • Baltimore Orioles dan San Francisco Giants daripada Besbol Liga Utama
    • Cleveland Browns, Cincinnati Bengals, dan Denver Broncos daripada Liga Bolak Sepak Nasional
    • Phoenix Suns dan Charlotte Bobcats daripada Persatuan Bola Keranjang Nasional
    • Philadelphia Flyers daripada Liga Hoki Nasional.

Kelainan warna jingga

Warna jingga sering digunakan untuk meneguhkan ketampakan. Sebahagian besar daripada pigmen-pigmen jingga tergolong dalam keluarga hartal, atau kadmium. Sebenarnya, warna perang merupakan sebahagian warna jingga, iaitu campuran jingga dengan kelabu, dalam spektrum warna.

Jingga bakar

Jingga bakarHow to read this color infobox
Tentang koordinat ini     Koordinat warna
Hex triplet#CC5500
sRGBB  (rgb)(204, 85, 0)
CMYKH   (c, m, y, k)(0, 58, 100, 20)
HSV       (h, s, v)(25°, 100%, 80%)
Sumber[Unsourced]en:Category:WikiProject Color articles needing infobox sources
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)

Jingga bakar ialah satu kelainan yang telah dipergunakan oleh Olahraga Longhorn, Universiti Texas di Austin sebagai warna sekolah. Sampel untuk warna jingga bakar yang dipergunakan boleh didapati daripada laman web universiti itu. Jingga bakar boleh dihasilkan dengan penggunaan kod perenambelasan #CC5500.

Kelainan-kelainan jingga bakar juga digunakan sebagai warna sekolah oleh Universiti Auburn, Universiti Clemson, Virginia Tech, antara lain.

Lihat juga

Pautan luar

  • Senarai Carta Warna Spektrum Jingga Diarkibkan 2007-07-04 di Wayback Machine


  • l
  • b
  • s
Sinar gama · Sinar X · Ultraungu · Boleh nampak · Inframerah · Sinar terahertz · Mikrogelombang · Radio

 frekuensi lebih tinggi       panjang gelombang lebih panjang 
Boleh nampak (optik)
Lembayung  · Nila  · Biru  · Hijau  · Kuning  · Jingga  · Merah
Mikrogelombang
Jalur W · Jalur V · Jalur Q · Jalur Ka · Jalur K · Jalur Ku · Jalur X · Jalur S · Jalur C · Jalur L
Radio
EHF · SHF · UHF · VHF · HF · MF · LF · VLF · ULF · SLF · ELF
Jenis panjang gelombang
Mikrogelombang · Gelombang pendek · Gelombang sederhana · Gelombang panjang
  hitam perak kelabu putih merah merah manggis ungu fuksia hijau hijau pucuk pisang hijau buah zaitun kuning jingga biru biru kelasi biru belibis akua-marin
Warna Web