Karom

Karom semasa dimainkan
Papan karom

Karom adalah sejenis permainan yang berasal dari Asia Selatan menggunakan papan segi empat yang mempunyai lubang di setiap penjurunya, dan setiap pemain (biasanya ter­diri daripada dua hingga empat orang) secara bergilir-gilir menjentik gundu untuk menolak kepingan bulat leper masuk ke dalam lubang. Permainan ini sangat poplar di Afghanistan, Nepal, India, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, dan kawasan sekitarnya.

Asal usul

Permainan karom berasal dari India.[1] Satu papan karrom dengan permukaannya terbuat dari kaca masih ada di salah satu istana di Patiala, India.[2] Ia menjadi sangat terkenal di kalangan orang ramai selepas Perang Dunia Pertama. Pertandingan peringkat negeri diadakan di negeri-negeri yang berlainan di India pada awal abad kedua puluh. Kejohanan karom yang serius mungkin telah dimulakan di Sri Lanka pada tahun 1935 tetapi menjelang tahun 1958, kedua-dua India dan Sri Lanka telah membentuk persekutuan rasmi kelab karom, menaja kejohanan dan memberikan hadiah.[3]

Peralatan

Permainan ini biasanya dimainkan di papan yang diperbuat daripada papan lapis. Dimensi permainan piawai adalah permukaan permainan persegi 29 inci (74 cm) di atas papan lapis lakuer. Tepi permukaan permainan dibatasi oleh bumper kayu, dan bahagian bawah setiap poket ditutup dengan jaring yang berukuran 10cm2 atau lebih besar.[4]

Galeri

  • Karom dimainkan menggunakan cakera kecil dari kayu atau plastik yang dikenali sebagai carrom men.
    Karom dimainkan menggunakan cakera kecil dari kayu atau plastik yang dikenali sebagai carrom men.
  • Papan karom.
    Papan karom.
  • Bermain karom.
  • Kanak-kanak bermain karom pada masa lapang.
    Kanak-kanak bermain karom pada masa lapang.

Rujukan

  1. ^ History of Physical Education, p.209, SR Tiwari, APH Publishing
  2. ^ "All India Carrom Federation". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Februari 2015. Dicapai pada 2 Februari 2015.
  3. ^ "Carrom.org". Dicapai pada 2 Februari 2015.
  4. ^ "Nets". International Carrom Federation. Dicapai pada 2012-07-18.

Pautan luar

  • Persekutuan Karom Antarabangsa
  • Carrom Ukraine — Persekutuan Karom Antarabangsa Ukraine
  • Carrom Korea — Persekutuan Karom Korea
  • Carrom UK — Kelab Karom UK
  • Kedai Karom USA Diarkibkan 2019-10-15 di Wayback Machine
  • / Kedai Karom UK Diarkibkan 2020-08-09 di Wayback Machine
  • museum/ Muzium papan karom vintaj[pautan mati kekal]