-
Cina: | 丹戎巴葛集选区code: zh is deprecated /Dānróng Bāgé Jí Xuǎnqū |
---|
Inggeris: | Tanjong Pagar Group Representation Constituencycode: en is deprecated |
---|
Tamil: | தஞ்சோங் பகார் குழுப் பிரதிநிதித்துவத் தொகுதிcode: ta is deprecated /Tañcōṅ Pakār Kuḻup Piratinitittuvat Tokuti |
---|
|
---|
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan bagi Parlimen Singapura |
|
Wilayah | Tengah Singapura |
---|
Pengundi | 134,642 |
---|
Kawasan undi semasa |
---|
Dibentuk | 1991; 33 tahun yang lalu (1991) |
---|
Bilangan wakil | 5 |
---|
Parti | Parti Tindakan Rakyat |
---|
Wakil | |
---|
Majlis Bandaran | Tanjong Pagar |
---|
Ditubuhkan dari | - SMC Tanjong Pagar
- GRC Tiong Bahru
- SMC Telok Blangah
|
---|
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Tanjong Pagar ialah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) yang terletak di tengah-tengah Singapura. Kawasan ini dikuasai okeh lima Anggota Parlimen (AP) yang merangkumi sejumlah Bahagian di Buona Vista, Queenstown, Moulmein-Cairnhill, Tanjong Pagar-Tiong Bahru, serta Henderson-Dawson. Selain itu, kawasan Tanglin, Jalan Orchard, Bukit Merah, dan Pek Kio juga masuk ke dalam kawasan ini.
GRC Tanjong Pagar saat ini dikuasai oleh Indranee Thurai Rajah dan Chan Chun Sing. Kawasan undi ini terkenal kerana Encik Perdana Menteri Lee Kuan Yew bertanding di kawasan ini dari PRU 1955 sehingga PRU 2011.
Sejarah
Kawasan undi ini dibentuk di tahun 1991, semasa sebahagian bahagian di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Tiong Bahru terukir keluar, Kawasan Undi Perseorangan Telok Blangah, dan Kawasan Undi Perseorangan Tanjong Pagar digabung menjadi satu GRC. Kawasan ini selalu menjadi kawasan yang tak tertanding. Kawasan ini hampir sahaja dipertandingkan oleh Barisan Sosialis di tahun 2011 namun gagal kerana sudah melewati 35 saat dari batas masa pendaftaran.[1] Kawasan ini, untuk pertama kalinya, dipertandingkan pada pilihan raya umum Singapura 2015 oleh Tan Jee Say dan Ang Yong Guan dari Parti Warga Singapura Diutamakan.
Beberapa bekas menteri pernah unjuk gigi di kawasan undi ini sebelum pindah ke kawasan undi yang lain. Beberapa yang dimaksud meliputi:
- Lim Hng Kiang, yang bertanding di Bahagian Telok Blangah tahun 1991, sebelum bahagian ini digabung ke Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Pantai Barat tahun 1997. Sebelum meletak jawatannya di tahun 2018, ia merupakan Menteri Perdagangan dan Perusahaan. Pada pilihan raya 2020, ia tidak bertanding.
- Lim Swee Say yang memulai pertandingannya di tahun 1997 sebagai AP untuk Bahagian Buona Vista. Buona Vista digambar semula ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Holland-Bukit Panjang di tahun 2001 lalu ke Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Holland-Bukit Timah tahun 2006 sebelum dipindah ke Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Pantai Timur di tahun 2011. Sebelum letakkan jawatan dari Kabinet di tahun 2018, ia pernah menjadi Menteri Tenaga Manusia. Ia bersara dan tidak bertanding pada pilihan raya 2020.
- Khaw Boon Wan yang mengurusi Bahagian Moulmein semenjak tahun 2001 sehingga tahun 2006 apabila ia pindah ke Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Sembawang. Ia pernah menjadi pengerusi parti dan Menteri Pengangkutan. Ia tak lagi bertanding sejak 2020.
