Kelawar

Kelawar
frames
Pengelasan saintifik


Kelawar (Jawi: کلاورcode: ms is deprecated ) adalah daripada susunan Chiroptera. Kelawar terbahagi kepada dua iaitu Keluang (Megabats) dalam sub-susunan Megachiroptera, dan kelawar (bahasa Inggeris microbat) dalam sub-susunan Microchiroptera. Fosil kelawar terawal dikelaskan sebagai Icaronycteris.

Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu bergerak melalui udara, tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang. Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia. Secara kasar kelawar dibahagikan kepada dua sub-susunan (suborder) iaitu 175 spesies keluang (kelawar besar-megabats) yang membentuk suborder Megachiroptera, dan kelawar (kelawar kecil-microbats). Kedua dua suborder kelawar membentuk keluarga kelawar yang terdiri daripada 1 keluarga keluang yang terdiri daripada 42 genus dengan 150 spesies, dan 16 keluarga kelawar. Kelawar-kelawar ini mempunyai makanan khusus yang terdiri daripada buah-buahan, serangga, dan darah. Kebanyakan kelawar didapati di kawasan basah tropika, tetapi kelawar juga terdapat di kebanyakan bahagian dunia kecuali dikawasan kutub, pulau yang terpencil, dan di pergunungan yang tinggi.

Kelawar di Malaysia

Nama tempatan tidak diketahui.

  • Arielulus circumdatus
  • Cynopterus sphinx
  • Emballonura alecto
  • Eonycteris major
  • Harpiocephalus harpia
  • Harpiocephalus mordax
  • Hipposidaros ater
  • Hipposidaros coxi
  • Hipposidaros dyacorum
  • Hipposideros lekaguli
  • Hipposideros pomona
  • Kerivoula whiteheadi
  • Miniopterus australis
  • Miniopterus magnater
  • Miniopterus pusillus
  • Myotis hermani
  • Myotis macrotarsus
  • Myotis mystacinus
  • Nytalus stenopterus
  • Pipistrellus ceylonicus
  • Pipistrellus cuprosus
  • Pipistrellus kitcheneri
  • Pipistrellus petersi
  • Pipistrellus vondermanni
  • Rhinolophus arcuatus
  • Rhinolophus borneensis
  • Rhinolophus convexus
  • Rhinolophus creaghi
  • Rhinolophus marshalli
  • Rhinolophus philippinensis
  • Rousettus spinalatus
  • Saccolaimus saccolaimus

Pautan luar

  • https://web.archive.org/web/20040901101721/http://www.geocities.com/datahaiwan/FaktaHaiwanKelawar.htm
  • l
  • b
  • s