Kementerian Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera Iran

Kementerian Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera

Bendera Kementerian Pertahanan
Intisari agensi
Dibentuk22 Ogos 1989
Bidang kuasa
Republik Islam Iran
Ibu pejabatTehran, Iran
Menteri bertanggungjawab
  • Amir Hatami
Laman sesawang
http://www.mod.ir/

Kementerian Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera (MODAFL; Parsi: وزارت دفاع و پشتیبانی نیروهای مسلحcode: fa is deprecated ) adalah kementerian pertahanan Republik Islam Iran, ditubuhkan semula pada bulan Ogos 1989.

Kementerian ini bertanggungjawab bagi perancangan, logistik dan pembiayaan Angkatan Tentera Republik Islam Iran, manakala Staf Am, sebuah institusi yang berasingan dibawah pemerintahan Pemimpin Agung Iran, menguasai angkatan tentera.[1] Kementerian itu dianggap salah satu daripada tiga badan kementerian "bebas" Iran kerana sifat kerja-kerjanya di dalam dan di luar negeri.[2]

Komponen subordinat

Industri ketenteraan Iran, dibawah kawalan Kementerian Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera, terdiri daripada komponen-komponen utama yang berikut:[3]

Organisasi Bidang perusahaan
Iran Electronics Industries (SAIRAN) Elektronik, komunikasi, peperangan elektronik, radar, satelit, dll.
Defense Industries Organization (SASAD) Kereta kebal, roket, bom, senjata, kereta perisai, dll.
Aerospace Industries Organization Sistem peluru berpandu, dll.
Aviation Industries Organization Kapal terbang, UAV, helikopter, dll.
Marine Industries Organization Kapal, hoverkraf, kapal selam, dll.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Forozan, Hesam (2015), The Military in Post-Revolutionary Iran: The Evolution and Roles of the Revolutionary Guards, Routledge, m/s. 51–53, ISBN 9781317430742
  2. ^ al Labbad, Mustafa (15 August 2013). "Rouhani's Cabinet Seeks New Balance in Iranian Policies". As Safir. Dicapai pada 16 August 2013.
  3. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-22. Dicapai pada 2015-04-08.CS1 maint: archived copy as title (link)
  • http://www.globalsecurity.org/military/world/iran/mod.htm
  • Anthony H. Cordesman, Iran's military forces in transition

Pautan luar


  • l
  • b
  • s
Angkatan Tentera Iran
Angkatan Tentera
Ketenteraan
Tentera
Pengawal Revolusi
tidak berfungsi lagi
  • Pengawal Imperial
  • Markas Peperangan Gerila
  • Pembangunan Jihad
Penguatkuasa Undang-Undang
NAJA
  • Polis Pencegahan
  • Polis Keselamatan
  • Polis Trafik
  • Polis Siber
  • Polis Anti-Narkotik
  • Polis Imigresen & Pasport
  • Polis Diplomatik
  • Polis Siasatan Jenayah
  • Pengawal Sempadan
tidak berfungsi lagi
  • Shahrbani
  • Gendarmerie
  • Jawatankuasa
Lain-lain
  • Kementerian Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera
  • Peperangan siber
  • Kategori Category

Templat:Ministries of Iran