Karen Pence

Karen Pence
Wanita Kedua Amerika Syarikat
Dalam peranan
20 Januari 2017 – 20 Januari 2021
Naib PresidenMike Pence
Didahului olehJill Biden
Digantikan olehDoug Emhoff sebagai Lelaki Kedua
Wanita Pertama Indiana
Dalam peranan
14 Januari 2013 – 9 Januari 2017
GabenorMike Pence
Didahului olehCheri Daniels
Digantikan olehJanet Holcomb
Butiran peribadi
LahirKaren Sue Batten
(1957-01-01) 1 Januari 1957 (umur 67)
Pangkalan Tentera Udara McConnell, Kansas, A.S.
Parti politikRepublikan
PasanganSteve Whitaker (k. 1978; c. 1978)
Mike Pence (k. 1985)
Anak-anak3, termasuk Charlotte
PendidikanUniversiti Butler (BS, MS)

Karen Sue Pence (sebelum kahwin: Batten, sebelumnya Whitaker; lahir 1 Januari 1957) ialah seorang guru sekolah, pelukis. Beliau ialah bekas Wanita Kedua Amerika Syarikat dari tahun 2017 hingga 2021. Beliau merupakan isteri kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat ke-48, Mike Pence. Beliau pernah menjadi Wanita Pertama Indiana dari 14 Januari 2013 hingga 9 Januari 2017.

Kehidupan awal

Pence dilahirkan sebagai Karen Sue Batten[1] di Pangkalan Tentera Udara McConnell di Kansas[2][3][4] pada 1 Januari 1957,[5] anak perempuan kepada Lillian (sebelum kahwin: Hacker; 1931–2004)[6] dan John M. Batten (1931/1932–1988), pegawai United Airlines.[7] Ibu bapanya bercerai ketika beliau masih kecil. Ibunya kemudian berkahwin dengan Bernard Barcio pada 1967.[8] Beliau dibesarkan di kejiranan Broad Ripple Village di Indianapolis, di mana beliau lulus sebagai valedictorian dari Sekolah Tinggi Bishop Chatard.[9][10] Pence mamsuki ke Universiti Butler yang berdekatan di mana beliau belajar untuk menjadi seorang guru, dan belajar di bidang seni.[11] Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains (B.S.) dan Sarjana Sains (M.S.) dalam pendidikan dasar dari Universiti Butler.[12]

Kerjaya

Pence pernah mengajar di John Strange Elementary, Acton Elementary, Fall Creek Elementary, dan Orchard School, semuanya terletak di Indianapolis.[11]

Selepas kelahiran anak pertamanya, Pence mengikuti kelas melukis cat air. Ini menyebabkan beliau menceburi kerjaya melukis potret rumah[11] dan bangunan bersejarah.[13] Beliau telah melengkapkan sebanyak 35 lukisan dalam setahun, beberapa dengan komisen dan menjual yang lain di pameran seni tempatan.[12]

Semasa Mike Pence berada di Kongres, Karen bekerja di Immanuel Christian School, sebuah sekolah Kristian swasta di Springfield, Virginia, sebagai guru seni selama 12 tahun.[14]

Wanita Pertama Indiana

Pence adalah Wanita Pertama Indiana semasa suaminya sebagai gabenor negeri dari 2013 hingga 2017. Pada tahun pertama peranannya, dia menubuhkan First Lady's Charitable Foundation untuk "mempromosikan individu dan organisasi yang mendorong anak-anak, keluarga, dan seni ", juga menawarkan geran dan biasiswa.[12]

Wanita Kedua Amerika Syarikat (2017–2021)

