Kem tahanan Auschwitz

Koordinat: 50°02′09″N 19°10′42″E / 50.03583°N 19.17833°E / 50.03583; 19.17833

Kem tahanan Auschwitz is located in Bumi
Kem tahanan Auschwitz
Kem tahanan Auschwitz (Bumi)
Mapsunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Auschwitz-Birkenau (Mengenai audio iniKonzentrationslager Auschwitz (bantuan·maklumat)) ialah kem tahanan terbesar yang dibina pihak Jerman Nazi. Tapaknya terletak di negara Poland, kira-kira 50 kilometer di barat bandar Kraków dan 286 kilometer di selatan bandar raya Warsaw. Nama kem ini bersempena pekan Oświęcim yang berhampiran. Nama Birkenau pula diterjemah dari Brzezinka, iaitu menyentuh pokok-pokok birch yang mengelilingi tapak tersebut. Berikutan serangan Jerman terhadap Poland pada September 1939, Oświęcim diilhak oleh Jerman lalu diberi nama Auschwitz dalam bahasa Jerman.

Komandan kem Rudolf Hess memberi keterangan di Perbicaraan Nuremberg, bahawa sebanyak 3 juta orang mati di Auschwitz. Muzium Negeri Auschwitz-Birkenau pula membetulkan jumlahnya kepada 1.1 juta,[1][2] 90% daripadanya berketurunan Yahudi dari merata Eropah.[3] Kebanyakan mangsa dibunuh dengan tersedut gas Zyklon B di bilik-bilik gas Auschwitz II; tidak pun mereka mati akibat dibiarkan kebuluran, buruh paksa, ketiadaan kawalan penyakit, hukuman mati secara individu, dan kononnya "eksperimen perubatan".

Pada tahun 1947, sebagai tanda mengingati mangsa-mangsa, Poland menubuhkan muzium di tapak kem tumpuan Auschwitz. Pada tahun 1994, seramai 22 juta pengunjung, iaitu 700,000 setiap tahun, telah melalui pintu besi yang beralaskan cogan kata "Arbeit macht frei" (Kerja membawa kebebasan). Ulang tahun pembebasan Auschwitz oleh tentera Soviet pada 27 Januari 1945 disambut pada Hari Peringatan Holokus di beberapa negara.

Rujukan

  1. ^ Brian Harmon, John Drobnicki, Historical sources and the Auschwitz death toll estimates Diarkibkan 2009-01-16 di Wayback Machine, The Nizkor Project
  2. ^ Piper, Franciszek & Meyer, Fritjof. "Die Zahl der Opfer von Auschwitz. Neue Erkentnisse durch neue Archivfunde", Osteuropa, 52, Jg., 5/2002, pp. 631-641, (rencana ulasan).
  3. ^ Piper, Franciszek Piper. "The Number of Victims" in Gutman, Yisrael & Berenbaum, Michael. Anatomy of the Auschwitz Death Camp, Indiana University Press, 1994; this edition 1998, p. 62.