Kerakah

Lukisan sebuah kapal kerakah besar dikhususkan kepada Pieter Bruegel yang Tua, sekitar tahun 1558

Kerakah (disebut [kĕ.ra.kah], Jawi: کراکهcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: carrackcode: en is deprecated , bahasa-bahasa Portugis dan Sepanyol: carraca)[1][2]:maksud I ialah sejenis kapal layar bertiang tiga atau empat yang lazim dibina dan digunakan pada kurun ke-14 hingga kurun ke-15 di Eropah (terutamanya oleh Empayar Portugal). Ia merupakan evolusi daripada kapal cog yang bertiang tunggal. Kapal ini pertama kali digunakan untuk laluan perdagangan Eropah bermula di Mediterranean sehingga ke Baltik; kemudian laluan perdagangan trans-Atlantic yang menguntungkan di antara Eropah, Afrika dan kemudian Amerika.

Ia lazim digunakan oleh pelayar-pelayar Portugal untuk tujuan perdagangan antara Eropah dan Asia bermula pada akhir kurun ke-15 sebelum munculnya jenis geliung kapal ini pada kurun ke-16 menjadi kapal lebih dikehendaki untuk tujuan pengangkutan lalu kapal jenis kerakah tidak lagi digunakan pada kurun ke-17.

Kelaziman pengangkutan

Di dunia Barat

Di dunia Timur

Sejak sekitar 1515, Portugal telah menjalin hubungan perdagangan dengan Goa di India Portugis terutamanya dengan mengirim 3 sampai 4 kerakah berlayar dari Lisboa membawa perak untuk ditukarkan dengan kapas dan rempah-ratus di India. Dari kapal-kapal inilah hanya satu sahaja kap kerakah yang dibolehkan melanjutkan pelayarannya ke China (yang pada kala itu diperintah oleh Wangsa Ming) untuk membeli sutera yang juga ditukarkan dengan perak Portugis.

Sejak Makau dijadikan tempat jajahan Portugis pada 1557 dan diakui secara resmi sebagai rakan dagang oleh China, Kerajaan Portugal mulai berupaya meregulasi hubungan niaga dengan Jepun melalui lelang tahunan jabatan "Capitão" untuk pelayaran ke Jepun, yang memberikan hak-hak dagang istimewa bagi satu saja kerakah yang berlayar ke Jepun setiap tahun. Hubungan niaga dengan Jepun terus berlanjut dengan hanya sedikit jeda sampai dilarang pada 1638 atas dakwaan dari pihak Jepun bahwa kapal-kapal itu menyeludupkan paderi-paderi Kristian untuk memyebarkan ajaran mereka di sana lalu dianggap menyesatkan rakyat jelata Jepun.

Pada pertengahan abad ke-16, muncul kapal-kapal geliung perdana yang merupakan hasil pengembangan daripada pembinaam kerakah. Kapal rancangan baru ini kelak menjadikan kerakah kurang penting dari segi keutamaannya, meskipun kerakah masih tetap digunakan sampai selambat-lambatnya pada permulaan abad ke-17.

Binaan terkenal

  • Santa María, kapal di mana Christopher Columbus membuat pelayaran sulung beliau ke Amerika pada tahun 1492.
  • São Gabriel, kapal armada Vasco da Gama, pada tahun 1497 Portugal membuat ekspedisi daripada Eropah ke India dengan mengelilingi Afrika.
  • Flor do Mar atau Flor de la Mar berkhidmat selama sembilan tahun di Lautan Hindi, sebelum karam pada tahun 1512 bersama-sama dengan Afonso de Albuquerque selepas penaklukan Melaka bersama dengan harta rampasan yang banyak, menjadikan ianya sebagai salah satu lagenda harta karun yang hilang.
  • Victoria, pertama pertama dalam sejarah yang mengelilingi dunia (1519 hingga 1522), dan satu-satunya kapal yang terselamat dari ekspedisi Magellan untuk Sepanyol.
  • La Dauphine, kapal Verrazzano untuk meneroka pantai Atlantik di Amerika Utara pada tahun 1524.
  • Grande Hermine, di mana Jacques Cartier pertama kali meneroka Sungai Saint Lawrence pada tahun 1535. Kapal Eropah pertama yang berlayar di sungai ini melepasi Teluk.
  • Santo António, atau St. Anthony, harta peribadi Raja João III dari Portugal, karam di luar pantai Teluk Gunwalloe pada tahun 1527, perebutan kargo yang terselamat hampir mencetus perang antara England dan Portugal.
  • Great Michael, sebuah kapal Scotalnd, pada satu ketika merupakan kapal terbesar di Eropah.
  • Mary Rose, Henri Grâce à Dieu dan Peter Pomegranate, dibina semasa pemerintahan Henry VIII — kerakah tentera England seperti kapal-kapal ini sering kali dikenali sebagai kapal besar.
  • Grace Dieu, ditauliahkan oleh Henry V. Salah sebuah kapal terbesar di dunia pada waktu itu. Ia juga merupakan antara kapal terawal yang dipasang dengan meriam.
  • Santa Catarina do Monte Sinai, sebuah kapal yang dibina di India oleh Portugal
  • Santa Anna, sebuah kapal dengan rekabentuk moden yang ditauliahkan oleh Kesatria Hospitaller pada tahun 1522 dan kadang kala dianggap sebagai kapal berperisai pertama.
  • Jesus of Lübeck, disewa kepada sekumpulan pedagang pada tahun 1563 oleh Ratu Elizabeth. Jesus of Lübeck terlibat dengan perdagangan hamba di Atlantik di bawah John Hawkins.
  • Madre de Deus, dirampas oleh Tentera Laut Diraja di luar pantai Pulau Flores. Ia telah dibina di Lisbon pada tahun 1589, dan merupakan salah sebuah kapal terbesar di dunia. Ia telah ditawan oleh Iggeris pada tahun 1592 dengan kargo bernilai yang banyak daripada Hindia Timur dan masih dianggap sebagai harta rampasan kedua terbesar yang pernah dirampas.
  • Cinco Chagas dianggap sebagai kapal terkaya dan terbesar yang pernah berlayar ke dan daripada Hindia sebelum ia meletup dan karam semasa Action of Faial pada tahun 1594.
  • Santa Catarina, kerakah milik Portugal yang telah dirampas oleh Syarikat Hindia Timur Belanda di luar pantai Singapura pada tahun 1603.
  • Nossa Senhora da Graça, kerakah Portugal yang karam dalam satu serangan oleh Jepun berdekatan Nagasaki pada tahun 1610
  • Peter von Danzig, kapal dari Liga Hansa pada tahun 1460an-1470an.
  • La Gran Carracca, kapal milik Ordo Santo Yohanes/John semasa pemerintahan mereka di Malta.[3]