- Lui Tuck Yew yang juga memulai kerjaya politiknya dengan menggantikan Khaw Boon Wan di Wad Moulmein menjelang pilihan raya umum Singapura 2006. Sesudahnya, ia ditunjuk menjadi Menteri Perhubungan, Penerangan, dan Kesenian. Bahagiannya kemudian diukir keluar dan dimasukkan ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Moulmein-Kallang sebelum pilihan raya umum Singapura 2011. Sesudahnya, ia ditunjuk menjadi Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Kedua. Setelah ia berhenti, sebahagian besar kawasannya dibalikkan ke Tanjong Pagar dan sisanya dipecah ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Bishan-Toa Payoh, Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Holland-Bukit Timah, dan Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Jalan Besar.
Apabila Lee Kuan Yew masih menjabat sebagai Menteri Senior, Koo Tsai Kee menggantikan kehadiran Lee setiap Sesi Temu Penduduk (MPS) berlangsung. Setelah pilihan raya 2011, Lee berhenti dari kabinet namun tetap menjadi AP untuk bahagian Tanjong Pagar-Tiong Bahru sehingga kematiannya pada 2015; Indranee Thurai Rajah, kemudian menggantikan Koo Tsai Kee. Bahagian Tanglin-Cairnhill dibagi menjadi Bahagian Henderson-Dawson dan Bahagian Moulmein-Cairnhill. Ianya dikuasai Joan Pereira dan Melvin Yong Yik Chye.
Para Anggota Parlimen
Pilihan raya | Bahagian | Penyandang | Parti |
1988 | - Henderson (GRC Tiong Bahru)
- Radin Mas (GRC Tiong Bahru)
- Tiong Bahru (GRC Tiong Bahru)
- Tanjong Pagar (SMC Tanjong Pagar)
- Telok Blangah (SMC Telok Blangah)
| - Sushilan Vasoo
- Chng Hee Kok
- Ch'ng Jit Koon
- Lee Kuan Yew
- Koh Lam Son
| | PAP |
Pembentukan |
1991 | - Radin Mas
- Tiong Bahru
- Tanjong Pagar
- Telok Blangah
| | | PAP |
1997 | - Buona Vista
- Leng Kee
- Queenstown
- Radin Mas
- Tiong Bahru
- Tanjong Pagar
| - Lim Swee Say
- Ow Chin Hock
- Chay Wai Chuen
- Sushilan Vasoo
- Koo Tsai Kee
- Lee Kuan Yew
| | PAP |
2001 | - Moulmein
- Queenstown
- Radin Mas
- Tanglin - Cairnhill
- Tiong Bahru
- Tanjong Pagar
| | | PAP |
2006 | | | PAP |
2011 | - Buona Vista
- Kreta Ayer - Kim Seng
- Queenstown
- Tanglin - Cairnhill
- Tanjong Pagar - Tiong Bahru
| | | PAP |
2015 | - Buona Vista
- Henderson - Dawson
- Moulmein - Cairnhill
- Queenstown
- Tanjong Pagar - Tiong Bahru
| | | PAP |
2020 | | | PAP |
↑ Lee Kuan Yew meninggal pada 23 Mac 2015 kerana
pneumonia. Polisi
authoriti Singapura menyebutkan bahawa pilihan raya kecil untuk satu GRC mempertandingkan setidaknya lima calon. Tiada PRK yang digelar setelah kematian Encik Lee Kuan Yew. Indranee Thurai Rajah bertugas mengisi Bahagian Tanjong Pagar–Tiong Bahru sehingga
September 2015.
