KRI Makassar
Sejarah | |
---|---|
Dilancarkan: | Akhir 2006 |
Ditauliahkan: | Pertengahan 2007 |
Ciri-ciri | |
Sesaran: | 7,800 tan (biasa) |
Panjang: | 122 meter |
Kelajuan: | 16 knot (maksimum) 12 knot (ekonomi) |
Jarak: | 30 hari |
Kelengkapan: | 100 anak kapal, penginapan untuk 518 orang |
Persenjataan: | Meriam 100 mm |
Pesawat: | 5 helikopter |
KRI Makassar (590) merupakan sebuah kapal perang tentera laut Indonesia yang menggantikan KRI Teluk Ratai (509) bagi mempertahankan negara pulau Indonesia. Kapal jenis "dok pengangkutan amfibia" ini dibina di Daesun Shipbuildings & Engineering CO. Ltd, Korea Selatan. Kapal ini merupakan kapal pertama dari dua kapal yang dibangun di Korsel dan dirancang sebagai kapal perang pesakit. Selain sebagai kapal tempur, kapal yang berteknologi halimunan ini juga berfungsi untuk operasi kemanusiaan serta menangani bencana alam. Kontrak kapal ini ditandatangani pada Disember 2004, kontrak ini berkenaan pembinaan satu Kapal Komando (KRI Tanjung Dalpele) dan empat kapal LPD (dua dibuat di Korea dan dua lainnya dibangun di PT PAL Surabaya).
Ukuran
Kapal ini sepanjang 122 meter itu mampu mengangkut sekitar 500 tentera, 13 ranpur,dan lima helikopter. Kapal seberat 7,800 tan itu, juga dilengkapi dengan dua landasan pendaratan helikopter (helipad).
Senjata
Kapal ini dirancang khusus untuk mampu dipasang meriam 100 mm, dilengkapi ruang CIC untuk sistem kendali senjata (fire control system), serta sebagai alat komunikasi dengan kapal-kapal tempur lain untuk melindungi pendaratan pasukan dan kenderaan tempur serta pengendalian pendaratan helikopter.
Pautan luar
- Kapal Perang Buatan Korsel Perkuat TNI AL