Galeri

  • nau Flor de la Mar yang terkenal (dilancarkan pada tahun 1501 atau 1502), dalam "Roteiro de Malaca" pada kurun ke-16
    nau Flor de la Mar yang terkenal (dilancarkan pada tahun 1501 atau 1502), dalam "Roteiro de Malaca" pada kurun ke-16
  • Sebuah replika kapal Nao Victoria, pada tahun 1522 merupakan kapal pertama yang mengelilingi dunia dan satu-satunya kapal Magellan yang berjaya kembali
    Sebuah replika kapal Nao Victoria, pada tahun 1522 merupakan kapal pertama yang mengelilingi dunia dan satu-satunya kapal Magellan yang berjaya kembali
  • Columbus' Ships (G.A. Closs, 1892): Santa Maria dan Pinta ditonjolkan sebagai sejenis kapal carrack; Niña (kiri), sebuah kapal caravel
    Columbus' Ships (G.A. Closs, 1892): Santa Maria dan Pinta ditonjolkan sebagai sejenis kapal carrack; Niña (kiri), sebuah kapal caravel
  • Model kapal carrack Madre de Deus, di Muzium Maritim, Lisbon. Ia dibina berdasarkan rekabentuk lain, kemudian di Portugal (1589), ia merupakan kapal terbesar di dunia pada zamannya. Ia memiliki tujuh buah dek.
    Model kapal carrack Madre de Deus, di Muzium Maritim, Lisbon. Ia dibina berdasarkan rekabentuk lain, kemudian di Portugal (1589), ia merupakan kapal terbesar di dunia pada zamannya. Ia memiliki tujuh buah dek.
  • Kapal carrack Portugal, seperti digambarkan dalam sebuah peta pada tahun 1565
    Kapal carrack Portugal, seperti digambarkan dalam sebuah peta pada tahun 1565
  • Gambaran Jepun berkenaan sebuah carrack Portugal, diwar-warkan sebagai kurofune (kapal hitam)
    Gambaran Jepun berkenaan sebuah carrack Portugal, diwar-warkan sebagai kurofune (kapal hitam)

Lihat juga

  • Kapal Zaman Pertengahan
  • Armada India Portugal

Rujukan

  1. ^ Kamus Lengkap Indonesia-Inggris. Dicapai pada 8 September 2019.
  2. ^ "kerakah". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Cassar Pullicino, Joseph (October–December 1949). "The Order of St. John in Maltese folk-memory" (PDF). Scientia. 15 (4): 174. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Bacaan lanjut

  • Kirsch, Peter (1990). The Galleon. Conway Maritime Press. ISBN 0-85177-546-2.
  • Nair, V. Sankaran (2008). Kerala Coast: A Byway in History. (Carrack: Word Lore). Trivandrum: Folio. ISBN 978-81-906028-1-5.

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Kerakah di Wikimedia Commons
  • Takrifan kamus kerakah di Wikikamus
  • The Development of the Square-Rigged Ship: from the carrack to the full-rigger
  • Computer modeling of a Portuguese carrack
  • l
  • b
  • s
Jenis-jenis kapal dan pelantar layaran
Barca-longa · Barque · Barquentine · Bermuda rig · Bermuda sloop · Bilander · Brig · Brigantine · Caravel · Catboat · Clipper · Dutch Clipper · Corvette · Cutter · Dhow · Dingi · East Indiaman · Falkuša · Felucca · Fifie · Fluyt · Fore & Aft Rig · Frigat · Full Rigged Ship · Fusta · Gaff Rig · Galeas · Galiot · Geliung · Gunter Rig · Hermaphrodite Brig · Herring Buss · Hidrofoil layar · Hoy · Jackass-barque · Jong · Kapal cog · Kapal layar · Kapal perang · Kapal pink · Kapal pram · Kapal punt · Katamaran · Kerakah · Ketch · Longship · Lugger · Mast Aft Rig · Mersey Flat · Multihull · Nao · Nordland · Norfolk Punt · Norfolk Wherry · Pausik · Peluncur angin · Pilot Cutter · Pinnace · Pocket Cruiser · Polacca · Proa · Razee · Tongkang layar · Skuner · Ship of the Line · Sixareen · Sgoth · Shitik · Sloop · Sloop-of-war · Smack · Snow · Square Rig · Tall Ship · Thames Sailing Barge · Trailer sailer  · Trimaran · Vinta · Well smack · Wherry · Windjammer · Xebec · Yawl · Yoal