Potret rasmi pertama Karen Pence

Pence menjadi Wanita Kedua Amerika Syarikat pada 20 Januari 2017, menggantikan Jill Biden. Beliau mengupah Kristan King Nevins sebagai ketua kakitangannya; Nevins pernah berkhidmat dalam kedudukan yang sama di bawah bekas Wanita Pertama Barbara Bush.[10][15] Sebagai wanita kedua, Pence berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang terapi seni, yang pertama kali dia didedahkan ketika mengunjungi sebuah hospital di Washington semasa suaminya berkhidmat sebagai ahli kongres.[13][16] Pada Oktober 2017, beliau mengunjungi kampus Universiti Negeri Florida untuk menyoroti program terapi seni universiti itu, yang bermula pada tahun 1990-an.[17]

Pence berkhidmat sebagai Wanita Kedua sehingga tahun 2021 selepas kekalahan suaminya dan presiden Donald Trump dalam pilihan raya 2020.

Kehidupan peribadi

Semasa di sekolah menengah, beliau bertemu dengan suami pertamanya, John Steven Whitaker. Mereka berkahwin pada 4 Ogos 1978, di Kaunti Brewster, Texas, dan kemudian bercerai.[18][19][10] Whitaker adalah pelajar perubatan semasa perkahwinan mereka.[10]

Karen bertemu Mike Pence ketika beliau bermain gitar di Misa di Gereja St. Thomas Aquinas,[11] sebuah gereja Katolik di Indianapolis yang mereka berdua hadiri.[20] Temu janji pertama mereka merangkumi aktiviti luncur ais di Indiana State Fairgrounds.[21] Setelah kira-kira sembilan bulan bertemu janji,[21] mereka bertunang pada Ogos 1984[11] dan berkahwin pada 8 Jun 1985.[11][22][23]

Rujukan

  1. ^ Staff Reports (13 Januari 2013). "Karen Pence: Holding political office always important to Mike Pence". The Republic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Julai 2016.
  2. ^ [1]
  3. ^ "7 Things to Know About Karen Pence, VP Mike Pence's Wife" (dalam bahasa Inggeris). Cosmopolitan. 29 Mac 2017.
  4. ^ Bixenspan, David (4 Oktober 2016). "Karen Pence's secret first marriage". Politics. Death and Taxes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Disember 2016.
  5. ^ "Meet the Future Second Lady" (dalam bahasa Inggeris). Trump for America. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2016. Dicapai pada 15 Januari 2017.
  6. ^ "Lillian R. Barcio Obituary". tributes.com (dalam bahasa Inggeris). Tributes, Inc. Dicapai pada 13 Disember 2016.
  7. ^ "John Batten dies; ex-airline official". newspapers.com. The Indianapolis Star (dalam bahasa Inggeris). 6 Mac 1988. Dicapai pada 13 Disember 2016.
  8. ^ Neal, Andrea (1 Ogos 2018). Pence: The Path to Power (dalam bahasa Inggeris). Indiana University Press. ISBN 9781684350384.
  9. ^ "Karen (Batton) Pence, '75, Indiana's First Lady" (dalam bahasa Inggeris). Bishop Chatard High School. 19 September 2016. Dicapai pada 13 Disember 2016.
  10. ^ a b c d Parker, Ashley (28 Mac 2017). "Karen Pence is the vice president's 'prayer warrior,' gut check and shield". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Mac 2017.
  11. ^ a b c d e f Rudavsky, Shari (12 Disember 2013). "Karen Pence is right at home". The Indianapolis Star. Dicapai pada 15 Julai 2016.
  12. ^ a b c Maloney, Maggie (20 Mac 2017). "Who Is Karen Pence? 7 Facts About VP Mike Pence's Wife". Cosmopolitan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Jun 2017.
  13. ^ a b Superville, Darlene (17 Februari 2017). "Karen Pence, the vice president's wife, aims to raise awareness about art therapy". The Washington Times (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Dicapai pada 23 Jun 2017.
  14. ^ Eli Rosenberg (15 Januari 2019). "The school that hired Karen Pence requires applicants to disavow gay marriage, trans identity". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 September 2019. the second lady had taught at the school for 12 years previously when Mike Pence was a member of Congress.
  15. ^ Klein, Betsy (7 Februari 2017). "Second Lady Karen Pence hires chief of staff". Politics (dalam bahasa Inggeris). CNN. Dicapai pada 23 Jun 2017.
  16. ^ Klein, Betsy (14 April 2017). "Karen Pence highlights art therapy with Asia-Pacific trip". Politics (dalam bahasa Inggeris). CNN. Dicapai pada 23 Jun 2017.
  17. ^ Rohrer, Gray (18 Oktober 2017). "2nd Lady Karen Pence unveils art therapy initiative at FSU". Orlando Sentinel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Oktober 2017.
  18. ^ "Texas Marriages, 1966-2010". familysearch.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Mei 2017.
  19. ^ "Indiana, Marriage Certificates, 1958–2005: Michael Richard Pence". ancestry.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Disember 2016.
  20. ^ Boorstein, Michelle (18 Julai 2016). "What it means that Mike Pence called himself an 'evangelical Catholic'". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Disember 2016.
  21. ^ a b Chokshi, Niraj (20 Januari 2017). "Who Is Karen Pence? A Brief Introduction to the Second Lady". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Jun 2017.
  22. ^ "Pence-Whitaker [marriage announcement]". newspapers.com. The Columbus Herald (dalam bahasa Inggeris). 21 Jun 1985. Dicapai pada 13 Disember 2016.
  23. ^ Glum, Julia (14 Julai 2016). "Who Is Karen Pence? Meet Mike Pence's Wife, Potential US Second Lady From Indiana". International Business Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Julai 2016.

