Kata ganti diri

Nahu
bahasa Melayu
Morfologi
  • Golongan kata
  • Bentuk kata
  • Pembentukan kata
Golongan kata
  • Kata nama
  • Kata kerja
  • Kata adjektif
  • Kata tugas
Sintaksis
  • Ayat dasar
  • Frasa
  • Penerbitan ayat
Jenis frasa
  • Nama
  • Kerja
  • Adjektif
  • Sendi nama
Susunan ayat
  • Biasa
  • Songsang
Jenis ayat
  • Penyata
  • Tanya
  • Perintah
  • Seruan
Bentuk ayat
  • Tunggal
  • Majmuk
Penerbitan ayat
  • Pengguguran
  • Penyusunan semula
  • Peluasan
Lain-lain
  • Penjodoh bilangan
  • Hukum D-M
  • l
  • b
  • s

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.

Kata ganti diri pertama

Tunggal

  • aku—digunakan apabila bercakap dengan sahabat handai atau dengan Tuhan.
  • saya—digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
  • hamba—digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu, sebagai kata ganti diri memaksudkan diri sendiri iaitu hamba adalah bermaksud aku.
  • patik—digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
  • beta—digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

Jamak

  • kami—digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
  • kita—digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

Kata ganti diri kedua

  • anda—digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
  • awak—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
  • engkau—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.
  • tuanku—digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
  • kalian—digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
  • kamu—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti diri ketiga

Tunggal

  • Baginda—digunakan untuk raja, sultan, atau nabi.
  • beliau—digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin.
  • dia dan ia—digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

Jamak

  • mereka—digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

Rujukan

  • Kata Ganti Nama