Juara

Juara
PengarahYusof Kelana
PenulisYusof Kelana
Lakon layarYusof Kelana
Dibintangi
  • Malek Noor
  • Sidi Oraza
  • Salih Yaacob
Tarikh tayangan
1991
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Juara merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1991. Filem Juara diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Juara mula ditayangkan pada 1991 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Malek Noor, Sidi Oraza dan ramai lagi.

Sinopsis

Malek, Sidi, Busul dan Ira adalah empat orang anak Aziz yang memilih haluan masing-masing setelah bapa mereka Aziz di ke masukkan hospital sakit jiwa. Malek menjadi peninju. Sidi diperalatkan oleh sindiket mencuri sebutir berlian daripada Joe Martino lalu menghilangkan diri apabila diburu pelbagai pihak. Malek muncul sebagai juara perlawanan tinju siam yang dianjurkan khas oleh Joe Martino. Ketua sindiket berjaya memperolehi semula berlian yang curi Sidi, dan memaksanya bertarung dengan abang Malek. Sekiranya enggan, sindiket itu mengugut akan memusnahkan seluruh keluarganya.

Pelakon

  • Malek Noor sebagai Malek
  • Sidi Oraza sebagai Sidi
  • Salih Yaacob sebagai Busul
  • Juliza Adzlizan sebagai Ira
  • Raja Azura sebagai Salbiah
  • A. Rahim sebagai Chief
  • M. Rajoli sebagai Saleh
  • Kuswadinata sebagai Mat
  • Latif Ibrahim sebagai Zaki
  • A. Galak sebagai Aziz
  • Aziz Sattar sebagai Sudin
  • Yusof Haslam sebagai Joe Martino
  • Hussein Abu Hassan sebagai Hussein, pengarah filem (penampilan khas)
  • Wazata Zain sebagai Pengadil
  • Aimi Jarr sebagai Bos (penampilan khas)
  • Laila Nasir sebagai Laila (penampilan khas)
  • Yazid Sobrani sebagai dirinya sendiri (penampilan khas)

Lihat juga

Pautan luar