Kee Yong Wee

YBhg Dato' Seri

Kee Yong Wee

DGPN (Pulau Pinang); DSNS (Negeri Sembilan)
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dalam jawatan
2 Disember 1985 – 1 Disember 1988
Dalam jawatan
19 Julai 1982 – 18 Julai 1985
Timbalan Menteri
Perdagangan dan Industri II Malaysia
Dalam jawatan
7 Januari 1986 – 22 Julai 1986
Berkhidmat dengan
Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri I
Didahului olehOo Gin Sun
Digantikan olehKok Wee Kiat
Butiran peribadi
Lahir (1936-11-12) 12 November 1936 (umur 87)
Parti politik MCA
PasanganDatin Seri Kee Ming Yuet
Anak-anakKee Eii Leen
Kee Shih Lene

Dato' Seri Kee Yong Wee (lahir 12 November 1936) adalah bekas Senator di Dewan Negara untuk 2 penggal dari 1982 hingga 1988 lalu. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri II disamping Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri I untuk tempoh yang tidak lama, iaitu lebih kurang 7 bulan sahaja.[1]

Selepas bersara daripada politik, beliau aktif dalam persatuan sukan. Beliau pernah dilantik sebagai Presiden Persekutuan Wushu Malaysia.

Keluarga

Beliau telah berkahwin dengan Datin Seri Kee Ming Yuet[2] dan mendapat dua orang anak, iaitu Kee E-Lene dan Kee Shih-Lene.

Politik

Pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda Persatuan Cina Malaysia (MCA) ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri II.

Sukan

Beliau pernah dilantik sebagai Bendahari Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (1997-2011) dan sebagai Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (1996-2012). Nama beliau telah dimasukkan ke dalam Dewan Kemasyhuran Majlis Olimpik Malaysia pada 2011 lalu.[3] Pada Sukan Komanwel 2006, beliau dilantik sebagai Chief de Mission untuk pasukan Malaysia.

Di peringkat Asia pula, beliau pernah dilantik sebagai Naib Presiden Persekutuan Tarian Naga dan Singa Asia (2006) dan Naib Presiden Persekutuan Wushu Asia pada 2010. Sejak 2004 pula, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia.

Korporat

Beliau adalah Pengerusi Eksekutif KYW Holdings Group of Companies dan Kee Group.

Rujukan

  1. ^ Senarai Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri
  2. ^ Maiden project by Kee sisters
  3. ^ OCM Hall of Fame inductees
  • l
  • b
  • s
  1. Cheah Theam Swee (1960-1962)
  2. Abdul Khalid Awang Osman (1962-1964)
  3. Abdul Taib Mahmud (1964-1970)
  4. Musa Hitam (1974-1978)
  5. Mohamed Rahmat (1976-1978)
  6. Abdul Manan Othman (1978)
  7. Lew Sip Hon (1978-1983)
  8. Shahrir Abdul Samad (1981-1983)
  9. Oo Gin Sun (1983-1986)
  10. Muhyiddin Yassin (1983-1986)
  11. Kee Yong Wee (1986)
  12. Kok Wee Kiat (1986-1990)
  13. Chua Jui Meng (1990-1995)
  14. Kerk Choo Ting (1995-2004)
  15. Mah Siew Keong (2004-2006)
  16. Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (2004-2008)
  17. Ng Lip Yong (2006-2008)
  18. Liew Vui Keong (2008-2009)
  19. Jacob Dungau Sagan (2008-2009)
  20. Mukhriz Mahathir (2009-2013)
  21. Hamim Samuri (2009-2013)
  22. Lee Chee Leong (2013-2015)
  23. Ahmad Maslan (2015-2018)
  24. Chua Tee Yong (2015-2018)
  25. Ong Kian Ming (2018-2020)
  26. Lim Ban Hong (2020-2022)
  27. Liew Chin Tong (2022-kini)