Keadaan jirim

Keadaan jirim merupakan bentuk tersendiri dalam fasa jirim berlainan berlaku. Pepejal, cecair, gas dan plasma merupakan keadaan paling biasa jirim di Bumi. Selain itu, terdapat beberapa jenis keadaan jirim perantaraan yang wujud, serta keadaan-keadaan yang hanya wujud dalam persekitaran melampau.

Keadaan jirim lazim

Keadaan jirim lazim terbahagi kepada empat, iaitu pepejal, cecair, gas dan plasma.

Pepejal

Dalam keadaan pepejal, daya intermolekul menyebabkan zarah-zarah berada dalam kedudukan yang rapat dan tetap; zarah-zarah hanya boleh bergetar pada kedudukan masing-masing. Dalam pepejal berhablur, zarah-zarah tersusun dalam suatu susunan yang bercorak berulang-ulang. Struktur hablur pepejal adalah pelbagai, dan satu jenis pepejal boleh memiliki pelbagai jenis struktur hablur.

Cecair

Cecair ialah sejenis bendalir yang menuruti bekas yang menampung cecair, tetapi masih memiliki isi padu yang hampir malar tanpa mengira tekanan. Dalam cairan, daya-daya antara molekul menyebabkan zarah-zarah tetap berada berdekatan, namun tidak ada hubungan ruang yang tetap.

Gas

Gas ialah sejenis bendalir yang boleh dimampatkan. Gas boleh menuruti bekas yang menampung jirim dan mengembang mengikut saiz bekas. Dalam keadaan gas, zarah-zarah lebih terpisah dan daya tarikan antara molekul relatif tidak memengaruhi pergerakan zarah.

Plasma

Plasma ialah sejenis gas yang sangat terion yang wujud pada suhu tinggi. Daya antara molekul yang terhasil oleh daya tarikan dan tolakan ion-ion memberikan keadaan ini sifat-sifat yang berbeza sehingga plasma dideskripsikan sebagai wujud zat keempat. Kebanyakan jirim barion di dalam alam semesta berada dalam wujud plasma panas, baik sebagai medium antara najam mahupun sebagai bintang.

Rujukan

Bibliografi

  • D.L. Goodstein (1985). States of Matter. Dover Phoenix. ISBN 978-0486495064.
  • A.P. Sutton (1993). Electronic Structure of Materials. Oxford Science Publications. m/s. 10–12. ISBN 978-0198517542.

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Keadaan jirim di Wikimedia Commons
  • l
  • b
  • s
Keadaan jirim
Keadaan
Pepejal • Cecair • Gas / Wap air • Plasma
Perubahan keadaan jirim
Tenaga rendah
Peluwap Bose–Einstein • Peluwap fermion • Jirim rosot • Kuantum Hall • Jirim Rydberg • Jirim ganjil • Bendalir lampau • Pepejal lampau
Tenaga tinggi
Jirim QCD • Plasma kuark–gluon • Bendalir lampau genting
Keadaan lain
KoloidKacaHablur cecair • Peringkat magnetik (Antiferomagnet • Ferimagnet • Feromagnet) • Cecair string-net • Kaca lampau
Peralihan
PendidihanTakat didihPemeluwapan • Garis genting • Takat genting • Penghabluran • Recombination • Pemendapan • Penyejatan • Penyejatan separa • Pembekuan • Pengionan • Takat Lambda • PeleburanTakat lebur • Pembekuan semula • Bendalir tepu • Pemejalwapan • Pembekuan lampau • Takat ganda tiga • Pengewapan
Kuantiti
Konsep
Senarai
Ikon tunas

Rencana tentang sains ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s