Kepekatan

Gambaran kepekatan pelbagai cecair yang ditambah dengan nila merah.

Kepekatan dalam kimia merujuk kepada darjat banyaknya suatu bahan berdasarkan isi padu suatu campuran. Kepekatan boleh tertakluk terhadap mana-mana jenis campuran, tetapi paling lazim diguna pakai dalam penelitian larutan (pelarut dan bahan terlarut). Ada beberapa jenis kepekatan yang dinilai seperti kepekatan jisim, kepekatan molar (kemolaran) dan kepekatan isi padu.

Jenis kepekatan

Kepekatan jisim

Kepekatan jisim, ρ i {\displaystyle \rho _{i}} , ditakrifkan sebagai jisim suatu juzuk, m i {\displaystyle m_{i}} dibahagikan dengan isi padu campuran, V {\displaystyle V} :

ρ i = m i V . {\displaystyle \rho _{i}={\frac {m_{i}}{V}}.}

Unit SI bagi kepekatan jisim ialah kg/m3 (bersamaan g/L).

Kemolaran

Kemolaran (kepekatan molar), c i {\displaystyle c_{i}} , ditakrifkan sebagai jumlah bahan juzuk dalam mol, n i {\displaystyle n_{i}} per isi padu campuran, V {\displaystyle V} :

c i = n i V . {\displaystyle c_{i}={\frac {n_{i}}{V}}.}

Unit SI bagi kemolaran ialah mol/m3. Namun begitu, unit mol/L (bersamaan mol/dm3) lebih lazim digunakan.

  • l
  • b
  • s


Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Jerman