Juliana Evans

Yang Berbahagia Che Puan

Juliana Evans
Kelahiran
Juliana Sophie binti Johari Evans

(1989-07-05) 5 Julai 1989 (umur 34)
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Pusat pendidikanWestern Michigan University
Sunway University
New York Film Academy
PekerjaanPengacara, pelakon, model
Tahun aktif2001–kini
Ketinggian5 ft 5 in (1.65 m)
PasanganYM Tengku Shariffuddin Shah[1]
(k. 2017)
Anak-anak
  • YM Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri
    YM Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri
Ibu bapa
  • Johari Evans bin Abdullah (Bapa)
  • Hajah Fauziah binti Haji Noordin (Ibu)

Che Puan Juliana Sophie binti Johari Evans (dilahirkan pada 5 Julai 1989)[a] merupakan seorang pengacara, pelakon dan model iklan Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan kemudian popular sebagai pengacara rancangan Remaja di TV3.[2]

Beliau mencipta populariti sebagai pengacara TV yang petah berkata-kata hingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH). Che Puan Juliana pernah mencipta rekod sebagai pengacara wanita paling muda yang pernah dicalonkan dalam kategori itu iaitu ketika berusia 19 tahun. Beliau beralih ke stesen televisyen Astro dengan mengendalikan program Era TV.[3] Selain aktif mengacara, beliau juga berbakat dalam bidang lakonan dan sering terlibat dalam beberapa siri drama dan filem.[4][5]

Kehidupan awal dan pendidikan

Che Puan Juliana dilahirkan pada 5 Julai 1989 di Shah Alam, Selangor. Bapanya berketurunan Inggeris dan ibunya berketurunan Melayu. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik, iaitu Andrew Effendi Evans, Jefri Peter Evans dan kakaknya Isabelle Evans pernah menjadi pengacara di TV Pendidikan. Beliau juga mempunyai adik seibu iaitu Al-Qaliff Mikaeel Madzlan.

Pada usia 15 tahun, beliau juga pernah mewakili negeri Selangor dalam acara sukan Gimnastik Artistik di acara sukan sekolah peringkat kebangsaan anjuran Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan Kepujian dari Universiti Sunway, Subang Jaya Selangor.

Pada tahun 2012, beliau telah melanjutkan pengajian pascasiswazah peringkat Master's Degree di Western Michigan University di Kalamazoo, Michigan, Amerika Syarikat dan berjaya memperoleh Sarjana dalam bidang Perfileman, Video dan Media. Beliau juga tersenarai antara salah satu penerima Anugerah Dekan sebagai pengiktirafan kepada pencapaian akademik beliau yang cemerlang sepanjang tempoh pengajiannya di College of Arts and Science, Western Michigan University.

Seterusnya, pada tahun 2014 beliau juga telah mengambil kursus lakonan selama 6 bulan di Akademi Filem New York di kampus Los Angeles, Amerika Syarikat.

Perkahwinan dan anak

Pada 30 April 2017, Che Puan Juliana sah bergelar isteri kepada Yang Mulia Tengku Shariffuddin Shah bin Tengku Sulaiman Shah Al-Haj, anakanda kepada Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puan Laksamana Selangor Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar. Suaminya merupakan kerabat diraja Selangor dan Johor.

Beliau telah dikurniakan gelaran Che Puan iaitu gelaran yang diberikan kepada isteri kerabat diraja yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa) dengan panggilan hormat Yang Berbahagia.

Pada 13 Julai 2019, beliau telah selamat melahirkan puteri sulungnya iaitu Yang Mulia Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri binti Tengku Shariffuddin Shah.[6][7][8][9]

Pada 17 Jun 2023, Che Puan Juliana selamat melahirkan puteri keduanya iaitu Yang Mulia Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri binti Tengku Shariffuddin Shah.[10][11]

Kerjaya

Ketika berusia 11 tahun, Che Puan Juliana Evans menjadi pengacara rancangan E-zone yang bersiaran di Astro Ria. Beliau juga pernah muncul dalam filem dokumentari pendek Hapuskan Aedes, Cegah Denggi terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2002.

Pada tahun 2007, beliau menjayakan watak sebagai Sofie dalam drama muzikal bebas 8TV, KAMI - The Series yang turut dibintangi oleh Liyana Jasmay, Nas-T, Syarul Ezani dan Ani Zayanah. Beliau kembali menjayakan wataknya dalam filem KAMI The Movie yang ditayangkan pada 2008, ia menjadi filem pertama lakonannya.[12] Pada tahun sama, beliau juga muncul dalam drama Kasut Tumit Tinggi, memegang watak sebagai Mai.[13]

Dalam tahun 2010, Che Puan Juliana menjayakan watak utama sebagai Cendana dalam drama fantasi Sayang Cendana.[14] Beliau merupakan salah seorang pelakon utama filem drama sukan Hooperz arahan Rosihan Zain, dalam filem ini, beliau melakonkan watak Nino.[15]

Beliau memegang watak sebagai Natrah, seorang gadis Belanda yang dipelihara oleh keluarga angkatnya dalam filem dokumentari dengan judul sama yang bersiaran di Astro Prima pada 24 Januari 2011.[16][17]

Beliau berlakon bersama Zizan Razak dalam filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham, memegang dua watak, iaitu Ayu, seorang bohsia yang maut dilanggar lori dan Maya, hantu yang muncul dalam hidup Amran lakonan Zizan.[18][19].

