Kati

Kati (Jawi: کاتيcode: ms is deprecated ; Bahasa Cina: code: zh is deprecated ; pinyin: jīn, bahasa Jepun: きんcode: ja is deprecated kin, Hangul Korea: code: ko is deprecated geun) adalah suatu unit timbangan berat jisim digunakan di rantau-rantau Asia Timur dan Tenggara yang lebih kurang bersamaan dengan ​1 13 paun avoirdupois.

Pengiraan

Turutan pecahan timbangan berat yang menghasilkan 1 kati adalah seperti berikut:

  • 1 kati = 16 tahil[1] = 12 bungkal[1][2]
  • 100 kati = 1 pikul[3] = 1600 tahil
  • 1200 kati (100 × 12 pikul) = 1 koyan[3][nota 1]

Penetapan moden

Timbangan moden satu kati pada zaman kini diselaraskan beberapa negara mengikut ketetapan sendiri seperti berikut:

  • Hong Kong: 604.78982 gram[4]
  • Malaysia: 604.79 gram[5]
  • Singapura: 604.8 gram.[6]
  • Taiwan, Jepun, Korea dan Thailand: terbundar kepada 600 gram[7][8]

Republik Rakyat China membezakan antara "kati pasar" (Cina Ringkas: 市斤code: zh is deprecated ; pinyin: shìjīn) yang membundar kepada 500 gram dan dibahagikan kepada 10 tahil dengan "kati umum" iaitu ungkapan menterjemahkan "kilogram" (Cina Ringkas: 公斤code: zh is deprecated ; pinyin: gōngjīn).[9]

Nota

  1. ^ Ada juga pengiraan di mana 1 koyan bersamaan 40 pikul atau 4000 kati.[2]

Rujukan

  1. ^ a b Wan Norasikin Wan Ismail (April 2020). "Kosa kata metrologi Melayu". Dewan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 16–19.
  2. ^ a b Pamphlet of information for travellers. Federated Malay States Railways. 1921. m/s. 5 – melalui Cornell University Library.
  3. ^ a b Shaharir bin Mohamad Zain (2012). Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu. Pulau Pinang, Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia. m/s. 12. ISBN 978-983-861-572-3.
  4. ^ "Weights and Measures Ordinance". Laws of Hong Kong.
  5. ^ "Akta Timbang dan Sukat 1972 (Pindaan 2007)". Akta-Akta. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2014.
  6. ^ "Weights and Measures Act (CHAPTER 349) Third Schedule". Singapore Statutes Online. Pemerintah Singapura. Dicapai pada 2 Julai 2021.
  7. ^ Weights and Measures in Use in Taiwan Diarkibkan 2010-12-29 di Wayback Machine from the Republic of China Yearbook – Taiwan 2001.
  8. ^ "Regulation on Approval and Notification of Herbal (crude) Medicinal Preparations, Etc". Ministry of Food and Drug Safety.
  9. ^ Lim, Lisa (18 Januari 2018). "How catty and tael entered the English language, along with picul, mace and candareen – Asian weight measurements". Post Magazine. South China Morning Post.