Kebudayaan Iran

Fail:Mehmooni2.jpg
Lukisan wanita-wanita Parsi di Istana Hasht-Behesht di Isfahan, Iran, bertarikh 1669.

Kesenian Iran telah melalui beberapa perubahan dan evolusi. Keunikannya bermula sejak dari zaman Achaemenid dimana Persepolis dibina. Kedatangan Islam membawa perubahan yang besar dalam kesenian Iran. Setiap dinasti Iran Islam mempunyai keseniannya yang tersendiri. Wangsa Qajarid merupakan kerajaan Iran terakhir yang mempergayakan kesenian klasik iran sebelum kemasukan kesenian moden yang dibawa dari barat.

Sastera

Bahasa Parsi merupakan antara bahasa yang tertua dan masih lagi digunakan di dunia ini. Ia tergolong dalam kumpulan Bahasa Iran. Oleh itu, tidak hairanlah bahasa ini banyak menyumbang kepada kesasteraan dunia. Antara sasterawan-sasterawan Parsi yang terkenal ialah Jalal al-Din Muhammad Rumi, Muslihuddin Mushrif ibn Abdullah dan Omar Khayyam. Sastera-sastera Parsi dan sastera-sastera Islam banyak menginspirasikan sasterawan barat seperti Goethe dan Ralph Waldo Emerson.

Muzik

Muzik Parsi atau Mousiqi Irani adalah muzik tradisional Parsi atau Iran dan juga negara-negara serumpun dengannya: musiqi, sains dan seni muzik, dan moosiqi, bunyi dan persembahan muzik (Sakata 1983).

Seni Bina

Seni bina Parsi mempunyai sejarah yang lama, bermula dari tahun 5000 SM sehingga ke hari ini. Pengaruh seni binya dapat dijumpakan di dari Syria hingga ke India Utara. Seni bina Iran ini mempergayakan banyak kepelbagaian, baik dari segi struktur hingga ke ukiran. Disebalik pencerobohan dan kejutan budaya, "kesenian Parsi masih lagi unik jika dibandingkan dengan negara-negara Islam lain"[1]

Tarian Iran

Tarian Parsi merujuk kepada tarian yang berasal daripada Iran dan negara-negara yang serumpun. Pergerakan tarian lebih tertumpu kepada gerakan atas badan dengan gerakan tangan, alunan tubuh dan ekspresi muka. Walaupun tarian Parsi selalu dibandingkan dengan tarian Arab, tetapi tarian Parsi mempunyai kelainannya yang tersendiri.

Rujukan

  1. ^ Arthur Upham Pope. Persian Architecture. George Braziller, New York, 1965. m/s:266
  • p
  • b
  • s
Mengenali Iran
Sejarah Empayar Parsi • Arya • Empayar Sasan • Sejarah Awal Islam di Parsi Wangsa Safawiyah Revolusi Iran
Politik dan Kerajaan Pemimpin AgungPresidenHubungan luar negeri Iran
Geografi Iklim • Flora dan Fauna
Ekonomi Perindustrian • Perkhidmatan Perlombongan Pertanian Bursa Saham Teheran Rial Iran
Demografi Bahasa Agama Etnik
Kebudayaan Kesenian Sastera Tarian • Seni Bina
Komunikasi dan Pengangkutan Pengangkutan Darat • Pengangkutan Laut • Pengangkutan Udara • Telekomunikasi
Ketenteraan Tentera Darat • Tentera Laut • Tentera Udara • Tentera Revolusi • Pasukan Basij