Keyakinan diri

Konsep sosio-psikologi tentang keyakinan diri adalah berkaitan dengan rasa keyakinan terhadap diri sendiri daripada segi pertimbangan peribadi, keupayaan, kuasa, dan sebagainya, yang kekadang mencapai tahap berketerlaluan.[1] Bandingkanlah:

  • keyakinan, seringnya disamakan dengan "keyakinan diri" ;
  • megah diri, keyakinan diri yang berketerlaluan;
  • penghargaan diri, pendapat yang menyenangi sendiri, penerimaan diri, atau kekadangnya keangkuhan.

Kekurangan keyakinan diri dikenali sebagai "kecemiduan". Takut akan kegagalan ialah salah satu tanda kekurangan keyakinan diri.

Punca keyakinan diri

Profesor Raj Persaud menganjurkan bahawa keyakinan diri yang benar datangnya daripada memegang sikap yang berikut:

Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri. Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.[2]

Rujukan

  1. ^ The Macquarie Dictionary. Compare The Dictionary of Psychology by Raymond Joseph Corsini. Psychology Press, 1999. ISBN 158391028X. Online via Google Book Search.
  2. ^ Raj Persaud. The Motivated Mind. m/s. 295.

Pautan luar

  • "Lack of self-confidence", a Buddhist view.