Che Puan Juliana memulakan kerjaya lakonan dalam teater pada 2015 menerusi pementasan teater Bawang Merah Bawang Putih yang dipentaskan di Istana Budaya dari 3 hingga 8 Disember 2015.[20][21]

Sejak 2017, beliau menjadi pengacara rancangan Mahligai Cinta di TV3.[22] Beliau juga pernah mengacarakan rancangan travelog Fly Us To Asia bersama Liyana Jasmay.[23]

Che Puan Juliana merupakan antara lima selebriti yang dipilih sebagai duta bagi kempen #ThroughTheLens anjuran AirAsia. Empat selebriti lain yang terlibat termasuk Alvin Chong, Elfira Loy, Izara Aishah dan Zahirah MacWilson.[24]

Namanya tersenarai di tangga ke-72 dalam 100 Wanita Paling Cantik 2020 (Top 100 Most Beautiful Woman) dalam satu undian yang dilakukan di laman web Starmometer, sekaligus mengatasi beberapa selebriti Hollywood seperti Emma Stone di tangga ke-75, Taylor Swift (76) dan Amanda Seyfried (78).[25]

Pada tahun 2020, beliau dilantik menjadi Duta Pelancongan bersempena dengan Kempen #PusingSelangorDulu oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Pelancongan Selangor.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 KAMI The Movie Sofie Filem pertama
2010 Hooperz Nino
2011 Hantu Bonceng Maya/Ayu
2012 Mael Lambong Maria
Adik Manja Returns Su
2013 KIL Gadis Bunuh Diri
Dampak Hana
2016 Aliff Dalam 7 Dimensi Anna
2017 The Secret Life of Pets Katie Alih suara BM
Mendidih Bro Suraya
2018 Pulang Alia
2019 Bella & Jamie Jamie
2021 Sa Balik Baju Myra
2022 Cikgu VS Hantu Cikgu Shima

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 KAMI - The Series Sofie 8TV
2008 Kasut Tumit Tinggi Mai Astro Prima
2009 Ghost 2 Lydia 8TV
2010 Sayang Cendana Cendana TV3 Slot Legenda
Cornetto Inikah Cinta? Juliana Astro Ria
2011 Natrah Natrah Astro Citra
Waktu Rehat (Musim 2) Azza Disney Channel Asia Episod: "Gosip"
2015 Oh! My English: Class of 2015 Taylor Marie Smith Astro TVIQ
2016 Rumi & Jawi Elly Astro Prima
Oh My English! After School Taylor Marie Smith Astro TVIQ
2017 Mata Cinta Matahari Astro Gempak Web drama
2018 Split TV Series Meen Astro Citra
2019 Mimpi Sabrina Sabrina TV3
2020 Degup Cinta Jasmine Astro Ria
2021 Dukun Diva Dirinya sendiri Astro Citra Pelakon undangan
2022 Epilog 3 Naga Natasha Awesome TV
2024 Si Jantung Hati Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Puaka Topeng Putih Kris Astro Ria
Cinta Lelong
2nd Hand Henfon Astro Warna
2010 Sabar Ramona TV3
Cheritera
2011 Puteri Kayangan Lara
Kasih Ke Syurga Kasih
Si Tudung Tweet Marissa TV9
2012 Puteri Pulau Tuba TV2
2013 NY Cinta Mia Astro First Eksklusif
2015 Oh My Goat Taylor Marie Smith Astro TVIQ
2016 Oh My Ganu! 2 Taylor Marie Smith
2017 Hisyam dan 3 Hantutiyers Dirinya sendiri Astro Citra
2018 Miss & Mrs Airin ntv7
Vivi Si Perigi Irene

Teater

Tahun Tajuk Peranan
2015 Bawang Merah Bawang Putih Bawang Putih

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2001–2002 E-Zone Dirinya sendiri/pengacara Astro Ria
2004 Majalah Moral TVIQ
2006 Bintang Kecil Raya TV9
2008 Remaja TV3
2009 Gadis Melayu TV9
2010 Era TV Astro Ria
2018 Mahligai Cinta TV3
Fly Us To Asia RTM

Siri web

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian
2015 Pelangi Cinta Juliana YouTube CLEAR Malaysia

Iklan

Tahun Iklan
Silkygirl
Tracia Eternal
Fair & Lovely
Clean & Clear
Cadbury
Clear
Galaxy A8
Nanowhite
Louis Vuitton Malaysia