Pautan luar

  • Penampilan Karen Pence di C-SPAN (dalam bahasa Inggeris)
Gelaran Kehormat
Didahului oleh
Cheri Daniels
Wanita Pertama Indiana
2013–2017
Diikuti oleh:
Janet Holcomb
Didahului oleh
Jill Biden
Wanita Kedua Amerika Syarikat
2017–2021
Diikuti oleh:
Doug Emhoff
  • l
  • b
  • s
  1. Abigail Adams (1789–1797)
  2. Ann Gerry (1813–1814)
  3. Hannah Tompkins (1817–1825)
  4. Floride Calhoun (1825–1832)
  5. Letitia Tyler (1841)
  6. Sophia Dallas (1845–1849)
  7. Abigail Fillmore (1849–1850)
  8. Mary Cyrene Burch Breckinridge (1857–1861)
  9. Ellen Vesta Emery Hamlin (1861–1865)
  10. Eliza Johnson (1865)
  11. Ellen Maria Colfax (1869–1873)
  12. Eliza Hendricks (1885)
  13. Anna Morton (1889–1893)
  14. Letitia Stevenson (1893–1897)
  15. Jennie Tuttle Hobart (1897–1899)
  16. Edith Roosevelt (1901)
  17. Cornelia Cole Fairbanks (1905–1909)
  18. Carrie Babcock Sherman (1909–1912)
  19. Lois Irene Marshall (1913–1921)
  20. Grace Coolidge (1921–1923)
  21. Caro Dawes (1925–1929)
  22. Mariette Rheiner Garner (1933–1941)
  23. Ilo Wallace (1941–1945)
  24. Bess Truman (1945)
  25. Jane Hadley Barkley (1949–1953)
  26. Pat Nixon (1953–1961)
  27. Lady Bird Johnson (1961–1963)
  28. Muriel Humphrey (1965–1969)
  29. Judy Agnew (1969–1973)
  30. Betty Ford (1973–1974)
  31. Happy Rockefeller (1974–1977)
  32. Joan Mondale (1977–1981)
  33. Barbara Bush (1981–1989)
  34. Marilyn Quayle (1989–1993)
  35. Tipper Gore (1993–2001)
  36. Lynne Cheney (2001–2009)
  37. Jill Biden (2009–2017)
  38. Karen Pence (2017–2021)
  39. Doug Emhoff (2021–kini)
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Amerika Syarikat