KRI Rakata

KRI Rataka 922 yang dahulunya adalah USS Menomine.
KRI Rataka 922 yang dahulunya adalah USS Menomine.

KRI Rakata (922) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia buatan Amerika Syarikat kelas USS Cherokee (dahulunya USS Menominee (ATF 73) yang dibina pada tahun 1942. Ia merupakan bot tunda tentera dan diambil alih oleh tentera Indonesia pada 1961. Ia dibersarakan dan dijadikan kapal sasaran. Ia dimusnahkan pada 19-8-2004 dalam Latihan Operasi Laut Gabungan (Latopslagab) XV/04 TNI Angkatan Laut dan TNI Angkatan Udara.

Tidak lebih dari dua minit selepas bekas KRI Rakata terkena peluru berpandu Exocet MM-38, peluru berpandu Harpoon RGM-84, dan Torpedo SUT, ia tenggelam.

  • Sesaran: 1,640 tan penuh
  • Dimensi: 62.5 x 11.7 x 4.7 meter/205 x 38.4 x 15.4 kaki
  • Tujahan: Eletrik-disel, 4 enjin disel, 1 shaft, 3,000 bhp, 15 knots
  • Awak: 67
  • Persenjataan: 1 76.2mm/50cal SP, 2 40 mm, 2 dual 25 mm
  • Program: Bekas bot tunda USN WWII. Dalam simpanan 1990-1995.
  • Pembina: United Eng., Alameda, CA.

Pautan luar

  • Laman web USS Menominee. Diarkibkan 2008-05-16 di Wayback Machine
  • Enam Kapal Perang TNI AL akan Dilelang.[pautan mati kekal]