Dokumentari

Tahun Tajuk Terbitan
2002 Hapuskan Aedes, Cegah Denggi Kementerian Kesihatan Malaysia

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pengacara TV Wanita Popular Tercalon
2010 FHM 100 Most Wanted Women In The World 2010 Menang
2022 NONA Superwoman Award 2022 NONA Beauty Award Menang

Panggilan dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Che Puan Juliana Evans
Gaya panggilan Yang Berbahagia
Gaya pertuturan Yang Berbahagia
Gaya pilihan Che Puan
  • 5 Julai 1989 - 30 April 2017 : Cik Juliana Sophie binti Johari Evans
  • 30 April 2017 - kini : Yang Berbahagia Che Puan Juliana Sophie binti Johari Evans

Nota kaki

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir bersama Elyana dan Raja Farah yang juga dilahirkan pada 5 Julai, tetapi berlainan tahun. Ini kerana, Elyana lahir pada 5 Julai 1987, manakala Raja Farah lahir pada 5 Julai 1988 dan Juliana Evans lahir pada 5 Julai 1989.

Rujukan

  1. ^ "Juliana Evans Selamat Jadi Isteri Kerabat". mStar Online. 30 April 2017. Dicapai pada 16 May 2023.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (24 Jun 2015). "Jue tak menang tangan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 14 September 2018.
  3. ^ "Infotainment baru 'ERA TV' di Astro Ria Khamis ini". mStar Online. 10 Mac 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-16. Dicapai pada 16 September 2018.
  4. ^ Jessica Liew (14 September 2018). "Love, family and kindness". Malaysia Tatler. Dicapai pada 14 September 2016.
  5. ^ Loong Wai Ting (12 Ogos 2016). "Juliana Evans: Woman of many talents". New Straits Times Online. Dicapai pada 14 September 2016.
  6. ^ Aref Omar (15 Julai 2019). #Showbiz: Juliana Evans delivers first baby, 'Mily' New Straits Times. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  7. ^ Farhana Ab Rahman (13 Julai 2019). 'Mily' nama puteri Juliana Evans Berita Harian. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  8. ^ Aqmar Mustaza (13 Julai 2019). Juliana Evans selamat bersalin Sinar Harian. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  9. ^ Azyyati Ahmad (13 Julai 2019). Juliana Evans selamat lahirkan cahaya mata pertama Astro Awani. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  10. ^ MOHAMMAD AL FAIZAL ABDUL KARIM (17 Jun 2023). "Juliana Evans lahirkan cahaya mata kedua". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Jun 2023.
  11. ^ SITI SYAHIDAH (23 Jun 2023). "TENGKU SHARIFFUDDIN SHAH & JULIANA EVANS DIKURNIA PUTERI KEDUA". GLAM Lelaki. Dicapai pada 23 Jun 2023.
  12. ^ "Kami The Movie sasarkan penonton remaja". Berita Harian. 2008-09-23. Dicapai pada 2008-10-15.[pautan mati kekal]
  13. ^ Budiey (12 Januari 2009). "Juliana Evans, Nanu Baharudin, Norish Karman, Amy Mastura Dalam Kasut Tumit Tinggi". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 14 September 2009.
  14. ^ Sayang Cendana (Slot Lagenda TV3) Anizyn. Dicapai pada 8 September 2010.
  15. ^ Hooperz - Bukan sekadar permainan di atas gelanggang mStar Online (11 April 2010). Dicapai pada 8 September 2010.
  16. ^ Dokumentari kisah Natrah di Astro Prima Sensasi Selebriti (24 Januari 2011). Dicapai pada 8 September 2011.
  17. ^ Raja Intan Dianna Raja Azham (5 Januari 2011). "Kupasan yang lebih mendalam". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-10. Dicapai pada 14 September 2011.
  18. ^ "'Hantu Bonceng' Kini Di Rumah Anda". gua.com.my. 16 September 2011. Dicapai pada 17 September 2011.[pautan mati kekal]
  19. ^ Wahida Othman (25 Ogos 2011). "Juliana Evans akui sukar berlakon dengan Zizan". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2011. Dicapai pada 17 Februari 2015.
  20. ^ Barisan pelakon teater Bawang Merah Bawang Putih yang akan dipentaskan Utusan Malaysia (26 November 2015). Diperoleh pada 1 Disember 2015.
  21. ^ Syanty Octavia Amry (3 Disember 2015). "Cabar diri bawa watak jahat klasik". Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2018.
  22. ^ Juliana Evans ganti Mira Filzah Berita Harian (28 Disember 2017). Dicapai pada 1 Januari 2018.
  23. ^ Ardini Sophia Sina (28 Januari 2018). "Juliana hos program TV". Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2018.
  24. ^ "A shot at being double ambassador". The Star Online. 24 Oktober 2018. Dicapai pada 2 November 2018.
  25. ^ Syafil Syazwan Jefri (12 Jun 2020). Juliana Evans 100 tercantik Harian Metro. Dicapai pada 14 Jun 2020.

Pautan luar