Konservatisme

Sebahagian daripada siri Politik
Politik kepartian
Spektrum politik
Haluan kiri
  • Pelampau kiri
  • Kiri tengah
Haluan tengah
  • Kiri tengah
  • Pelampau tengah
  • Tengah kanan
Haluan kanan
  • Tengah kanan
  • Pelampau kanan
Platform/Ideologi
  • Anarkis
  • Demokratik
  • Demokratik Kristian
  • Demokratik sosial
  • Environmentalis
  • Fasis
  • Fundamentalis
  • Globalis
  • Hijau
  • Internasionalis
  • Komunis
  • Konservatif
  • Liberal
  • Libertarian
  • Nasionalis
  • Parti Lanun
  • Populis
  • Progresif
  • Regionalis
  • Republikan
  • Sosialis
  • Sinkretik
Jenis
Pemimpin dan pertubuhan
  • Anggota biasa parlimen
  • Anggota utama parlimen
  • Kaukus
  • Pengerusi kaukus
  • Pemimpin kumpulan
  • Calon utama
  • Ketua Pembangkang
  • Pemimpin majoriti
  • Pemimpin minoriti
  • Kelompok parlimen
  • Pemimpin parlimen
  • Pengerusi parti
  • Pemimpin parti
  • Jurucakap parti
  • Setiausaha
  • Kabinet bayangan
  • Whip
Pemilihan dalaman
  • Pemilihan pendahuluan
  • Pemilihan kepimpinan
  • Persidangan parti
  • Persidangan kepimpinan
Disiplin parti
  • Undian bebas
  • Menyebelahi lawan
  • Disiplin parti
  • Dasar parti
  • Lompat parti
Sistem kepartian
  • Tidak berparti
Gabungan antara parti
Senarai parti politik
  • Parti pemerintah mengikut negara
  • Parti politik mengikut kawasan
  • Ideologi politik
  • Parti politik yang diharamkan
  • Ikon portal Portal Politik
  • l
  • b
  • s

Konservatisme adalah falsafah politik dan sosial yang mempromosikan institusi sosial tradisional dalam konteks budaya dan tamadun. Prinsip-prinsip utama konservatisme termasuk tradisi, masyarakat organik, hierarki, pihak berkuasa, dan hak milik.[1] Konservatif berusaha untuk memelihara pelbagai institusi seperti agama, kerajaan parlimen, dan norma-norma tradisi yang lain, dengan tujuan menekankan kestabilan sosial dan kesinambungan. Unsur-unsur yang lebih tradisional serta reaksioner menentang modenisme dan mencari kembali kepada "cara hidup yang lampau".[2][3]

Penggunaan pertama istilah ini dalam konteks politik berasal pada tahun 1818 oleh François-René de Chateaubriand pada masa Pemulihan Bourbon yang berusaha untuk memadam polisi-polisi yang dibuat ketika Revolusi Perancis dengan akhbar menamakannya La Conservateur.[4] Dalam sejarah, ia dikaitkan dengan politik haluan kanan, istilah itu telah digunakan untuk menggambarkan pelbagai pandangan. Tidak ada satu set dasar yang dianggap sebagai konservatif kerana makna konservatisme bergantung pada apa yang dianggap tradisional di suatu tempat dan masa tertentu (contoh: Di Amerika Syarikat, hak milik senjata api dianggapi suatu nilai Konservatisme, manakala di Malaysia ia bukanlah suatu perkara yang penting). Oleh itu, konservatif dari pelbagai bahagian dunia yang menegakkan nilai tradisi masing-masing mungkin tidak akan bersetuju diantara satu sama lain dalam pelbagai isu, terutama libatkan negara. Edmund Burke, ahli politik abad ke-18 yang menentang Revolusi Perancis, tetapi menyokong Revolusi Amerika, dikreditkan sebagai salah satu pencipta teori utama konservatisme di Great Britain pada 1790.[5]

Menurut Quintin Hogg, pengerusi Parti Konservatif Britain pada tahun 1959: "Konservatisme tidak begitu banyak falsafah sebagai sikap, kekuatan yang tetap, melaksanakan fungsi abadi dalam pembangunan masyarakat yang bebas, dan bersamaan dengan yang mendalam dan kekal keperluan sifat manusia itu sendiri."[6] Berbeza dengan takrif konservatisme berasaskan tradisi, beberapa ahli teori politik seperti Corey Robin mendefinisikan konservatisme terutamanya dari segi pertahanan umum terhadap ketidaksamaan sosial dan ekonomi. Dari perspektif ini, konservatisme adalah kurang usaha untuk menegakkan institusi tradisional dan banyak lagi, "meditasi tentang dan pengetapan teori-pengalaman yang dirasakan mempunyai kuasa, melihatnya terancam, dan cuba memenangkannya kembali"[7][8]


Rujukan

  1. ^ Heywood 2012, m/s. 68. sfn error: no target: CITEREFHeywood2012 (help)
  2. ^ Iain McLean and Alistair McMillan, "Conservatism", Concise Oxford Dictionary of Politics, Third Edition, Oxford University Press, 2009, ISBN 978-0-19-920516-5.
  3. ^ "Conservatism (political philosophy)". Britannica.com. Dicapai 1 November 2009.
  4. ^ Jerry Z. Muller (1997). Conservatism: An Anthology of Social and Political Thought from David Hume to the Present. Princeton U.P. m/s. 26. ISBN 978-0-691-03711-0.
  5. ^ Ayman Rashdan Wong (2017). "Falsafah Politik Konservatif". The Patriots.
  6. ^ Quintin Hogg Baron Hailsham of St. Marylebone (1959). The Conservative Case. Penguin Books.
  7. ^ Rooksby, Ed (15 Julai 2012). "What does conservatism stand for?". The Guardian. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 23 Disember 2016.
  8. ^ Robin, Corey (8 Januari 2012). "The Conservative Mind". The Chronicle of Higher Education. Dicapai pada 23 Disember 2016.