Kontraktor pertahanan

Kontraktor pertahanan (juga kadang kala dikenali sebagai kontraktor ketenteraan) merupakan satu pertubuhan perniagaan yang menyediakan produk atau perkhidmatan kepada jabatan pertahanan di dalam kerajaan. Produk biasanya termasuk pesawat tentera, kapal, kenderaan, persenjataan dan sistem elektronik. Perkhidmatan pula termasuk logistik, sokongan teknikal dan latihan serta sokongan komunikasi.

Kontraktor pertahanan secara umumnya tidak menyediakan sokongan terus kepada operasi ketenteraan. Di bawah Konvensyen Geneva 1949, kontraktor-kontraktor pertahanan yang terlibat di dalam sokongan terus kepada operasi ketenteraan boleh menjadi sasaran-sasaran yang sah dalam serangan ketenteraan.

Kontraktor pertahanan utama

10 buah Kontraktor Pertahanan Utama Dunia, 2008
Kedudukan Nama Negara/
lokasi
Kedudukan 2007 Pendapatan pertahanan
(AS$ bilion)
% dari jumlah pendapatan
1 Boeing  Amerika Syarikat 1 30.5 48.0
2 BAE Systems  United Kingdom 2 29.9 95.0
3 Lockheed Martin  Amerika Syarikat 3 29.4 92.0
4 Northrop Grumman  Amerika Syarikat 4 24.6 77.0
5 General Dynamics  Amerika Syarikat 6 21.5 79.0
6 Raytheon  Amerika Syarikat 5 19.5 93.0
7 EADS  Eropah 7 13.1 21.3
8 L-3 Communications  Amerika Syarikat 8 11.2 81.0
9 Finmeccanica  Itali 9 9.9 53.6
10 Thales Group  Perancis 10 9.4 56.0
Sumber: BBC News

Lihat juga

  • Industri senjata
  • Kontraktor kerajaan
  • Senarai kontraktor NASA
  • Senarai kontraktor pertahanan Amerika Syarikat
  • Kompleks industri ketenteraan

Rujukan

Pautan luar

  • The British Library - finding information on the defence industry Diarkibkan 2006-05-27 di Wayback Machine
  • Private Security Transnational Enterprises in Colombia