Calon-calon dan Keputusan
Pilihan raya pada 2020-an
PRU 2020: GRC Tanjong Pagar[2][3][4] Parti | Calon | Undian | % | ±% |
| Parti Tindakan Rakyat | | 78,330 | 63.10% | ▼ 14.61 |
| Parti Kemajuan Singapura | - Wendy Low Wei Ling
- Harish Pillay
- Michael Chua Teck Long
- Abas bin Kasmani
- Terence Soon Jun Wei
| 45,807 | 36.90% | N/A |
Majoriti | 32,523 | 26.20% | ▼ 29.22 |
Jumlah undian sah | 124,137 | 98.47% | ▲ 0.50 |
Undian rosak | 1,930 | 1.53% | ▼ 0.50 |
Peratusan mengundi | 126,067 | 93.73% | ▲ 2.69 |
Pengundi terdaftar | 134,494 | | |
| PAP kekal | Peralihan | ▼ 14.61 | |
Pilihan raya pada 2010-an
PRU 2015: GRC Tanjong Pagar[5][6] Parti | Calon | Undian | % | ±% |
| Parti Tindakan Rakyat | | 90,635 | 77.71% | N/A |
| Warga Singapura Diutamakan | - Tan Jee Say
- Ang Yong Guan
- Chirag Praful Desai
- Melvyn Chiu Weng Hoe
- Mohamad Fahmi bin Ahmad Rais
| 25,998 | 22.29% | N/A |
Majoriti | 64,637 | 55.42% | N/A |
Jumlah undian sah | 116,633 | 97.97% | N/A |
Undian rosak | 2,413 | 2.03% | N/A |
Peratusan mengundi | 119,046 | 91.05% | N/A |
Pengundi terdaftar | 130,752 | | |
| PAP kekal | Peralihan | N/A | |
Pilihan raya pada 2000-an
Pilihan raya pada 1990-an
Rujukan
- ^ Chua, Lee Hoong (28 April 2011). "Singapore heads to history-making polls on May 7". The Straits Times. Dicapai pada 9 May 2011.
- ^ (Inggeris) [1]
- ^ (Inggeris) [2]
- ^ (Inggeris) [3]
- ^ (Inggeris) [4]
- ^ (Inggeris) [5]
- ^ (Inggeris) [6]
- ^ (Inggeris) [7]
- ^ (Inggeris) [8]
- ^ (Inggeris) [9]
- ^ (Inggeris) [10]
- ^ (Inggeris) [11]
- ^ (Inggeris) [12]
- ^ (Inggeris) [13]
- ^ (Inggeris) [14]
- ^ (Inggeris) [15]
|
---|
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) | |
---|
Kawasan Undi Perseorangan (SMC) | |
---|
Kawasan undi yang sudah dimansuh |
---|
ditanding untuk PRU 1948 sahaja | |
---|
ditanding hingga PRU 1951 | |
---|
ditanding hingga PRU 1955 | - Punggol-Tampines
- Seletar
- Ulu Bedok
|
---|
ditanding hingga PRU 1963 | |
---|
ditanding hingga PRU 1972 | - Bras Basah
- Crawford
- Garis Sepoy
- Hong Lim
- Kampong Kapor
- Stamford
|
---|
ditanding hingga PRU 1976 | - Geylang Timur
- Taman Farrer
- Serangoon Atas
|
---|
ditanding hingga PRU 1980 | - Bukit Ho Swee
- Havelock
- Katong
- Pasir Panjang
|
---|
ditanding hingga PRU 1984 | - Alexandra
- Aljunied
- Anson
- Bedok
- Bo Wen
- Boon Teck
- Brickworks
- Changkat
- Cheng San
- Chong Boon
- Clementi
- Delta
- Eunos
- Geylang
- Henderson
- Hong Kah
- Jln
- Kaki Bukit
- Lembah Sungai
- Kg
- Khe Bong
- Kolam Ayer
- Kuo Chuan
- Marine Parade
- Nee Soon
- Pantai Barat
- Queenstown
- Sembawang
- Rochore
- Tampines
- Tanah Merah
- Telok Ayer
- Tiong Bahru
- Toa Payoh
|
---|
ditanding hingga PRU 1988 | GRC | - Pasir Panjang
- Tiong Bahru
|
---|
SMC | - Ang Mo Kio
- Cairnhill
- Kallang
- Kebun Serangoon
- Kim Keat
- Kim Seng
- Moulmein
- Punggol
- Siglap
- Tanjong Pagar
- Teck Ghee
- Tlk Blangah
- Thomson
|
---|
|
---|
ditanding hingga PRU 1991 | GRC | - Bedok
- Brickworks
- Eunos
- Kg Glam
- Thomson
- Toa Payoh
|
---|
SMC | |
---|
|
---|
ditanding hingga PRU 1997 | GRC | - Bt Timah
- Cheng San
- Kreta Ayer-Tanglin
- Pasir Ris
|
---|
SMC | |
---|
|
---|
ditanding hingga PRU 2001 | |
---|
ditanding hingga PRU 2006 | |
---|
ditanding hingga PRU 2011 | |
---|
ditanding hingga PRU 2015 | |
---|
|
Nombor di dalam tanda kurung menunjukkan bilangan wakil yang ditetapkan. |